Friday, 2 February 2018

KHOWATHIR QUR'ANIYAH

Bahan Rujukan:
1.  Journey Through The Quran--  Pengembaraan meniti mutiara Al- Quran:  Panduan praktis memahami 114 surah dalam Al-Quran dengan Mind Map/ dihimpun oleh Sharif Hasan al-Banna
2.  Khowathir Qur'aniyah:  Kunci memahami tujuan surat-surat al-Quran.

Pembimbing:  Ustazah Dr Sholihah Kaswari

Nota Ringkas

1.0  AL FATIHAH

1.1  Penurunan Surah
a.  Terawal di Mekah (Makkiyah)
b.  Turun selepas surah al- Muddathir
c.   Termasuk dalam kategori sab'ul tiwal
d.  Surah ini juga disebut Ummul Kitab kerana merupakan dasar dan inti dari al-Quran

1.2  Keutamaan Surah
a.  Maknanya merangkumi semua 113 surah yang lain
b. Pembicaraan Al-Quran berkisar pada 3 hal:  i.  Aqidah (siapa yang kita imani)  ii.  Ibadah (bagaimana beribadah kepada yang kita imani)  iii.  Manhaj hidup (manhaj yang dikehendaki oleh Allah swt untuk kita.   Surah Al-Fatihah menghimpunkan ketiga-tiga hal tersebut.
c.  Surah terbahagi kepada 2 bahagian:  i.  Pujian kepada Allah--ayat 1-5   ii.  Doa (permohonan) kepada Allah--ayat 6-7.  Surah ini mengajar cara manusia berinteraksi dengan Allah.  Oleh itu apabila berdoa hendaklah memuji Allah terlebih dahulu, kemudian bersalawat kepada Rasulullah saw, kemudian barulah berdoa sesuai keinginan.
d.  Membaca surah Al-Fatihah bererti membuka pintu kemuliaan teragung iaitu berkomunikasi dengan Allah.  Oleh itu janganlah membaca dengan tergesa-gesa terutama semasa dalam solat sebab Allah akan memberi jawaban bagi setiap ayat yang kita baca dalam surah ini.

1.3  Penamaan Surah
a.  Ada 2 erti untuk nama Al-Fatihah  i. makna yang tersurat--menjadi pembuka Mushaf Al-Quran  ii.  makna yang tersirat--menjadi kunci pembuka berbagai makna Al-Quran, bahkan menjadi pembuka setiap surahnya.
b.  Setiap perbendaharaan makna Al-Quran terdapat di dalam surah Al-Fatihah.  Oleh itu jika kita memahami Al-Fatihah, maka kita lebih mudah memahami surah-surah Al-Quran yang lain.
c.  Surah apa saja yang dibaca selepas Al-Fatihah, maknanya akan tetap bersambung dengannya.

1.4  Matlamat/Tema Surah
a.  Kenali 3 prinsip dalam kehidupan   i.  Aqidah  ii.  Ibadah  iii.  Cara hidup

1.5  Sitematika Surah
a.  Ayat 1-4 --  Aqidah
b.  Ayat 5-6 --  separuh hak Allah, iatu hanya Allah yang disembah,  dan separuh hak manusia iaitu hanya kepada Allah manusia meminta perlindungan dan memohon agar Allah membimbing ke jalan yang lurus
c.  Ayat 7 -- Jalan hidup manusia terbahagi kepada 3:  i. yang mendapat nikmat Islam  ii.  yang dimurkai Allah   iii.  yang sesat

1.6  Nota berkaitan
a.  Manusia mempunyai kemampuan dalam beramal dan berfikir
b.  Kemampuan berfikir tertakluk kepada 5 perkara:  i. Kenal Pencipta  ii. Kenal jalan menuju Pencipta  iii. Hadapi rintangan-rintangan untuk menuju Pencipta  iv. Bagaimana keadaan orang yang telah mencapai jalan menuju Pencipta  v. Bagaimana mengenal keaiban diri sendiri
c.  Al-Fatihah menjelaskan tentang rahmat, hidayah, dan nikmat Allah.


2.0  AL-BAQARAH

2.1  Penurunan Surah
a.  Surah Madaniyyah--diturunkan dalam masa 10 tahun. Surah pertama yang diturunkan di Madinah.  Ayat Al-Quran yang  terakhir diturunkan adalah ayat 2: 281 dan ayat Al-Quran terpanjang adalah ayat 2: 282
b.  Kaitan dengan Surah Al-Fatihah--ayat 1: 6--Tunjukkan kami ke jalan yang lurus.  Di surah Baqarah dimulai dengan jawapan ''ini adalah petunjuk yang engkau minta"
c.  Sebahagian besar diturunkan selama dua tahun pertama Rasulullah saw di Madinah.  Surah ini ada 286 ayat (surah terpanjang), dan nama surah diambil dari kisah yang diceritakan dalam ayat 2: 67-73.

2.2  Keutamaan Surah
a.  Pada hari kiamat, surah Al-Baqarah dan surah Ali Imran datang memberi naungan kepada orang-orang yang menghafal dan mengamalkan isinya, atau yang sering membacanya  (maksud Hadis riwayat Muslim)
b.  Rumah yang di dalamnya dibacakan surah Al-Baqarah tidak akan dimasuki oleh Syaitan (Hadis riwayat Bukhari).

2.3  Matlamat/Tema Surah
a.  Tema:  Andalah khalifah Allah, maka bertaqwalah!
b.  Setiap orang yang membaca surah Al-Baqarah mesti faham bahawa setiap ayat menuntutnya melaksanakan fungsi sesuai dengan maksud penciptaannya, iaitu bertanggungjawab melakukan kebaikan, memakmurkan dan membimbing bumi

2.4  Sistematika Surah
a.  Pembukaan surah (ayat 1-29).  Sifat 3 golongan manusia:  i. Ayat 1-5 sifat orang yang bertaqwa  ii.  Ayat 6-7 sifat orang kafir  iii. Ayat 8-20 sifat orang munafik.  Ayat 21-29 adalah tentang penghambaan kepada Allah
b.  Isi surah (ayat 30-283).  Ayat 30-141 kisah 3 pimpinan  i. Ayat 30-39 Kisah Adam--penyembah pertama di bumi, cara mengelola kehidupan dan memakmurkan bumi. Contoh Edukatif--setelah membuat kesilapan terus beristigfar   ii.  Ayat 40-123 Sebuah contoh  Negatif --Kegagalan memimpin bumi.  Sikap  Bani Israil yang materialistik, tidak taat kepada Allah dan para nabi, menyimpang dari manhaj yang benar, melakukan perintah Allah dengan terpaksa, hampir-hampir tidak melakukan seperti dalam kisah penyembelihan lembu betina.  Padahal pelbagai nikmat telah diberikan oleh Allah kepada Bani Israil  iii.  Ayat 124-141 Kisah Nabi Ibrahim--satu contoh Positif.  Khalifah yang bertaqwa.  Pelbagai ujian dilalui oleh Nabi Ibrahim dengan taat.
c.  Ayat 142- 283 berkisar tentang taqwa sebagai spirit khalifah
d.  Ayat 284-286 Penutup surah dengan doa

2.5  Nota Berkaitan
a.  Banyak hukum-hakam dalam surah Al-Baqarah yang perlu ditaati.  Ikut Nabi Ibrahim yang sangat taat dengan perintah Allah
b.  Jangan ikuti kaum Bani Israil yang gagal dalam kepimpinan dan ketaatan
c..Tiga elemen kepimpinan --  dengar, taat, dan doa


3.0  ALI IMRAN

3.1  Penurunan Surah
a.   Surah Madaniyyah--diturunkan setelah hijrah Rasulullah saw.
b.  Turun selepas Surah Al-Anfal
c.  Terdiri dari 200 ayat dan urutannya dalam mushaf setelah Surah Al-Baqarah
d.  Perkataan Ali Imran terdapat pada ayat 33.  Kisah keluarga Imran ayat 33-64

3.2  Keutamaan Surah
a.  Surah ini menegaskan keharusan berpegang teguh kepada manhaj kekhalifahan.  Surah Al-Baqarah memberitahu kaum muslimin tanggungjawab atas bumi sebagai khalifah
b.  Surah Ali Imran adalah kembaran Surah Al-Baqarah. Keduanya diberi nama Az-Zahrawan (dua surah yang bersinar).  Siapa yang membacanya akan dinaungi di hari kiamat
c.  Ayat 3:1-9 dibaca waktu pagi--Allah akan hindarkan sifat munafik sampai ke petang, dibaca waktu malam Allah akan jaga sampai ke pagi.

3.3  Matlamat Surah
a.  Berpegang teguh pada prinsip/pedoman Al-Quran.  Penyimpangan manusia dari kebenaran selalunya berpunca dari pemikiran dan perbuatan
b.  Surah diklasifikasi kepada dua bahagian  i. Ayat 1-120 Teguh kepada kebenaran yang bercorak teori/pemikiran  ii.  Ayat 120-200  Teguh kepada kebenaran yang bercorak perbuatan
c.  Surah menekankan lima faktor penting:  i. Berlindung kepada Allah dengan banyakkan berdoa  ii.  Banyakkan beribadah  iii.  Berdakwah di jalan Allah  iv.  Kejelasan tujuan dalam hidup  v.  Ukhuwwah (persaudaraan)
d.  Keteguhan amal (terapi Al-Quran berdasarkan Perang Uhud):  i. Kemenangan berasal dari Allah swt (3:122-123, 125)  ii. Perintah bertaubat dan kembali kepada Allah swt (3: 133, 135) iii Ayat Al-Ouran berupa hiburan dan empati untuk menambah semangat para sahabah (3:139-140, 142)  iv. Al-Quran menyampaikan kritikan lembut  (3: 143-144, 146, 153) v. Kembali menghibur dan menampakkan empati (3: 154, 159)  vi.  Sebab-sebab kekalahan memberikan pengajaran: perselisihan dan tidak taat, kemaksiatan dan dosa, dan terlalu bergantung kepada seseorang

3.4  Sistematika  Surah
a.  Ayat 1-63: Pengantar dialog dengan Ahli Kitab
b.  Ayat 64-120: Dialog dengan Ahli Kitab
c.  Ayat 121-129:  Perang Badar dan Perang Uhud
d.  Ayat 130-200:  Menjaga keteguhan di jalan Islam


4.0  AN NISA'

4.1  Penurunan Surah
a.  Surah Madaniyyah --  176 ayat-- beberapa bahagian yang diturunkan pada waktu yang berbeza
b. Petunjuk tentang pembahagian warisan dan perlindungan hak anak-anak yatim diturunkan setelah perang Uhud di mana 70 muslim syahid (ayat 1-28)
c.  Termasuk dalam 7 surah yang panjang--Sab'ul Tiwal
d.  Turun selepas Surah Al-Mumtahanah  dan disusun selepas Surah Ali Imran

4.2  Hubungkait Surah
a.  Surah Al-Baqarah menjelaskan mengenai tanggungjawab kaum muslimin di atas bumi dan manhaj kekhalifahan.
b.  Surah Ali Imran menjelaskan mengenai anjuran berpegang teguh di atas manhaj yang lurus dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada orang-orang yang beriman
c.  Surah An Nisa' menjelaskan bahawa memikul tanggungjawab di muka bumi mestilah memiliki kemampuan dalam menegakkan keadilan dan berlaku kasih sayang terhadap golongan yang lemah serta melindunginya

4.3  Keutamaan Surah
a.  Surah An Nisa' adalah termasuk dalam Sab'ul Tiwal.  Jika surah ini dipelajari bersama surah-surah yang lain dalam kategori ini -- maka boleh dipanggil ALIM --  kerana terdapat banyak hukum, undang-undang, syariat dsbnya dalam surah-surah ini.
b.  Rasulullah saw sering membaca Surah An Nisa' semasa solat tahajjud
c.  Rasulullah saw menangis apabila ayat Surah An Nisa' 4:41 dibacakan

4.4  Matlamat Surah
a.  Tema surah adalah:  Adil dan berkasih sayang
b.  Keadilan terhadap kaum wanita dalam rumahtangga merupakan contoh ukuran keadilan kaum muslimin dalam menjalani ujian kekhalifahan di muka bumi
c.  Surah dimulakan dengan...' wahai sekelian manusia...'  kerana keadilan merupakan aturan yang berlaku pada setiap umat.  Keadilan adalah asas ketenangan dan kekhalifahan

4.5  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-36:  Ketaatan sosial dan kebenaran
b.  Ayat 37-59:  Masalah terkait ibadah
c.  Ayat 60-104:  Berusaha untuk melindungi hak orang-orang yang lemah
d.  Ayat 105-136:  Keadilan
e.  Ayat 137-176:  Pengelompokan orang-orang


5.0  AL-MAIDAH

5.1  Penurunan Surah
a.  Surah Madaniyyah, dan sebahagian ayatnya diturunkan di Mekah setelah terjadi haji wada'.
b.  Diturunkan selepas surah Al-Fath dan disusun selepas Surah An Nisa'
c.  Merangkumi 120 ayat dan termasuk dalam kategori Sab'ul Tiwal
d.  Rasullullah berhajat menunaikan umrah pada 7 hijrah, tetapi telah disekat oleh Suhail bin Amr di Hudaibiyyah.  Surah Al-Fath menceritakan tentang perjanjian Hudaibiyyah
e.  Penaklukan kota Mekah pada 8 hijrah
f.  Surah Al-Maidah adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang dimulai dengan ...'Hai orang-orang yang beriman...'
g.  Penamaan surah berdasarkan permintaan oleh murid-murid Nabi Isa yang memohon beliau berdoa kepada Tuhan agar diturunkan meja yang berisi makanan dari syurga (5: 112)

5.2  Kaitan Surah An Nisa' dan Al Maidah
a.  An Nisa--tegakkan prinsip kasih sayang  dan keadilan
b.  Al- Maidah -- umat Islam menunaikan janjinya untuk menegakkan syariat Islam
c.  Perbincangan mengenai ahli kitab dalam surah:  i.  Al Baqarah: kesalahan ahli kitab  ii. Ali Imran: perdebatan dengan ahli kitab  iii.  An Nisa':  kritikan terhadap ahli kitab  iv.  Al Maidah: putuskan diri  dengan ahli kitab

5.3  Keutamaan Surah
a.  Terdapat 16 ayat seruan...wahai orang-orang yang beriman.   Ayat perintah menyuruh kepada kebaikan dan ayat larangan menjauhi keburukan.  Jumlah ayat seruan dalam Al Quran adalah sebanyak 88.
b.  Hukum hakam Allah mesti dipatuhi
c.  Pelanggaran janji:  i.  Bani Israil yang pengecut -- akibatnya sesat di padang pasir selama 40 tahun  ii.  Kisah anak Nabi Adam-- Qabil membunuh Habil--akibat dari tindakan yang gopoh gapah
iii.  Kisah kaum Hawariyyun--tidak penuhi janji dengan Allah.  Setelah mendapat hidangan dari langit, mereka telah mungkir janji.

5.4  Matlamat Surah
a.  Tema surah:  Penuhilah janji anda!   Kita telah berjanji dengan Allah di alam roh-- janji untuk menegakkan syariat/hukum Allah
b.  Ayat 110 -- 115 menerangkan mukjizat Nabi Isa dan kisah perjamuan
c.  Ayat 116 -- 118 dialog antara Nabi Isa dengan Tuhan pada hari kiamat.  Rasulullah saw menangis ketika membaca ayat 118.  Rasullulah saw telah memohon kepada Allah supaya tidak menurunkan azab kepada umatnya seperti yang telah berlaku pada umat nabi-nabi terdahulu.  Allah telah penuhi permohonannya.

5.5  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-6:  Perundang-undangan
b.  Ayat 7-32:  Perjanjian
c.  Ayat 33-40:  Hukuman-hukuman
d.  Ayat 41-50:  Kewajiban membuat keputusan dengan apa yang diwahyukan Allah
e.  Ayat 51-86:  Sekutu-sekutu
f.  Ayat 87-108:  Hukum-hukum
g.  Ayat 109-120:  Memeriksa perjanjian pada hari kebangkitan


6. 0  AL AN'AM

6.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah--diturunkan pada tahun terakhir Rasulullah di Mekah (sebelum hijrah ke Madinah)
b. Diturunkan langsung satu surah penuh pada satu malam
c.  70000 malaikat mengiringi turunnya surah ini
d.  165 ayat dan nama merujuk kepada ayat 136-138 tentang ibadah sebelum Islam yang berhubung dengan haiwan ternakan.
e.  Turun selepas surah Al-Hijr dan disusun selepas surah Al-Maidah. Termasuk dalam sab'ul tiwal.

6.2  Hubungkait Surah
a.  Hujung surah Al-Maidah--tentang kepemilikan Allah--yang telah mencipta langit dan bumi (alam semesta)
b.  Awal surah Al An'am--tentang pujian--Allah puji DiriNya sendiri.  Ciptaan dan kuasa Allah tidak terjangkau oleh akal manusia
c.  Isi kandungan 4 surah sebelum ini menyeru kepada Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani).  Surah Al-An'am khusus untuk orang musyrik di Mekah pada ketika itu--dalam masalah aqidah.

6.3  Keutamaan Surah
a.  Satu-satunya surah dalam kategori Sab'ul Tiwal yang diturunkan sekaligus
b.  Turunnya diiringi ol eh 70000 malaikat sambil bertasbih, bertahmid, dan bertakbir-- memenuhi ruang dari timur ke barat
c.  Topik penting dalam surah ini adalah berkaitan aqidah.  Kaum musyrik di Mekah mempunyai aqidah yang sesat sehingga sanggup membunuh anak sendiri kerana takut tak cukup rezeki
d.  Sesiapa yang memahami surah ini tergolong dalam ahli ilmu--yang menguasai ilmu

6.4  Matlamat Surah
a.  Esakanlah Allah dalam hati dan perbuatan kamu!

6.5  Penamaan Surah
a.  Dari ayat 136--haiwan ternak
b.  Haiwan ternak merangkumi unta, lembu/kerbau, kambing, biri-biri
c.  Hubungkait dengan tradisi orang Arab yang menjadikan haiwan ternak sebagai media untuk bertaqarrub kepada Tuhan
d.  Mereka mensyirikkan Allah apabila menyediakan daging korban--untuk Allah dan untuk berhala mereka

Sistematika Surah
a.  Ayat 1-47:  Kekuasaan Allah keras kepada orang.orang-orang kafir
b.  Ayat 48-94:  Tugas nabi dan bimbingannya.  Kisah Nabi Ibrahim--metod dakwah Nabi Ibrahim  untuk mengajak umatnya sembah Allah
c.  Ayat 95-117:  Percakapan dengan orang-orang kafir
d.  Ayat 118-121:  Haiwan yang halal dan haram untuk disembelih
e.  Ayat  122-144:  Perbandingan antara keadaan orang-orang beriman dengan orang-orang kafir
f.  Ayat 145-165:  Pedoman--penyelamat kehidupan dunia dan akhirat--esakan Allah


7.0  AL-A'RAF:  Tempat Tertinggi

7.1 Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah yang turun pada tahun terakhir Rasulullah saw tinggal di Mekah sebelum berhijrah.
b.  Surah menekankan tentang aqidah, kenabian, dan hari kiamat--orang-orang yang tidak beriman kepada Allah akan diazab
c.  Surah ini terdiri dari 206 ayat dan penamaan surah berasal dari ayat ke 46 yang mengacu pada tempat tertinggi atau yang ditinggikan
d.  Diturunkan selepas surah Shad dan disusun selepas surah Al-An'am

7.2  Hubungkait dengan surah Al-An'am
a.  Di hujung surah Al-An'am (ayat 165) dinyatakan 2 jenus ujian bag manusia: i. ujian pengangkatan manusia sebagai khalifah  ii.  ujian pengangkatan darjat manusia
b.  Di awal surah Al-A'raf dinyatakan tindakan manusia untuk hadapi ujian:  i.  tegaskan sikap dalam membela kebenaran apabila sebagai khalifah  ii.  pegang teguh kitab suci Al-Quran dan amalkan kandungannya apabila diangkat darjat

7.3  Keutamaan Surah
a.  Ada 4 kali seruan untuk Bani Adam
b.  Dibaca oleh Rasulullah saw ketika solat Maghrib
c.  Termasuk dalam kategori Sabi'ul Tiwal--difahami, dihayati, semakin dekat kepada Allah
d.  Ayat 170 merupakan intipati surah

7.4  Tema/matlamat Surah
a.  Jangan ragu--belalah kebenaran!
b.  Tentukan sikap anda!  Janganlah anda termasuk orang-orang yang hanya menonton sahaja

7.5  Penamaan Surah
a.  Ayat 46--53 menjelaskan tentang tempat yang tinggi (A'raf)--tempat yang didiami oleh orang yang timbangan amal baiknya sama dengan timbangan amal buruknya
b.  Mereka bolah melihat penduduk syurga dan penduduk neraka.
c.  Kedudukan mereka tidak jelas oleh kerana semasa hidupnya pun mereka pun tidak jelas

7.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-9:  Kewajipan terhadap Al-Quran--peringatan bagi mereka yang lalai
b.  Ayat 10-37:  Kisah penciptaan--hidup penuh dengan pertentangan di antara yang baik dengan jahat: i. Adam vs Iblis ii. kalahkan syaitan dengan Al-Quran--nyatakan sikap anda  iii. beristigfar 100 kali sehari
c.  Ayat 38-53:  Kisah hari akhir--Ashabul A'raf--tempat yang menyiksakan
d.  Ayat 54-58:  Kebesaran Allah
e.  Ayat 59-137:  Cerita para nabi dan seruan bersatu untuk keesaan Allah--seruan yang sama dan jawapan yang sama,  sebab syaitan yang sama
f.  Ayat 138-171:  Bani Israil:  i.Firaun bela kebatilan  ii.  Tukang sihir bela kebenaran  iii.  Bani Israil --mereka ragu-ragu dalam membela kebenaran
g.  Ayat 172-206:  Perjanjian dan kelalaian

7.7  Nota Berkaitan
a.  Tiga kelompok manusia:  i. Al-Musleh--melakukan kebaikan dan kewajiban  ii. orang yang bermaksiat  iii.  Al-Sakitun--orang yang sakit--tidak (belum) bergerak dan tidak berbuat ishlah
b.  Cara untuk pertingkat iman:  i. kawan dengan orang yang soleh  ii. Selalu baca Al-Quran--hindari syaitan  iii. banyak zikrullah  iv. contohi sikap malaikat yang sentiasa sujud kepada Allah
d.  Ayat akhir surahAl-A'raf-- anjuran untuk bersujud.  Inilah sajdah pertama yang terdapat dalam Al-Quran.



8.0   AL- ANFAL

8.1  Penurunan Surah
a.  Diturunkan di Madinah pada tahun ke 2 hijrah setelah perang Badar
b.  Turun selepas surah al-Baqarah dan disusun selepas al-A'raf
c.  Termasuk dalam kategori Sab'ul Tiwal--7 surah yang panjang--ada 75 ayat dan dirangkumkan dengan surah at-Taubah

8.2  Hubungkait surah dengan surah al-A'raf
a.  Surah al-A'raf--kisah para nabi/rasul sebelum Rasululah saw.  Permusuhan antara Nabi Adam dan iblis
b.  Surah al-Anfal--kisah Rasulullah saw.  Permusuhan orang mukmin dengan orang kafir:  ahli kitab, munafik, musyrik--mereka memerangi orang Islam di Madinah
c.  Akhir surah al-A'raf--2 ayat terakhir--perintah untuk mengingati Allah dan larangan melupakan Allah.  Selalulah ingat Allah dengan  zikrullah seperti malaikat yang sentiasa bertasbih
d.  Awal surah al-Anfal--putuskan dunia supaya kita boleh ingat Allah.  Orang mukmin tidak perlu sibukkan tentang harta rampasan perang.  Bertaqwalah kepada Allah, jalinkan ukhuwwah, taat kepada Allah dan Rasulullah saw--jadilah orang yang beriman
e.  Ciri-ciri orang beriman: Zikir, baca Quran, tawakkal, solat dan infak.  Natijahnya Allah akan tinggikan darjat, berikan keampunan dan murahkan rezeki
f.  Jawapan ayat 1 terdapat dalam ayat 41

8.3  Keutamaan Surah
a.  Sab'ul Tiwal--jika memahaminya tinggi ilmu dan boleh kawal diri dari nafsu. Lawan nafsu adalah ilmu.
b.  Orang yang menguasi 7 surah yang panjang ini adalah orang yang berilmu
c.  Orang-orang kafir dan syaitan adalah musuh kita
d.  Oleh itu amalkan 5 ciri orang beriman dalam surah al-Anfal--untuk melawan musuh-musuh kita

8.4  Matlamat/Tema Surah
a.  Raih kemenangan dengan faktor-faktor  i. syariatullah (ketuhanan)--penentu kemenangan  ii. sunnatullah (kemanusiaan) --perancangan kemenangan
b.  Pertempuran antara kebenaran dan kebatilan
c.  Kebenaran tidak perlu takut dan gentar melawan kebatilan
d.  Pertempuran bukan hanya untuk rampasan harta atau keuntungan, tetapi untuk yang lebih utama
e.  Hukum yang terkait dengan perdamaian dan perang

8.5  Penamaan Surah
a.  Al-Anfal bermaksud rampasan perang--ini merupakan simbol urusan dunia
b.  Selepas perang Badar, kesannya terjadi perselisihan faham berkaitan harta rampasan perang--menyebabkan hilang ukhuwwah, hilang kekuatan dan akhirnya lemah

8.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-40--hukum Ilahi tentang kemenangan
b.  Ayat 41-75--Harta rampasan perang
c.  Ayat 5-44: Faktor syariatullah--tindakan Allah yang memenangkan orang beriman:  i. ayat 4: hati digerakkan oleh Allah untuk perang  ii.  ayat 9: bala tentera diturunkan Allah (malaikat)  iii.  ayat 11: jiwa manusia disucikan Allah  iv. ayat 17: senjata disediakan Allah  v.  ayat 42: tempat dipilihkan Allah  vi. 43-44:  mentaliti umat Islam dikukuhkan
d.  Ayat 45-71: Faktor sunnatullah--tindakan manusia:  i. ayat 45: banyakkan zikrullah  ii. ayat 46: taati pemimpin dan bersabar  iii.  ayat 47: Jangan sombong dan riak  iv.  ayat 60:  tunjukkan kekuatan pasukan  v.  ayat 65: jaga keseimbangan
e.  Ayat 72-75:  Ukhuwwah sebagai keperluan keimanan




9.0  AT-TAUBAH

9.1  Penurunan Surah
a.    Surah Madaniyyah, turun selepas surah al-Maidah dan disusun selepas surah al-Anfaal
b.   Jumlah ayat 129 dan termasuk surah terakhir yang diturunkan kepada Rasulullah saw secara keseluruhan, sebelum beliau wafat
c.  Turun selepas Peperangan Tabuk--perang yang paling banyak mempertontonkan fenomena nifak

9.2  Hubungkait Surah
a.  Surah al-Anfal tentang pembahagian harta rampasan perang.  Umat Islam diseru taat kepada perintah Allah dan Rasulullah dalam urusan pembahagian harta tersebut.  Mereka diseru supaya membina ukhuwwah bagi menjamin kekuatan umat Islam
b.  Surah at-Taubah mempamerkan sikap tidak taat kepada Allah dan Rasulullah di mana ramai yang tidak ikut berperang semasa perang Tabuk
c.  Ujian kesetiaan melalui peperangan--nilai keimanan menurun di atas faktor keselesaan

9.3  Keutamaan Surah
a.  Termasuk dalam kategori Sab'ul Tiwal--jika menguasainya menjadi orang yang alim
b.  Saidina Umar menyarankan kaum lelaki mempelajari surah at-Taubah dan kaum wanita mempelajari surah an-Nur
c.  Surah ini dapat memotivasikan seseorang untuk berjihad
d.  Menekankan konsep tawakkal--ikhlaskan semua hal kerana Allah--Allah akan cukupkan kita

9.4  Matlamat Surah
a.  Ayat 117-118 --Allah terima taubat Nabi dan orang-orang Muhajirin dan Ansar.  Allah juga terima taubat 3 orang yang tidak ikut perang Tabuk
b.  Ayat 74--menekankan taubat.  Jika bertaubat beroleh kebaikan, jika tidak bertaubat Allah akan menyeksa dengan azab
c.  Matlamat surah:  Bertaubatlah! Hidup anda akan selamat

9.5  Penamaan Surah
a.  Berdasarkan sikap orang musyrik yang membatalkan janji, Allah mengazab mereka supaya mereka kembali kepada Allah
b.  Menekankan bagaimana bertaubat ketika melakukan kesilapan
c.  Semua orang mukmin kena bertaubat apabila melakukan kesilapan

9.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-37:  Terkait orang-orang kafir yang membatalkan janji--orang kafir
b.  Ayat 38-72:  Seruan untuk berperang.  Dikupas tabiat orang munafik:  keburukan orang munafik yang utamakan harta benda, keluarga, dan rumah.  Tidak mahu bertaubat mengambil harta secara batil--orang munafik
c.  Ayat 73-129:  Terkait orang mukmin selepas perang Tabuk--kaum Ansar dan Muhajirin--orang mukmin

9.7  Pengajaran Surah
a.  Ayat 117-119:  Kisah Kaab bin Malik -- pendebat hebat yang turut serta dalam semua peperangan kecuali Perang Tabuk
b.  Beliau tidak memberikan apa-apa alasan kepada Rasulullah saw kenapa beliau tidak turut serta dalam perang Tabuk --sedangkan 70 orang munafik yang tidak turut perang memberikan pelbagai alasasn
c.  Beliau bertaubat--selepas 50 hari turun ayat at-Taubah 117-119.  Kejujuran beliau dinilai oleh Allah--taubatnya diterima Allah.  Kemudian beliau telah bersedekah
d.  Kejujuran pasti menatijahkan kebaikan dan seterusnya layak ke syurga.




10.0   YUNUS

10.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makiyyah, diturunkan semasa fasa terakhir Rasulullah saw di Mekah
b.  Diturunkan selepas surah al-Isra' dan disusun selepas surah at-Taubah dan berjumlah 109 ayat
c.  Termasuk dalam kategori al-Miun (surah-surah yang ayatnya 100 ke atas) dan kandungannya termasuk dalam kitab Zabur

10.2  Hubungkait Surah
a.  At-Taubah--perintah untuk bertaubat--orang-orang munafik diseru untuk beriman dan bertaubat.  Surah Yunus--kaumnya yang kufur kembali beriman--mereka merasai nikmat bertaubat.  Tauhid adalah penyelamat bagi orang yang bertaubat
b.  Hujung surah at-Taubah dinyatakan orang Islam perlu tawakkal dalam berdakwah kepada golongan yang menolak Islam.  Awal surah Yunus -- penolakan dakwah, pertengahan surah Yunus--Maqasid Quran, dan hujung surah Yunus--orang Islam perlu SABAR dalam berdakwah

10.3  Keutamaan Surah
a.  Hanya sedikit kisah Nabi Yunus dalam surah ini (ayat 98)--kaum Nabi Yunus yang bertaubat sebelum turunnya azab Allah.  Pengajaran dari kisah Firaun dengan Nabi Musa dan Nabi Noah dengan kaumnya
b.  Setaraf kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud
c.  Antara surah yang patut diajar kepada orang yang meminta pengajaran dari ilmu Quran--kandungannya banyak  berkisar tentang  dakwah tauhid 
d.  Boleh motivasikan kita untuk kerap muhasabah  dan seterusnya bertaubat                                                                                                                 
10.4  Matlamat Surah
 Akidah sebagai penyelamat kehidupan anda

10.5  Sebab Penurunan Surah
a.  Nama Yunus ada dalam ayat ke 98--Nabi Yunus telah berdakwah kepada kaumnya tetapi ditolak oleh kaumnya
b.  Kaum Nabi Yunus sempat bertaubat dan kembali kepada Allah--Allah telah tarik balik azab dan kurniakan nikmat kepada mereka
c.  Tauhidullah mendatangkan kenikmatan kepada kaum Nabi Yunus
d.  Beriman tatkala azab akan menimpa --jadi selamatkan diri anda dari azab Allah melalui tauhidullah
e.  Kisah dalam surah memaparkan hukuman yang sama kepada kaum Nabi Noah, Firaun dan pengikutnya, dan nabi Yunus--ditenggelamkan.  Bezanya Nabi Yunus beriman/bertauhid kepada Allah dan berdoa ketika di dalam perut ikan;  sedangkan kaum Nabi Noah dan Firaun serta pengikutnya tidak beriman/bertauhid kepada Allah--maka mereka terus menerima azab Allah

10.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-23: Tauhid--asal fitrah manusia
b.  Ayat 24-38: Masalah kehidupan di akhirat
c.  Ayat 39-56: Sikap kaum kafir terrhadap al-Quran
d.  Ayat 57-70: Maqasid al-Quran (ayat 57)
e.  Ayat 71-98: Kisah 3 nabi:  Noah, Musa, Yunus
f.  Ayat 99-109: Arahan dan petunjuk al-Quran

10.7  Pengajaran Surah
a.  Kaum nabi Yunus terhindar dari azab Allah kerana keimanan mereka--mereka diselamatkan oleh Allah bukan hukum alam
b.  Quran diturunkan untuk bawa manfaat/nikmat dan mengangkat azab
c.  Ayat 57--Maqasid Quran--Quran sebagai:  i.  pengajaran/nasihat yang berkesan di hati  ii. jadi ubat bagi hati yang sakit, ragu-ragu, nifak, munafik, dan hati yang kufur  iii. petunjuk ke jalan yang lurus  iv. rahmat bagi orang-orang yang beriman
d.  Di akhir zaman Quran akan diangkat--mazhab Quran akan menjadi kosong--tiada tulisan
e.  Tahap amalan Quran: Membaca, menterjemah, memahami, mentadabbur, mengamal, menghafal
f.  Sibukkan diri dengan al-Quran!



11.0   HUD

11.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah--diturunkan semasa fasa ke 4 dakwah Rasulullah saw di Mekah.  Musyrikin di Mekah merancang untuk membunuh Rasulullah saw
b.  Kategori Al-Miun--bersamaan kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud
c.  Diturunkan selepas surah Yunus dan disusun selepas surah Yunus.  Maka dua surah ini mempunyai hubungan yang sangat kuat

11.2  Hubungkait Surah
a.  Tema surah Yunus -- akidah/tawhid sebagai penyelamat.  Tema surah Hud--Dakwah menuju tawhid.  Jalan dakwah penuh dengan cabaran
b.  Susunan surah:  i. akhir surah Yunus ada 2 point penting--ikut wahyu (ayat tawhid)  dan bersabar  ii.  Awal surah Hud menjelaskan maksud hujung surah Yunus--bab tawhid
c.  Surah Hud ayat 25-99 --memaparkan kisah dakwah Nabi-Nabi terdahulu--dakwah dengan sabar, tawakkal dan istiqamah

11.3  Keutamaan Surah
a.  Setaraf dengan kitab Zabur--maka dapat pengajaran dari kisah Nabi Daud
b.  Salah satu surah yang membuatkan Rasulullah saw beruban.  Surah-surah yang lain ialah: Waqi'ah, Mursalat, An-Naba', At-Takwir.  Surah-surah ini membuatkan keadaan Rasulullah saw seperti orang yang beruban--badan rasa lemah tak berdaya.  Sangat berpengaruh kepada jiwa Rasulullah saw

11.4  Matlamat Surah
a.  Ayat 50-60 tentang kisah dakwah Nabi Hud
b.  Nabi Hud sangat tegas, berani, dan pasrah/tawakkal semasa berdakwah

11.5  Penamaan Surah
a.  Diambil dari kisah dakwah Nabi Hud kepada kaumnya.
b.  Dakwah tawhid--3 metod berdakwah--tegas, berani dan tawakkal
c.  Dijadikan sampel dalam melaksanakan dakwah--istiqamah dalam berdakwah
d.  Oleh itu para pendakwah--applikasikan metod dakwah Nabi Hud:  Sabar, tawakkal serta istiqamah

11.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-24--hakikat tawhid:  sembah Allah, istigfar, taubat--natijahnya nikmat dan selamat dari azab
b.  Ayat 25-99--Gerakkan penyebaran tawhid.  Kisah 7 orang Nabi: Nuh, Hud, Salleh, Ibrahim, Lut, Syuib, dan Musa
c.  Ayat 100-123--Ulasan terhadap gerakan dakwah tawhid:
i.  Kezaliman punca kehancuran umat.  Zalim kerana tidak mempelajari Quran secara istiqamah dan seterunya tidak mengikut petunjuk Quran
ii.  Amalan kunci perbezaan antara golongan yang celaka dan golongan yang mendapat nikmat.  Rujuk 4 ayat pertama surah Fatihah
iii.  Istiqamah--metod dakwah para nabi.  Tawakkal dan sabar--untuk mendapat hidayah serah pada Allah
iv.  Fitnah berlaku ketika diamnya para pendakwah.  Orang soleh dan orang zalim sama-sama akan ditimpa azab
v.  Tawakkal dan sabar adalah kunci istiqamah dalam berdakwah



12.0  YUSUF

12.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makiyyah dan diturunkan semasa fasa ke 4 dakwah Rasulullah saw di Mekah--orang kafir di Mekah merancang untuk membunuh Rasulullah saw
b.  Jumlah ayat 111 dan termasuk dalam kategori Al-Mi'un yang setaraf dengan kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud.  Orang Yahudi hanya terima/percaya Taurat dan Zabur, mereka tidak terima/percaya Injil dan Quran
c.  Turun selepas surah Hud, dan disusun selepas surah Hud--maka ke dua-dua surah ini mempunyai hubungkait yang sangat rapat

12.2  Hubungkait Surah
a.  Hujung surah Hud ditekankan konsep tawakkal, dan ilmu ghaib semuanya milik Allah.  Awal surah Yusuf pula diterangkan Al-Quran yang menceritakan kisah ghaib kepada Rasulullah saw iaitu kisah Nabi Yusuf--kehidupan yang diatur oleh Allah dari kecil sehingga dewasa
b.  Konsep tawakkal di hujung surah Hud dapat dilihat dipraktikkan oleh Nabi Yaakob dan Nabi Yusuf dalam kehidupan mereka.  Mereka bertawakkal kepada Allah dengan penuh ketaqwaan dan kesabaran

12.3  Keutamaan Surah
a.  Surah ini mampu membuat segolongan orang Yahudi masuk Islam.  Ini berkaitan dengan latarbelakang surah ini diturunkan.  Orang-orang Yahudi menghasut orang-orang kafir di Mekah supaya mencabar Rasulullah dengan soalan--Mengapa Bani Israil pergi ke Mesir?.  Mereka menjangkakan Rasulullah saw tidak akan dapat jawapannya kerana mereka tidak pernah menceritakannya kepada beliau.  Allah turunkan surah Yusuf yang menceritakan secara jelas menjawab persoalan mereka--dan kisah ini terdapat dalam kitab Taurat mereka.  Maka segolongan orang Yahudi mendapat petunjuk dan terus masuk Islam
b.  Surah Yusuf sering dibaca secara perlahan oleh Saidina Umar Al-Khatab bersama surah Al-Hajj semasa solat subuh sehinggakan Abdullah bin Ammar sempat menghafalnya melalui pembacaan Saidina Umar
c.  Membaca surah Yusuf dengan memahami isi kandungannya dapat menghilangkan kesedihan
d.  Khalid bin Madan mengatakan, "Penghuni syurga menghibur diri di sana dengan Surah Yusuf dan Maryam."  Sedangkan Ibnu 'Atha berkata, "Ketika seseorang yang sedang bersedih mendengar surah Yusuf, dia merasa nyaman." (Tafsir Ibnu Katsir 2/612)
e.  Oleh itu keutamaan di atas menjadi motivasi untuk kita selalu membaca surah Yusuf dan menghafalnya

12.4   Matlamat Surah
a.  Jadikan taqwa dan sabar sebagai modal kejayaan hidup (rujuk Yusuf: 90 dan 100)
b.  Nabi Yusuf adalah seorang yang muhsinin--ini dijelaskan dalam ayat Yusuf: 22, 36, 56, 78, dan 90.
c.  Muhsin adalah orang yang sentiasa berhubung dengan Allah dan sentiasa bersabar, bertaqwa, dan bertawakkal kepada Allah.  Merekalah yang akan mendapat kemenangan dalam kehidupan
d.  Applikasi/praktikal orang yang sabar, taqwa, dan tawakkal ada pada Nabi Yaakob dan Nabi Yusuf.  Maka Allah telah memberikan kemenangan kepada mereka setelah menjalani kehidupan yang penuh berliku.

12.5  Penamaan Surah
a.  Apa hubungan tema dengan tajuk surah?
b.  Surah ini menceritakan secara terperinci dan sangat jelas kisah Nabi Yusuf--sejak kanak-kanak, remaja, dan dewasa --menjalani kehidupan dengan penuh sabar, taqwa dan tawakkal.
c. Maka  kesimpulan yang boleh diambil dari kisah Nabi Yusuf ialah surah ini sangat jelas memberi petunjuk kepada manusia--jadikan taqwa dan sabar sebagai modal kejayaan hidup

12.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-21--Masa kecil Nabi Yusuf
b.  Ayat 22-42--Masa muda/remaja Nabi Yusuf
c.  Ayat 43-101--Masa dewasa Nabi Yusuf
d.  Ayat 102-111--Kesimpulan/petunjuk kisah Nabi Yusuf

12.7  Pengajaran Surah
a.  Ayat 90:  Teruskan perjuangan anda ke titik terakhir dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan sehingga Allah memberikan kemenangan
b.  Jalani liku-liku kehidupan dengan berbaik sangka kepada Allah terhadap kehendakNya--pasti ada hikmah disebaliknya.  Yakinlah dengan pengaturan Allah
c.  Jadilah golongan Ulul Albab--lubuk hati yang tersemat ilmu--hati yang berfungsi merespon kepada kisah Nabi Yusuf
d.  Kesabaran Rasulullah saw adalah lebih tinggi dari kesabaran Nabi Yusuf.  Ujian Rasulullah saw melibatkan nyawanya apabila orang kafir Mekah merancang untuk membunuhnya
e.  Tema penting dalam 3 surah:  Surah Yunus--Kepentingan tawhid;  Surah Hud--Dakwah tawhid dengan konsep tawakkal;  Surah Yusuf--Kemenangan dakwah tawhid.




13.0  AR-RA'D

13.1  Penurunan Surah
a.  ulamak berselisih faham sama ada surah ini kategori Makkiyyah atau Madaniyyah.  Kalau mengikut isi kandungan, surah ini lebih kuat kepada kategori Makkiyyah
b.  Jumlah 43 ayat--Al-Mathani--setaraf dengan kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa
c.  Disusun selepas Surah Yusuf--> kemenangan dakwah tawhid berdasarkan taqwa, sabar dan tawakkal

13.2  Hubungkait Surah
a.  hujung Surah Yusuf dinyatakan 5 sifat Al-Quran: i. membenarkan kitab terdahulu  ii. memperinci hakikat sesuatu  iii. petunjuk bagi orang yang beriman iv. kisah pengajaran bagi orang yang berakal  v. rahmat bagi orang yang beriman
b.  Permulaan surah Ar-Ra'd menegaskan kebenaran Al-Quran, sifat Al-Quran melalui alam semesta dan fenomena alam--guruh
c.  Dakwah tawhid Nabi Yusuf adalah merujuk kepada Al-Quran yang haq

13.3  Keutamaan Surah
a.  Setaraf Injil (Mathani)  yang diturunkan kepada Nabi Isa.  Sentuhan yang lembut dan halus dalam dakwah Nabi Isa telah diikuti oleh orang Kristian dalam berdakwah--menekankan kasih sayang.
b.  Nabi Isa sentiasa mencari kebaikan dalam apa jua perkara--ini patut diikuti oleh orang mukmin
c.  Tadabbur ayat yang disukai dan dapatkan pengajaran--contoh ayat 17 dan ayat 28
d.  Surah ini meringkaskan isi kandungan kitab Injil

13.4  Matlamat Surah
a.  Yakinlah Al-Quran itu benar
b.  Kebenaran Al-Quran dibuktikan dengan kebenaran fenomena guruh--sentiasa wujud dan kekal
c.  Yakinlah dengan hari kebangkitan

13.5  Sebab Penamaan Surah 
a.  Perbezaan di antara kilat (al-barqu), guruh (ar-ra'du), dan halilintar (as-sawa'id) terdapat dalam  ayat 12 dan 13
b.  Kilat --cahaya,  guruh--bunyi,  halilintar--menyambar!
c.  Persamaan dengan Al-Quran:  Cahaya (petunjuk bagi orang beriman);  bunyi--bacaan Al-Quran;  halilintar--ancaman yang terdapat dalam Al-Quran bagi mereka yang ingkar!

13.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-17:  Mengenal Allah--Makrifatullah.  Maksud dan takrif  Al-Haq
b. Ayat 18-29:  Perjanjian Allah, Ulul-Albab adalah orang yang respon kepada isi kandungan Al-Quran:  janji dipenuhi, jalin silaturrahim, sangat takut dengan akhirat, sabar, solat, infak, perbuatan buruk dibalas dengan kebaikan
c.  Ayat 30-32:  Al-Quran, Nabi Muhammad, dan kaumnya
d.  Ayat 33-37:  Akhir dari orang soleh dan orang musyrik dan tantangan bagi siapa yang melawan Zat yang mampu menjaga jiwa
e.  Ayat 38-43:  Menguatkan hati Nabi--proses yang dilihat oleh Allah,  tawakkal kepada Allah

13.7  Pengajaran Surah
a.  Jadikan fenomena alam (contoh guruh) sebagai objek anda untuk mengenal Tuhan
b.  Bila kita telah mengenal Allah, kita akan bertasbih memuji Allah seperti ar-ra'du (tasbih guruh) dan malaikat--yang sentiasa bertasbih--takut kepada Allah
c.  Yakinlah Al-Quran itu benar--ikutilah segala isi kandungannya.



14.0  IBRAHIM

14.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah--isi kandunganya banyak kisah para nabi terdahulu--bertujuan untuk meneguhkan hati Rasulullah dalam menempuh pelbagai ujian dalam berdakwah
b.  Jumlah ayat--52 dan surah ini termasuk dalam kategori Mathani yang setaraf dengan kitab Injil
c.  Turun selepas surah Nuh dan disusun selepas surah Ar-Ra'd

14.2  Hubungkait Surah
a.  Ar-Ra'd matlamatnya ialah meyakinkan kebenaran Al-Quran yang dibuktikan dengan fenomena alam semesta iaitu guruh
b.  Surah Ibrahim membincangkan fungsi Al-Quran--mengeluarkan kita dari kegelapan kepada terang
c.  Di hujung surah Ar-Ra'd--kerasulan nabi Muhammad saw diingkari oleh orang-orang kafir.  Maka cukuplah Allah sebagai saksi kebenaran dan orang-orang yang ada ilmu pengetahuan mengenai kitab Allah
d.  Di Awal surah Ibrahim--menerangkan tentang kitab Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah saw

14.3  Keutamaan Surah
a.  Menerangkan peribadi muwahhid--orang yang mengesakan Allah--segala amalannya akan menjadi amalan soleh
b.  Mengenal peribadi muwahhid--contohnya Nabi Ibrahim
c.  Terdapat ayat-ayat doa Nabi Ibrahim--contoh ayat 40-41--doa untuk ibubapa dan zuriatnya

14.4  Matlamat Surah
a.  Keluarkan diri anda dari kegelapan menuju kecerahan
b.  Jadilah peribadi yang bertawhid (muwahhid) --  caranya ikutilah Al-Quran--baca, faham, tadabbur, amal, hafal (sebanyak mungkin), dan ajar/sebarkan kepada orang lain

14.5  Sebab Penamaan Surah
a.  Berdasarkan ayat 35-41 (7 ayat)--berkaitan doa-doa Nabi Ibrahim.  Tiga perkara pokok dalam doanya berkaitan zuriatnya:  i. dijauhkan dari menyembah berhala (tawhid) ii. mendirikan solat (bukti tawhid amal) iii. mendapat keampunan Allah di atas dosa--hati diterangi oleh cahaya Al-Quran

14.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-4:  Kedudukan Al-Quran
b.  Ayat 5-8:  Dakwah para rasul untuk keluarkan umat dari kegelapan
c.  Ayat 9-18:  Senjata pendakwah--sabar dan tawakkal
d.  Ayat 19-31:  Pembahagian sasaran dakwah
e.  Ayat 32-34:  Tadabbur ayat alam semesta
f.  Ayat 35-41:  Peribadi Nabi Ibrahim--Muwahhid-- doa Nabi Ibrahim
g. Ayat 43-52:  Berita hari kiamat--agar manusia mentawhidkan Allah--golongan Ulul Albab.

14.7  Pengajaran Surah
a. Quran yang dibaca --mesti kenal fungsi Al-Quran--keluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya (Ayat 1).  Hati yang gelap adalah tempat iblis bersarang.  Pada masa kini, Islam liberal telah banyak merosakkan makna tafsir Al-Quran
b.  Hakikat kegelapan bermaksud kekufuran;  kecerahan bermaksud beriman.  Bersyukurlah dengan nikmat iman yang dikurniakan Allah kepada kita.  Jika kita bersyukur,  Allah akan tambahkan nikmatNya (Ayat 7).  Nikmat iman akan menghasilkan ketenangan jiwa
c.  Kalimah yang baik adalah ibarat sebatang pohon yang baik (Ayat 24).  Akar tunjang adalah ibarat makrifat di hati;  batang adalah ibarat ucapan lisan;  dahan adalah ibarat amalan badan
d.  Terlalu banyak nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita, maka hargailah nikmatNya (Ayat 34) --tidak mungkin terhitung, maka banyakkanlah beristigfar...



15. 0  AL-HIJR

15.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah--turun semasa tahun akhir Rasulullah saw di Mekah--turun bersama surah Ibrahim
b.  Turun selepas surah Yusuf, disusun selepas surah Ibrahim
c.  Jumlah ayat 99--Al-Mathani--setaraf kitab Injil

15.2  Hubungkait Surah
a.  Surah Ibrahim menerangkan fungsi Al-Quran, dalam surah Al-Hijr pula ditekankan Al-Quran itu jelas dari Allah dan Allah lah pemelihara Al-Quran-->segala perundangan kehidupan terdapat dalam Al-Quran. Allah adalah Zat yang berkuasa menjaga agama dan para da'i nya
b.  Hujung surah Ibrahim-->Al-Quran disampaikan kepada manusia sebagai peringatan dan nasihat; hujjah-hujjah yang menunjukkan Allah itu Maha Esa; supaya orang-orang yang mempunyai fikiran beringat dan insaf
c.  Awal surah Al-Hijr-->Ini adalah ayat-ayat Kitab (yang lengkap sempurna) dan Al-Quran yang memberi penjelasan

15.3  Keutamaan Surah
a.  Ayat 88 bertujuannya untuk melembutkan hati manusia-->janganlah kita menaruh hati kepada nikmat kesenangan yang diperolehi oleh orang kafir; sebaliknya hendaklah kita merendah diri kepada orang-orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin)
b.  Tema surah ini tentang penjagaan/perlindungan agama dengan mengambil iktibar dari kisah kaum Nabi Salleh (Thamud)

15.4  Matlamat Surah
a.  Dilihat melalui sebab penamaan  surah dalam ayat 80-84--Kisah penduduk 'Al-Hijr' (batu) iaitu KaumThamud yang telah mendustakan Rasul-rasulnya
b.  Penghuni batu (Kaum Thamud) tinggal di gunung yang dipahat--> namun mereka musnah akibat pekikan yang dahsyat akibat mereka mendustakan Nabi Salleh
c.  Oleh itu untuk selamat jangan dustakan agama.  baca Al-Quran untuk mendapatkan petunjuk--jadilah golongan Ulul Albab yang mengambil pengajaran dari Al-Quran
d.  Matlamat surah--> Jadilah Ulul Albab!

15.5  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-15:  Perutusan Rasul
b. Ayat 16-25:  penjelasan/menegakkan hujjah/bukti ayat
c. Ayat 26-48:  Sumber kesatuan
d  Ayat 49-84:  Kisah-kisah para Nabi terdahulu
e. Ayat 85-94:  Rumusan pengajaran surah

15.6  Pengajaran Surah
a.  Jangan merasa aman dari azab Allah ketika kita bermaksiat
b.  Jadilah orang yang suka memaafkan orang lain dan sentiasa berlapang dada. Jika kita percaya hari kiamat, buang semua perkara yang tidak baik supaya kita boleh masukkan perkara yang baik--> semoga Allah bersihkan hati kita
c.  Redha dengan ketentuan Allah (ayat 87)--7 ayat dalam surah Al-Fatihah--ayat yang sering diulang-ulang.  Bila hati rasa tergugat, bacalah Al-Fatihah
d.  Laksanakan dakwah dengan akhlak yang baik.  Jika orang yang didakwah menolak maka tinggalkan seketika atau gunakan jalan dakwah yang lain--yang mungkin lebih berkesan.  Ingat! hanya Allah yang berkuasa memberikan hidayah--tugas kita adalah melaksanakan dakwah dengan berhikmah
e.  Bila hati kita sempit banyakkan bertasbih--berbaik sangka pada Allah, keluarkan semua keburukan dalam diri dan masukkan sifat-sifat Allah--bersujud dan pujilah Allah
f.  Perutusan Rasul adalah ketetapan Allah bagi tujuan untuk menghindari azab.  Orang-orang kafir yang mendustakan Rasul-rasul telah diazab oleh Allah
g.  Mukhlasin adalah orang-orang yang telah diikhlaskan oleh Allah--mereka tidak akan dapat dipesongkan oleh iblis.  Mukhlisin adalah orang yang mengikhlaskan diri kepada Allah.




16.0  AN-NAHL

16.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah--> terkait  dengan hati/iman manusia
b.  Jumlah ayat 128-->Kategori Al-Mi'un dan setaraf dengan kitab Zabur
c.  Turun selepas surah Al-Kahfi dan disusun selepas surah Al-Hijr

16.2  Hubungkait Surah
a.  Ayat akhir surah Al-Hijr membincangkan tentang menyembah Allah sehingga datangnya kematian/hari kiamat
b.  Ayat awal surah Al-Hijr menekankan hari kiamat pasti datang.  Ayat ke 2 menekankan tentang tawhid-->inilah bekal menuju akhirat--taqwa praktis dengan istiqamah sehingga kematian
c.  Surah Al-Hijr --> menerangkan sifat Al-Quran yang jelas dan sempurna-->difahami oleh golongan Ulul Albab
d.  Surah An-Nahl-->Nikmat terbesar adalah Al-Quran

16.3  Keutamaan Surah
a.  Membincang tentang syukur nikmat
b.  Nabi Ibrahim amat mensyukuri nikmat Allah sehingga beliau terpilih sebagai kekasih Allah dan seterusnya mendapat hidayah dari Allah

16.4  Matlamat Surah
Responlah nikmat-nikmat yang dikurniakan Allah dengan kesyukuran

16.5  Sebab Penamaan Surah
a.  An-Nahlu-->Madu lebah.  Ayat 68-69 terkait dengan nama surah
b.  Ayat 68:  Allah mengilhamkan kepada lebah membuat sarang di gunung-ganang, pokok-pokok kayu, dan bangunan-bangunan yang dibina manusia
c.  Ayat 69:  Allah mengilhamkan kepada lebah supaya makan saripati buah-buahan (termasuk yang beracun dan tidak beracun) dan kemudian (dengan kuasa Allah) keluarlah madu yang menjadi penawar bagi manusia-->ubat jasad yang penuh nikmat
d.  Maka responlah nikmat Allah dengan rasa syukur --cara tindakan praktisnya adalah dengan mentawhidkan Allah

16.6  Sistematika Surah
a.  KeEsaan Allah
b.  Bukti keEsaan Allah-->ayat-ayat kauniyah/saintifik
c.  Ancaman kepada golongan yang ingkar kepada Allah-->Mustakbirin;  khabar gembira kepada golongan Muttaqin
d.  Dakwah para Rasul kepada Tawhidullah
e.  Penegasan Allah akan keEsaanNya
f.  Penyebutan nikmat-nikmat sebagai bukti keEsaanNya
g.  Petunjuk untuk berakhlak mulia
h.  Adab berinteraksi dengan Al-Quran--bersihkan hati dahulu dan berlindung dengan Allah dari syaitan
i.  Perumpamaan akibat kekufuran
j.  Peribadi Nabi Ibrahim sebagai hamba Allah yang sentiasa bersyukur

16.7  Pengajaran/Tadabbur Surah
a.  Ayat 1-2 menyatakan hari kiamat pasti datang-->Jadi apakah bekalan kita?
b.  Al-Quran adalah roh dan apabila dibaca dengan khusyuk ia akan maasuk ke dalam rohani/hati kita-->natijahnya nanti takut kepada Allah-->maka tawhidkan Allah dengan bertaqwa kepada Allah
c.  Taqwa-->ketakutan dalam hati sehingga tidak mengikut hawa nafsu  (surah Furqan: 43).  Manusia boleh jadi syirik jika mengikut hawa nafsu
d.  Applikasi tawhid dalam bentuk praktis taqwa
e.  Nikmat Allah--ayat 66-69  i.  susu yang murni terhasil dari campuran kotoran dan darah.  Apakah perrsamaan dengan kita?  Dalam diri kita juga ada campuran di antara tabiat buruk dengan tabiat baik
f.  Anggur bercampur dengan kurma menghasilkan arak --> perkara yang baik boleh menjadi buruk.  Pesamaan dengan kita adalah walaupun kita dilengkapi dengan fitrh, akal, syariat, bisikan malaikat, manusia boleh juga menjadia tidak baik
g.  Lebah menghisap saripati buah yang baik dan buah yang beracun-->menghasilkan madu (baik).  Persamaan dengan kita--> kombinasi di antara fitrah (baik) dan nafsu (buruk) boleh menatijahkan ketaatan
h.  Madu adalah nikmat jasad/jasmani sedangkan Al-Quran adalah nikmat rohani
i.  Ayat 120:  Kesyukuran Nabi Ibrahim--mensyukuri nikmat Allah--> dipilih Allah--dapat hidayah/petunjuk ke jalan yang lurus.  Sifat Nabi Ibrahim--muttaqin dan muhsinin
j.  Dengan berbekalkan taqwa kita akan bersama dengan Allah.         



17.  AL-ISRA'  

17.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makiyyah ini diturunkan satu tahun sebelum hijrah
b.  Diturunkan selepas surah Al-Qashash dan disusun selepas surah An-Nahl
c.  Jumlah ayat 111 dan ia juga dikenal dengan nama Bani Israil kerana terdapat ayat-ayat yang merujuk kepada Bani Israil

17.2  Hubungkait Surah
a.  Hujung surah An-Nahl--"Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang beramal soleh"  -->kebersamaan Allah dengan golongan Muttaqin-->Muhsin.  Orang mukmin belum tentu Muhsin,  Hanya orang yang Muhsin layak menghadap Allah
b.  Awal surah Al-Isra'--"Maha Suci (Allah) yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya...." -->Rasulullah adalah termasuk dalam golongan Muhsin justeru beliau layak menghadap Allah dalam peristiwa Israk Mikraj

17.3  Keutamaan Surah
a.  Baca sebelum tidur--Dari Abu Lubabah, dia mengatakan bahawa Aisyah berkata,"Rasulullah saw tidak akan tidur sebelum membaca Az-Zumar dan Bani Israil (Al-Isra')--HR Tirmizi 3405
b.  Termasuk himpunan surah-surah terawal--surah Makkiyyah--tetap di hati para sahabah kerana surah-surah tersebut banyak pengajaran.  Para sahabah menghafal surah-surah Makkiyyah

17.4  Matlamat Surah
a.  Ambillah petunjuk Al-Quran!
b.  Ayat 23-37 adalah ayat-ayat petunjuk dan praktis untuk orang mukmin--sekiranya diamalkan barulah boleh menjadi golongan Muhsin yang praktis

17.5  Sebab Penamaan Surah
a.  Peristiwa penting--ada dua pertemuan teragong: i. Pertemuan Rasulullah saw dengan Allah   ii. pertemuan Rasulullah saw dengan semua nabi dan rasul terdahulu--pada malam itu MasjidilAqsa dipenuhi nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu menunggu kedatangan Rasulullah saw untuk mengimami solat
b.  Peristiwa Isra' merupakan saat bersejarah serah terima risalah Islam dari Bani Israil ke ummat Nabi Muhammad saw.  Semua nabi dan rasul menyerahkan kitab-kitab mereka kepada Rasulullah saw sebelum beliau diisra'kan ke Sidratul Muntaha

17.6  Sistematika Surah
a.  Isra' Mikraj dan kejatuhan Bani Israil
b.  Status Al-Quran--mengandungi petunjuk yang mengarah kepada kehidupan abadi
c.  Iblis menyesatkan
d.  Bimbingan Nabi yang membawa petunjuk
e.  Pengaruh yang membawa kesan ke dalam hati manusia
f.  Asmaul Husna--Allah punyai nama-nama untuk dikenali--untuk mentawhidkan Allah

Ayat 1-8 --> lihat keutamaan Nabi--ikuti petunjuk yang dibawa supaya menjadi orang yang berjaya.  Sekiranya tidak mengikut petunjuk jadi seperti Bani Israil yang sesat

Tadabburi ayat 9-12:  ayat 9-->  i.  dalam Al-Quran ada petunjuk--perlu diyakini.  Petunjuk bagi orang yang membacanya --jangan tergesa-gesa ('ajula) untuk mendapatkan petunjuk ii. jalan kebahagiaan yang abadi  iii. Makrifatullah melalui alam semesta-->Tauhidullah  iv.  Orang yang mendapat hidayah Allah tidak akan tergesa-gesa.




18.  Al-KAHFI

18.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makiyyah yang membincangkan tentang akidah.  Jumlah ayat 110--kategori Al-Mi'un --> setanding kitab Zabur
b.  Turun selepas surah Al-Ghasiyyah dan disusun selepas Al-Isra'
c.  Turun semasa fasa ke 3 dakwah Rasulullah saw di Mekah--tahun 5-10 kenabian
d.  Fasa dakwah di Mekah: Rahsia (2 thn), Terang-terangan (3 thn), pemulauan/pemboikotan (5thn), dan pembunuhan (3 thn)

18.2  Hubungkait Surah
a.  Akhir Al-Isra'--Perintah untuk memuji Allah dengan mensucikan Allah dari segala sifat kekurangan seperti memiliki anak dsbnya
b.  Awal Al-Kahfi--Pujian Allah untuk diriNya sendiri di atas kesempurnaanNya.   Sifat-sifatNya--yang menurunkan Al-Quran sebagai pembimbing akidah umat manusia

18.3  Keutamaan Surah
a.  Jika dibaca dengan fokus, khusyuk, dan ikhlas-->malaikat akan turun
b.  Menjadi cahaya di akhirat
c.  Akan menjadi kafarah (penebus dosa) antara 2 jumaat
d.  Sebagai pelindung diri dari fitnah dajjal--berdoalah agar kita tidak dipesongkan oleh dajjal
e.  Hari Jumaat Adam dicipta, hari kiamat dan penghisaban.  Waktu paling mustajab untuk berdoa adalah selepas Asar
f.  Digalakkan hafal 10 ayat pertama dan terakhir surah Al-Kahfi

18.4  Matlamat Surah
a.  Lindungi diri anda dari pelbagai fitnah kehidupan
b.  Caranya:  Tadabburi 4 kisah dalam surah Al-Kahfi--posisikan ayat dengan diri-->applikatif-->tindakan praktis

18.5  Sebab Penamaan Surah
a.  Gua tempat berlindung diri dari kejahatan manusia/makhluk-->oleh itu berlindungkah diri dengan mengamalkan petunjuk yang terdapat dalam surah Al-Kahfi

18.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-8--Quran sebagai panduan dalam membimbing akidah umat manusia
b.  Ayat 9-31-->kisah pemuda Al-Kahfi; 32-59-->kisah pemilik 2 kebun;  60-82-->kisah Nabi Musa dan Khaidir; 83-101-->kisah Zulkainain dan Ya'juj dan Ma'juj; 102-110-->keikhlasan sebagai kunci masuk syurga

18.7  Pengajaran Surah
a.  Ashabul Kahfi--fitnah agama (ayat 28)--berkawanlah dengan ahli zikir--mereka ada makrifatullah.  Di antara ciri ahli zikir--jika kita pandang dia, kita juga rasa nak berzikir
b.  Pemilik 2 kebun-- fitnah harta benda (ayat 45-46)--mengenal hakikat dunia--bila lihat harta kekayaan berzikirlah--Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar
c.  Musa dan Khaidir--fitnah ilmu (ayat 69)--bersikap tawadhuk ketika berilmu--contohi Nabi Musa
d.  Zulkarnain--fitnah kekuasaan (ayat 98)--mengembalikan kekuasaan sebagai milik Allah




19.  MARYAM

19.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah ini berjumlah 98 ayat (kategori Mathani), diturunkan selepas surah Fathir dan disusun selepas surah Al-Kahfi
b.  Turun semasa akhir fasa ke 2 dakwah dan awal fasa ke3 dakwah Rasulullah saw si Mekah
c.  Surah yang elok dibaca untuk tenangkan jiwa yang tertekan.

19.2  Hubungkait Surah
a.  Akhir  Al-Kahfi-->Keesaan Allah dan larangan mempersekutukanNya
b.  Mula surah Maryam-->Kisah Nabi Zakaria dan kisah Maryam--2 kisah yang menakjubkan yang membuktikan ketuhanan/keesaan Allah

19.3  Keutamaan Surah
a.  Surah ini (ayat 1-40) dibaca oleh Saiyyidina Jaafar di hadapan Raja Najashi di mana akhirnya Raja Najashi masuk Islam.  Oleh itu surah ini elok dibaca kepada orang bukan Islam agar lembut hatinya
b.  Termasuk di antara 5 surah yang turun di Mekah (awal)--Isra', Kahfi, Maryam, Taha, dan ANbiya'--sering dibaca berulang-ulang kali dan dihafal oleh para sahabah

19.4  Matlamat Surah
Tuhankanlah Allah dan jangan sekutukan Dia!

19.5  Sebab Penamaan Surah
a.  Terkandung dalam ayat 16-40 yang merujuk kisah Maryam--> terkait ketuhanan Allah
b.  Kisah Maryam:  Kedatangan malaikat, dapat berita akan mempunyai anak, mengandung dan berhijrah, kepenatan hendak bersalin, kembali berjumpa kaun Bani Israil
c.  Menunjukkan kuasa Allah yang tidak terjangkau oleh akal manusia

19.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-15 kisah Nabi Zakaria
b.  Ayat 16-40 kisah Maryam
c.  Ayat 41-50 kisah Nabi Ibrahim
d.  Ayat 51-58 kisah para nabi-nabi
e.  Ayat 59-96 klasifikasi generasi:  sesat dan berpetunjuk
f.  Ayat 97-98 petunjuk untuk Rasulullah saw:  ancaman dan berita gembira

19.7  Pengajaran Surah
a.  Kisah Maryam menunjukkan beliau tetap berada pada fitrah--tidak stres, tetapi letih dan penat.  Emosinya begoncang ketika didatangi malaikat yang mengatakan dia akan mendapat anak
b.  Setelah mengandung dan melahirkan dia membawa anaknya berjumpa Bani Israil.  Anaknya yang masih kecil boleh berkata-kata dan menjawab segala persoalan yang dilemparkan oleh Bani Israil kepada Maryam
c.  Akhirnya bani Israil menjadikan Isa sebagai Tuhan mereka--> Maka Bani Israil yang keluar dari fitrah-->stres




20.  TAHA

20.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah, 135 ayat--Al-Miun--setaraf kitab Zabur
b.  Turun selepas surah Maryam dan disusun selepas surah Maryam
c.  Turun semasa fasa ke 2 dakwah Rasullulah di Mekah--sebelum Saidina Umar masuk Islam

20.2  Hubungkait Surah
a.  Hujung surah Maryam--ayat 97--Kaum Ludda=Kaum yang keras.  Kaum  Rasulullah saw pun seperti kaum Ludda, maka Rasulullah saw takut dan sedih--bimbang jika kaumnya dibinasakan seperti kaum terdahulu.  Baginda risau kerana Islam belum tertegak, pengikutnya sedikit, dakwah belum tersebar, risalah belum habis diterima
b.  Awal surah Taha-->Quran bukan diturunkan untuk buat Rasulullah saw sengsara.  Hanya hati takut dan lembut yang dapat merespon  Al-Quran.  Ikuti cara nabi Musa berdakwah dengan lemah lembut

20.3  Keutamaan Surah
a.  Melenturkan hati Saidina Umar --masuk Islam, apabila beliau masuk Islam ramai yang lain pun masuk Islam
b.  Kerap dibaca oleh para sahabah--indah ayat-ayatnya dan menjadi simpanan dalam hati para sahabah.  Ada 90 ayat kisah Nabi Musa yang boleh kita contohi.  Ambil iktibar dari kisah-kisah terdahulu

20.4  Matlamat Surah
a.  "Berbahagialah bersama Al-Quran'
b.  Al-Quran adalah risalah yang perlu disampaikan kepada semua orang.  Jangan paksa semua orang terima apa yang kita sampaikan.  Hanya Allah yang berhak memberikan hidayah kepada seseorang.

20.5  Sebab Penamaan Surah
a.  Tha--huruf tebal--merujuk kepada kekuatan Rasulullah
b.  Ha--huruf nipis--merujuk kepada kelemahan musuh-musuh Islam

20.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-8--Al-Quran mengajak kepada kebahagiaan
b.  Ayat 9-98--Kisah Nabi Musa
c.  Atay 99-112--Sikap golongan manusia terhadap Al-Quran--orang yang berpaling dari Al-Quran; fenomena hari kiamat
d.  Ayat 113-115--Hubungan Rasulullah saw dengan Al-Quran
e.  Ayat 116-129--Kisah Iblis dan Nabi Adam
f.  Ayat 130-135--Petunjuk kepada Rasulullah saw

Tadabbur ayat 116--Kisah Iblis yang sombong merasa dirinya lebih hebat maka tidak mahu sujud kepada Nabi Adam.  Maka jauhi sifat sombong                                                                                                                                                 



21.  AL-ANBIYA'


21.1  Penurunan Surah
a.   Surah Makkiyyah berjumlah 112 ayat -- kategori Al-Miun --setaraf kitab Zabur
b.  Turun selepas surah Ibrahim dan susun selepas Taha
c.  Turun semasa tahap ke 3 dakwah Rasulullah saw di Mekah

21.2  Hubungkait Surah
a.  Akhir surah Thaha-->penantian siapa yang bahagia, siapa yang sengsara
b.  Awal surah Al-Anbiya'-->"Sudah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka...".  Hari perhitungan (kiamat) --> keputusan yang jelas

21.3  Keutamaan Surah
a.  Surah tercantik dalam Al-Quran--surah kemuncak keindahan--ada kisah-kisah nabi yang sangat mempengaruhi dalam sistem ingatan.  Ambil ibrah/pengajaran dari kisah-kisah rasul/nabi
b.  Dari Abdullah bin Mas'ud, dia berkata, "Surah Al-Isra', Al-Kahfi, Maryam,Thaha,dan Al-Anbiya' adalah beberapa surah yang pertama kali diwahyukan (di Mekah) dan surah-surah itu termasuk yang paling lama aku pelajari".  HR Bukhari no. 4739

21.4  Matlamat Surah
a.  Waspadalah, jangan lalai! Ambil peringatan, yakin dekatnya hari hisab!

21.5  Sebab Penamaan Surah
a.  Ayat 48-91merujuk kepada kisah-kisah para nabi--Musa, Harun, Ibrahim, Luth, Nuh, Daud, Sulaiman, Ayub, Ismail, Idris, Zulkifli, Yunus, Zakaria, Isa
b.  Tugas nabi sama semuanya-->berdakwah-->bawa peringatan tentang tauhid dan hari akhirat
c.  Penamaan surah berasal dai sebahagian besar isi surah yang ditujukan untuk menggambarkan kehidupan para nabi

21.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-15:  Peringatan yang dilalaikan/diabaikan
b.  Ayat 16-33:  Falsafah di sebalik penciptaan alam
c.  Ayat 34-47:  Falsafah disebalik penciptaan manusia.  Jasad akan mati, jiwa tetap hidup--yakinilah hari kiamat
d.  Ayat 48-91:  Kisah-kisah para nabi-->tugas memberi peringatan
e.  Ayat 92-106:  Kesatuan agama--Tawhid
f.  Ayat 107-112:  Arahan/petunjuk untuk Rasulullah saw:  i.  Dakwah tawhid  ii. Peringatan dekatnya hari kiamat  iii. Doalah kepada Allah untuk dibezakan dengan orang-orang kafir

21. 7  Pengajaran Surah
a.  Hati yang lalai --sibuk dengan urusan dunia-->tidak akan dapat merespon/ibrah ayat Al-Quran.  Ayat 49--ambil peringatan
b.  Tauhidullah (ayat 22)--alam semesta tempat tinggal manusia.  Semua di alam semesta Allah jadikan tunduk kepada manusia
c.  Ayat 35--Jasad manusia akan merasai mati, jiwa tidak akan mati.  Jasad digerakkan oleh roh.  Jiwa adalah hal dalaman-->tabiat, akal, fitrah, emosi, syariat
d.  Ibrah kisah nabi--ambil pengajaran/iktibar



22.  Al-HAJJ

22.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah dan Madaniyyah -- ayat 1-24 diturunkan pada akhir fasa sebelum hijrah
b.  Syariat haji selepas Rasulullah hijrah ke Madinah
c.  Surah yang sangat unik--turun ketika Rasulullah saw dalam pelbagai keadaan/suasana--musafir, malam/siang
d.  Ayat 58-65: Nama Allah disebut bertalu-talu
e.  Jumlah ayat 78--Al-Mathani -- setaraf kitab Injil
f.  Turun selepas An-Nur, disusun selepas Al-Anbiya'

22.2  Hubungkait Surah
a.  Akhir Al-Anbiya'-->"Wahai Tuhanku, berilah keputusan dengan adil...."
b.  Awal Al-Hajj-->"Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu, sesungguhnya, goncangan hari kiamat itu sangat besar"-->sedialah bekal untuk hari kiamat

22.3  Keutamaan Surah
a.  Ada 2 ayat sajadah-->sujud apabila dibaca, syaitan lari
b.  Motivati--takut kepada Allah; ketegasan tentang hari kiamat.  Takut hukuman Allah-->bertaqwa

22.4  Matlamat Surah
a.  Takutlah (raihlah) ketaqwaan melalui ibadah haji untuk menyambut datangnya hari kebangkitan
b.  Ayat 1-->Taqwa;  ayat 27-->Ibadah haji

22.5  Sebab Penamaan Surah
a.  Ayat 27--> Ibadah haji=Ziarah ke Baitullah dari pelbagai penjuru dunia dan berkumpul di Arafah-->ibarat di Padang Mahsyar--lalu berzikir dan beristigfar kepada Allah

22.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-24: Taqwa dan hari kebangkitan serta respon manusia terhadap hari kebangkitan
b.  Ayat 25-37:  Haji dan manfaatnya untuk bina taqwa
c.  Ayat 38-48:  Masalah jihad sebagai satu upaya untuk pertahankan diri--jihad defensif--pertahankan diri pada bulan-bulan haram
d.  Ayat 49-76:  Fungsi nabi--peringatan bawa berita gembira;  ayat kauniyah (alam semesta)--hujjah kuasa Allah, hujjah Allah untuk kesilapan syariat orang-orang kafir
e.  Ayat 77-78:  Arahan/petunjuk meraih ketaqwaan bagi orang beriman

22.7  Pengajaran Surah
Sebelum menunaikan haji bina ketaqwaan dengan mentadabburi ayat-ayat dari surah-surah Makkiyyah




23.  Al-MUKMINUN

23.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah, turun semasa fasa ke 3 dakwah Rasulullah saw di Mekah--pemboikotan orang-orang yang beriman--puncak dari bencana kelaparan di Mekah
b.  Jumlah ayat 118--Al-Miun--setaraf kitab Zabur
c.  Turun selepas Al-Anbiya' dan disusun selepas Al-Hajj

23.2  Hubungkait Surah
a.  Akhir Al-Hajj-->Seruan untuk orang mukmin agar mereka menjalankan perintah-perintah agama yang umum/khusus untuk meraih kejayaan -- solat, berjihad, zakat dll--> Allah janji orang-orang mukmin ke syurga Firdaus.  Bagaimana untuk jadi orang mukmin?
b.  Awal Al-Mukminin-->menerangkan 6 ciri-ciri orang mukmin.  Konsep kejayaan adalah peroleh syurga Firdaus                                                                                                                                                                                                     
23.3  Keutamaan Surah
a.  Surah yang dibaca Rasullullah saw ketika solat subuh
b.  Dari Abdurrahman bin Abdul Qari, dia berkata, "Aku mendengar Umar bin Khattab mengatakan, Ketika wahyu diturunkan kepada Rasulullah saw suara berdengung seperti lebah terdengar dekat wajah beliau.   Suatu hari sesuatu diturunkan kepada Rasulullah saw dan beliau berkata..."Sepuluh ayat baru saja diturunkan kepadaku, siapa yang mengamalkannya secara menyeluruh akan masuk syurga". -- HR Tirmizi no. 3173  --Ayat yang sepuluh itu ialah Al-Mukminun: 1-10

23.4  Matlamat Surah
Raihlah kejayaan (Firdaus) dengan berakhlak seorang mukmin

23.5  Sebab Penamaan Surah
a.  Al-Mukminin--ayat 1-11-->maknanya merujuk kepada akhlak/perilaku orang mukmin:  i. khusyuk dalam solat ii. berpaling dari perkara yang sia-sia iii. tunaikan zakat  iv. memelihara kemaluan  v. memelihara amanah  vi. memelihara solat-->orang yang mendapat kejayaan dan masuk ke syurga Firdaus

23.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-11:  Masalah keimanan dan ganjaran, tajuk umum kejayaan yang diraih oleh golongan yg beriman-->syurga Firdaus
b.  Ayat 12-22: Teknik membina keimanan -->ayat-ayat nafaiyah (diri manusia) dan ayat-ayat kauniyyah (alam semesta)
c.  Ayat 23-52:  Perutusan rasul-rasul dan respon umat
d.  Ayat 53-77:  Perpecahan berlaku sampai zaman Rasulullah saw
e.  Ayat 78-98:  Pengukuhan keimanan melalui alam semesta
f.  Ayat 99-116:  Gambaran-gambaran mengerikan di akhirat
g.  Ayat 117-118: Kerugian orang-orang kafir-->masuk ke neraka Jahannam

23.7  Pengajaran Surah
a.  Khusyuk dalam solat--Ankabut:45, Baqarah: 45-46; berdoalah dengan takut dan harap seperti doa Nabi Zakariya Al-Anbiya': 90.  Solat seolah-olah itu adalah solat terakhir kita--fokus--kita akan jumpa Allah
b.  Sebelum solat baca Al-Quran--lihat makna ayat-ayat dalam surah yang akan dibaca dalam solat dan cuba sebaik mungkin menghayati maknanya



24.  AN-NUR

24.1  Penurunan Surah
a.  Surah Madaniyyah--banyak hukum-hukum di dalamnya
b.  Jumlah ayat 64-->Al-Mathani -->setaraf kitab Injil
c.  Turun selepas Al-Hasyr dan disusun selepas Al-Mukminun
d.  Turun selepas Rasulullah saw balik dari Perang Bani Mustaliq; sebelum itu Perang Khandaq (6 hijrah)
e.  Kisah fitnah kepada Saidatina Aisyah dan Safwan

24.2  Hubungkait Surah
a.  Akhir Al-Mukminun--Rasulullah saw berdoa untuk mendapat keampunan dan rahmat Allah
b.  Awal An-Nur--Rahmat diperolehi dengan mengikut hukum-hukum Allah--hukum dalam bersosial-->jika diikuti dapat cahaya dalam hati
c.  Applikasi hukum-hukum penting; mukminin jauhi zina

24.3  Keutamaan Surah
a.  Dari Haritsah bin Mudharrib, dia mengatakan, "Umar bin Khattab ra menulis kepada kami, 'Pelajari surah An-Nisa', surah Al-Ahzab, dan surah An-Nur' " (Fada'ilul Quran dari Al-Qasim bin Salam, 367)

24.4  Matlamat Surah
Wujudkan masyarakat yang bersih dan unggul

24.5  Sebab Penamaan Surah
a.  An-Nur--Cahaya--ayat ke 35.  Cahaya bagi Allah tidak boleh dipersepsikan oleh manusia
b.  Tindakan/perbuatan Allah-->menerangkan hati kaum mukminin dengan cahaya iman.  Apabila syariat Allah diapplikasikan lahirlah masyarakat yang bersih dan unggul.  Nur--cahaya--yang akan menerangi orang mukmin untuk jalan ke syurga

24.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-26: Kekejian zina
b.  Ayat 27-29: Minta izin nak masuk rumah orang
c.  Ayat 29-31: Tundukkan pandangan dan wanita tutup aurat
d.  Ayat 32-34: Nikah--solusi agar tidak terjebak dalam zina
e.  Ayat 35-40: Nuur--sumber syariat dari Allah--jika diterapkan Allah beri cahaya
f.  Ayat  41-45: Alam semesta tunduk kepada Allah
g.  Ayat 46-54: Munafik--hati tertutup dalam kufar
h.  Ayat 55-57:  Janji Allah kepada orang mukmin
i.   Ayat  58-59:  Minta izin masuk bilik
j.   Ayat  60 :  Aurat wanita lanjut usia
k.  Ayat 61  :  Etika makan bersama
l.  Ayat: 62-64:  Izin keluar setelah berurusan dengan Rasulullah saw

24.7  Pengajaran Surah
a.  Ayat 35--sangat digalakkan untuk dihafal.  Ayat perumpamaan--cahaya atas cahaya--mempunyai maksud yang sangat dalam
b.  Zaituna=Wahyu;  Misbah/Lampu=fitrah kita;  Cermin=hati kita-->Kekuatan keimanan boleh kenalpasti kesilapan/sikap kita





25.  Al-FURQAN

25.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah--isi kandungan berkisar tentang akidah, kenabian, al-Quran, dan kisah nabi terdahulu
b.  77 ayat--Al-Mathani--setaraf kitab Injil
c.  Turun selepas surah Yasin, disusun selepas surah An-Nur
d.  Turun semasa tahun 7 kenabian--umat Islam dipulaukan dan Rasulullah mendapat tekanan dari orang kafir.  Rasulullah dihiburkan oleh Allah dengan surah Al-Furqan

25.2  Hubungkait Surah
a.  Akhir surah An Nur--tentang kemuliaan Rasulullah--tidak boleh dipanggil dengan sembarangan.  Peringatan (kepada Nadhir) tentang fitnah dan azab.  Milik Allah segala apa yang ada di langit dan di bumi.  Allah Al-Alim--Maha Mengetahi segala sesuatu
b.  Awal surah Al-Furqan--tentang penurunan Al-Furqan kepada Rasulullah.  Peringatan jangan sekutukan Allah--Al-Khaliq--Maha menciptakan segala sesuatu, lalu menetapkan ukuran-ukurannya dengan tepat

25.3 Keutamaan Surah
a.  Lihat ayat 63-76 untuk praktis sifat IbadurRahman:  i.  berjalan di bumi Allah dengan rendah hati--apabila orang bodoh menyapa ucapkan salam  ii. sujud kepada Allah dengan solat malam  iii. infak di jalan Allah  iv. tidak menyengutukan Allah v. tidak membunuh orang yang diharamkan Allah  vi. tidak berzina vii. bertaubat dan membuat kebaikan  viii. tidak memberi kesaksian palsu  ix. hindari perbuatan yang tidak berfaedah  x. apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Allah, tidak bersikap seperti orang yang buta dan tuli

25.4 Matlamat Surah
a.  Takutlah terhadap peringatan dalam Al-Quran

25.5  Sebab Penamaan Surah
a.  Di ambil dari ayat pertama--Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan (Al-Quran) kepada hambaNya (Muhammad) agar baginda menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam (jin dan manusia)
b.  Jangan sekutukan Allah--Esa kan Allah

25.6  Sistematika Surah
a.  ayat 1-3:  tentang nabi sebagai pemberi peringatan
b.  ayat  4-33: tentang nabi dan Al-Quran secara spesifik -- i. tentangan terhadap Al-Quran  ii. memperolok-olokkan nabi.  Mereka menolak nabi sebab tidak percaya akhirat
c.  ayat 34-43: hiburan untuk nabi
d.  ayat 45-62:  alam semesta dan fenomenanya
e. ayat 63-76:  kesan ketakutan terhadap peringatan Al-Quran-menatijahkan tindakan yang baik
f.  ayat 77:  siapa yang mendustakan Allah pasti mendapat azab

25.7  Tema Kunci dan Pesan Surah
a.  Al-Quran adalah panduan untuk membezakan di anatara yang benar dengan yang salah
b.  Orang-orang yang zalim adalah mereka yang menolak kebenaran, ingkar pada nabi, dan mendustakan Hari Kiamat dan kehidupan setelah kematian
c.  Pada Hari Kiamat, orang-orang kafir akan menyesal akibat tidak mengikuti jalan Allah yang benar
d.  Penjelasan mengenai hikmah di balik penurunan ayat Al-Quran melalui pewahyuan secara bertahap
e.  Perintah Allah untuk melakukan jihad kepada kaum yang tidak percaya kepada Al-Quran
f.  Penjelasan mengenai karakteristik orang yang benar-benar beriman.




26.  ASY-SYUARA

26.1 Penurunan  Surah
a.  Surah Makkiyyah--227 ayat--Al-Miun, setaraf kitab Zabur
b.  Turun selepas surah Al-Waqiah dan disusun selepas surah Al-Furqan
c.  Turun semasa fasa ke3 dakwah dan tahun ke 6 kenabian

26.2  Hubungkait Surah
a.  Akhir Al-Furqan--Rasulullah susah hati/sedih, maka dihiburkan dengan ancaman azab Allah terhadap orang kafir yang tidak mahu beriman
b.  Awal Asy-Syuara--kisah Rasulullah yang sedih kerana mereka (penduduk Mekah) tidak mahu beriman

26.3  Keutamaan Surah
a.  Cerita tentang keajaiban Al-Quran--kitab yang jelas antara yang batil dan yang hak
b.  Yang batil akan diperang oleh Al-Quran dengan contoh dari kisah para-para nabi terdahulu
c.  Yang hak disokong oleh Al-Quran

26.4  Matlamat Surah
a.  Waspadailah keburukan media sosial dengan mengikut kebenaran al-Quran
b.  Surah ini berkisar bagaimana peranan media (di masa itu para penyair) untuk mempengaruhi orang ramai
c.  Gunakan media (masa kini) sebagai alat untuk berdakwah bukan alat propaganda untuk bermaksiat atau sebarkan fitnah

26.5  Sebab Penamaan Surah
a.  Ayat 224-227--AsySyuara bermaksud penyair
b.  Ayat 224--Penyair yang dinyatakan dalam surah ini merupakan orang-orang yang menjadi objek syaitan untuk mendapat bisikan.  Mereka diikuti oleh golongan al-ghowun iaitu orang yang suka bermaksiat seperti berjudi, minum arak dan bunuh anak--golongan sesat yang tidak tentu hala
c.  Ayat 225--Syair yang mereka hasilkan hanyalah khayalan tidak berfakta
d.  Ayat 227--Para penyair bergerak dari satu lembah ke satu lembah untuk mencari pengaruh dan pengikut untuk mengikut kehendak mereka dan tidak mengikut al-Quran.  Syairnya bersumberkan syaitan; Al-Quran datang daripada Allah

26.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-9--bincang tentang Al-Quran
b.  Ayat 10-191--Kisah para nabi--Musa, Ibrahim, Noh, Hud, Salleh, Lut, Syuib
c.  Ayat 192-227--Hujjah-hujjah untuk membenarkan Al-Quran dan kenabian Rasulullah
d.  Terdapat juga beberapa ayat yang diulang-ulang beberapa kali

26.7  Pengajaran Surah
a.  Ayat 213:  Maka janganlah kamu menyeru (menyembah) tuhan selain Allah, nanti kamu termasuk orang-orang yang diazab
b.  Al-Furqan  (25:43)--Orang musyrik menjadikan keinginannya (hawa nafsu) sebagai tuhannya
c. Ali-Imran (3 151)--Tindakan Allah kepada orang-orang kafir--rasa takut/gelisah--kerana mereka menyekutukan Allah



27.  AN-NAML

27.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah --fokus tentang bimbingan/petunjuk kepada Rasulullah saw yang dalam keadaan gelisah disebabkan penolakan kafir quraish terhadap dakwah baginda
b.  Jumlah ayat 93 dan termasuk kategori Al-Mathani, setanding kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa
c.  Turun dan disusun selepas surah Asy-Syuara, maka kedua-dua surah ini mempunyai banyak persamaan

27.2  Hubungkait Surah
a.  Akhir surah Asy-Syuara-->  Al-Quran dinafikan dari sebutan kitab syair, sihir, dongengan, rekaan Rasulullah saw.   Syair, sihir, dogengan adalah dari syaitan
b.  Awal surah An-Naml--> Al-Quran bersumber dari Allah Al-Hakim, Al-Alim.  Al-Quran itu jelas dan lengkap--tiada kekeliruan

27.3  Keutamaan Surah
a.  Mengambil ibrah bahawa kuasa Allah berada di atas segala kekuasaan yang lain; maka sembah lah dan esakanlah Allah-->ikutlah suruhan Allah
b.  Nabi Sulaiman dikurnikan oleh Allah kelebihan boleh memahami bahasa binatang.  Contoh dalam surah ini ialah bahasa semut
c.  Ambillah iktibar dari semua kisah-kisah Nabi dan kaumnya dalam surah ini

27.4  Matlamat Surah
a.  Pandukan hidup dengan apa yang disebut dalam Al-Quran
b.  Ikutilah petunjuk Al-Quran supaya anda selamat.  Caranya dengan tilawah Al-Quran
c.  Ayat 92:  "Dan supaya aku sentiasa membaca Al-Quran".  Oleh itu, sesiapa yang menurut petunjuk  (Al-Quran dan beramal dengannya) maka faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri....
d.  Qiraah--> membaca;  Tilawah-->baca, faham, amal petunjuknya.  Maka semasa hendak membaca Al-Quran hendaklah diniatkan untuk mendapat petunjuk
e.  Matlamat surah:  Ikutilah petunjuk Al-Quran dengan membaca, memahami dengan metod tilawah dan kemudian amalkan petunjuk itu supaya anda selamat

27.5  Penamaan Surah
a.  Nama di ambil dari ayat ke 18.  Ketua semut mengarahkan anak buahnya supaya masuk ke dalam sarang supaya terselamat dari dipijak oleh nabi Sulaiman dan tenteranya
b.  Ayat 1-6 menjelaskan matlamat surah-->Al-Quran adalah kitab yang jelas kandunganya, hidayah/petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman-->mereka yang solat, memberi zakat dan yakin pada hari kiamat.
c.  Mereka yang tidak percaya hari akhirat akan beroleh azab seksa yang buruk (di dunia) dan orang yang rugi di hari akhirat
d.  Ayat 91-93:  Petunjuk kepada Rasulullah saw:  91--Sembah Allah, 92--Baca Al-Quran, 93--Kekuasaan Allah

27.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-6:  Sumber Al-Quran-->Al-Hakim, Al-Alim-->mengandungi hukum hakam berkaitan agama dan dunia-->untuk kemaslahatan manusia
b.  Ayat 7-59:  Kisah para nabi:  Musa, Daud, Sulaiman, Salleh dan Lut.  Musa nampak api-->mengambil petunjuk.  Sulaiman-->petunjuk yang diikuti.  Kisah Salleh dan Lut-->Ambil iktibar
c.  Ayat 60-90:  Ayat Kauniyah (alam semesta)-->Tauhid-->Kemuncak hidayah-->Soalan: Adakah Tuhan lain?
d.  Ayat 91-93: Arahan untuk Rasulullah saw:  i. Sembah Allah  ii. Tilawah dengan deria (IQ), faham, dan amal (EQ dan SQ)  iii.  Ucapkan Alhamdulillah.



28.  AL-QASAS

28.1  Penurunan Surah
a.  Surah Maakiyyah--88 ayat--kategori Al-Mathani-->setaraf kitab Injil--turun kepada Nabi Isa
b.  Turun selepas An-Naml dan disusun selepas An-Naml
c.  Turun semasa fasa dakwah ke 3--pemboikotan orang Islam oleh kafir Quraish-->orang Islam dalam keadaan ketakutan
d.  Persamaan kisah Nabi Musa dan kisah Rasulullah saw-->faktor ketakutan
e.  Jika dalam ketakutan dicadangkan baca surah Al-Qasas

28.2  Hubungkait Surah
a.  Akhir An-Naml--Ayat fenomena/makrifat--tanda kebesaran Allah memenangkan kaum Muslimin dalam perang Badar walaupun bilangan askar tentera Islam hanya 313 orang
b.  Awal Al-Qasas ayat fenomena  (1-6)--Kisah Nabi Musa di zaman  Firaun yang zalim.  Firaun membunuh setiap bayi lelaki yang lahir.  Akhirnya Allah menangkan Nabi Musa
c.  Kisah-kisah adalah ayat fenomena yang perlu dibayangkan dengan hati yang hidup

28.3  Keutamaan Surah
a.  Surah yang jelas, sempurna dalam memberikan penjelasan untuk diambil ibrah dan zikra dari kisah Nabi Musa sejak lahir hingga berdakwah kepada Firaun.  Firaun yang ingkar tenggelam di laut
b.  Kisah Qarun yang memiliki banyak harta tetapi sombong.  Maka dia ditelan bumi dengan semua hartanya
c.  Surah ini kategori Al-Mathani--setaraf kitab Injil

28.4  Penamaan Surah
a.  Al-Qasas bermaksud Kisah-kisah-->kisah Nabi Musa dengan Firaun dan kisah Qarun yang kaya raya tetapi sombong.  Kisah ini menjadi ibrah kepada Rasulullah saw dan umatnya
b.  Sebutan qasas terletak dalam ayat 25 di mana Nabi Musa menceritakan kisahnya secara terperinci kepada Nabi Syuib. Nabi Musa dengan tawadhuknya rasa bersalah kerana telah membunuh secara tidak senghaja
c.  Nabi Syuib menenangkan Nabi Musa yang tawadhuk--Jangan takut, kamu selamat di bumi Madyan
d.  Merujuk ayat 1-6-->Sifat Firaun yang sombong meninggi diri dan mengaku dia adalah tuhan.  Untuk mengukuhkan kuasanya sanggup membunuh semua bayi lelaki
e.  Ayat terakhir--ayat 88:  Segala sesuatu akan hancur kecuali Allah.  Oleh itu kembalikan segala urusan kepada Allah

28.5  Matlamat Surah
a.  Rendahkan diri anda di hadapan Allah dan serahkan urusan anda hanya kepada Allah, niscaya anda akan selamat dari rasa takut
b.  Jangan takut, jika anda tawadhuk, pasti Allah akan selamatkan anda
c.  Rendahkan diri anda kepada manusia lain, anda akan dimuliakan oleh Allah
d.  Orang yang berjiwa tinggi sangat tawadhuk kepada orang lain

28.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-6:  Pembukaan surah--kisah-kisah
b.  Ayat 7-42:  Kisah-kisah Nabi Musa:  Kelahiran, masa muda, masa pelarian ke Madyan, masa perkahwinan, masa kenabian, dan masa dakwah depan Firaun
c.  Ayat 43-75:  Zikra dan ibrah disebalik kisah-kisah
d.  Ayat 76-84:  Kisah kekayaan Qarun serta ibrahnya
e.  Ayat 85-88:  Penutup kisah-->Berimanlah kepada Allah

28.7  Pengajaran Surah
a.  Ambil ibrah kisah Nabi Musa dengan Firaun (ayat 43-75)
b.  Ayat 43: " Dan demi sesungguhnya, Kami berikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat setelah Kami binasakan kaum-kaum yang telah lalu, untuk membuka hati dan menjadi hidayah petunjuk serta rahmat, semoga mereka beringat."
c.  Ambil ibrah dari kisah Firaun dan Qarun--hidupkan hati dan akal-->Jangan meninggi diri dan sombong.



29.  Al-ANKABUT

29.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah sebanyak 69 ayat (Al-Mathani)-->setanding kitab Injil
b.  Turun selepas surah Ar Rum dan disusun selepas surah Al-Qasas
c.  Turun semasa fasa ke 2 dakwah--dakwah secara terang-terangan--sebelum sahabah berhijrah ke Ethopia (Habsyah)

29.2  Hubungkait Surah
a.  Akhir surah Al-Qasas--Ajakan untuk beriman-->bertauhid.  Larangan syirik; semua makhluk akan binasa melainkan zat Allah.  Allah berkuasa memutuskan segala hukum; kepadaNyalah semua akan kembali untuk dihitung amal dan menerima balasan.
b.   4 bentuk ujian dalam surah Al-Qasas: i. Bani Israel diuji dengan kezalimam Firaun  ii.  Ibu Musa diuji dengan kesedihan--hanyutkan anak ke sungai  iii.  Nabi Musa diuji dengan ketakutan setelah menumbuk mati seseorang  iv. Qarun diuji dengan kekayaan
c.  Awal surah Al-Ankabut: 2-3-- "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, 'Kami beriman' sedang mereka tidak diuji(dengan sesuatu cubaan)?.  Dan demi sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka...nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata...orang-orang yang berdusta."

29.3  Keutamaan Surah
a.  Surah ini  kategori Mathani--setaraf dengan kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa
b.  Rasulullah membaca surah ini pada rakaat pertama dalam solat gerhana matahari
c.  Pilih sendiri ayat-ayat yang terkesan di hati apabila dibaca--applikasikan dalam kehidupan.

29.4  Matlamat Surah
a.  Bersandarlah hanya kepada Allah yang kuat kala diuji dan berjuanglah untuk mendapatkan solusi
b.  Maka ketika anda diuji jangan gantungkan harapan kepada orang lain--mohonlah bantuan dari Allah.

29.5  Penamaan Surah
a.  Penamaan surah terdapat dalam ayat 41-44
b.  Orang-orang yang bersandar kepada selain Allah sebagai pelindung adalah ibarat labah-labah yang membuat sarang untuk berlindung padahal sarang labah-labah itu paling rapuh.  Orang-orang kafir yang menyembah berhala adalah ibarat labah-labah
c.  Maka gunakanlah akal dan mata--ambillah pengajaran/ibrah dari perumpamaan ini

29.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-13:  Ujian keimanan adalah sunnatullah.  Ujian berupa kesenangan/nikmat atau musibah-->hendaklah dilalui dengan ibtila'
b.  Ayat 14-40:  Kisah Nabi Nuh, Ibrahim, Lut, dan Syuib.  Sampel orang-orang terdahulu diuji keimanan mereka.  Allah berikan contoh supaya mudah untuk difahami
c.  Ayat 41-44:  Ibrah disebalik kisah-kisah para nabi--guna akal dan mata
d.  Ayat 45-69:  Panduan untuk yang diuji:  Tilawah Quran, Solat, Sabar, Mujahidah-->Al-Muhsinin             



30.  AR-RUM

30.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah, 60 ayat--Kategori Al-Mathani--setaraf kitab Injil
b.  Turun selepas Al-Insyiqaq dan disusun selepas Al-Ankabut
c.  Turun semasa fasa ke 3 dakwah, ada umat Islam yang telah berhijrah ke Habsyah
d.  Turun ketika tentera Rum dikalahkan oleh Parsi
e.  Khabar gembira --> umat yang tertindas akan dimenangkan oleh Allah

30.2  Hubungkait Surah
a.  Hujung Al-Ankabut--"...dan seungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."   Allah akan melindungi/memberi pertolongan kepada orang yang muhsin-->bersangka baik dengan Allah--> sentiasa bergerak/berjuang/beramal untuk mendapatkan solusi dalam hidupnya
b.  Awal Ar Rum--ayat 4:  "...kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan...dan ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira."   Mukminun-->orang-orang yang beriman-->akan ditolong oleh Allah

30.3  Keutamaan Surah
a.  Hadith:  Dari Aisyah ra dia berkata:  "Rasulullah saw melakukan solat gerhana matahari dengan 4 kali ruku dan 4 kali sujud.  Dalam rakaat pertama beliau membaca surah Al-Ankabut dan pada rakaat kedua beliau membaca surah Luqman atau Ar-Rum".  (As-Sunatul Kubra dari Baihaqi: 6348)
b.  Ayat-ayat kauniyah yang banyak terdapat dalam surah ini mengukuhkan kita supaya tidak pernah meninggalkan Al-Quran
c.  Ayat-ayatnya banyak menjelaskan kemukjizatan Al-Quran

30.4  Matlamat Surah
a.  Janji Allah untuk memenangkan umat Islam itu benar kerana segala urusan berada di tanganNya!  Maka Esakan Allah
b.  Allah turunkan masalah/ujian/musibah kepada manusia supaya manusia kenal Allah.  Sekiranya Allah jadikan manusia semuanya dalam keadaan baik maka mereka akan merasa tiada keperluan untuk memohon kepada Allah, justeru mereka tidak kenal Allah

30.5  Sebab Penamaan Surah
a.  Dalam ayat 1-7 diterangkan pasukan Rum (ahli kitab--Nasrani) telah dikalahkan oleh pasukan Parsi (penyembah api).  Allah berjanji pasukan Rum akan mendapat kemenangan--ternyata kemenangan telah dicapai dalam masa tidak sampai 10 tahun
b.  Maka ini adalah sebagai tanda bahawa umat Islam juga akan dimenangkan ke atas kafir Quraish.  Terbukti janji Allah semasa perang Badar.  Pasukan tentera Islam seramai 313 orang telah berjaya mengalahkan tentera kafir seramai 1000 orang

30.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-7:  Janji Allah atas kemenangan umat Islam.  Tabiat manusia yang suka memberi perhatian kepada hiasan dunia--fikir tentang masalah keduniaan sahaja
b.  Ayat 8-19:  Berfikir tentang diri sendiri-->akan mati jumpa Allah.  Adakah hendak jumpa Allah dalam keadaan kufur?
c.  Ayat 20-31:  Berfikir di luar diri sendiri-->ayat-ayat kauniyah.  Tajamkan pendengaran, pandangan, dan akal untuk menghasilkan maklumat.  Ayat-ayat Allah untuk orang yang: i. berfikir  ii. ingin tahu  iii. mendengar  iv. guna akal
d.  Ayat 32-41:  Fakta (fitrah) dalam diri manusia
e.  Ayat 42-57:  Mengembara dan melihat fenomena alam-->ambil ibrah dari kisah-kisah orang terdahulu
f.  Ayat 58-60:  Arahan/bimbingan untuk Rasulullah saw untuk mencapai janji kemenangan.  Solusi:  i. sabar  ii. optimis (baik sangka janji Allah akan berlaku)  iii. usaha

30.7  Pengajaran Surah
a.  Berfikirlah--guna deria mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, dan akal untuk berfikir-->untuk mendapatkan ilmu.  Ilmu pertama adalah kalimah Lailahaillallah-->ini adalah kunci bagi solusi segala masalah kita.  Lihat contoh doa Nabi Yunus semasa berada di dalam perut ikan--menggunakan kalimah Lailahaillallah
b.  Bertawhidlah kepada Allah-->tauhid-kembali kepada Allah, bertaqwa, dan dirikan solat.





31.  LUQMAN

31.1  Penurunan Surah
a.  Diturunkan di Mekah--Surah Makkiyyah.  Jumlah ayat 34--Kategori Al-Mathani--setaraf Kitab Injil
b.  Diturunkan selepas surah As-Saffat dan disusun selepas surah Ar-Rom
c.   Turun pada tahun ke 6 kenabian--umat Islam mula berhijrah ke Habsyah dan Saidina Umar baru masuk Islam
d.  Fasa ke 3 dakwah di Mekah--pertengahan dakwah --umat terbaik mesti menjalankan dakwah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw

31.2  Hubungkait Surah
a.  Akhir Surah Ar-Rom--Alam semesta  dan fenomenanya sebagai mathal (perumpamaan) yang harus dipetik sebagai hikmah--> Yakin kepada  i. Ayat-ayat Allah (Quraniyyah, Kauniyah, Taqwiniyyah)  ii.  Hari Akhirat
b.  Awal Surah Luqman--membincangkan tentang ayat yang mengandungi hikmah/petunjuk.  Golongan yang dapat petik hikmah  adalah golongan muhsinin-->Yang melazimkan ketaqwaannya seperti Luqman Al-Hakim

31.3  Keutamaan Surah
a.  Diriwayatkan Rasulullah sering membaca surah ini semasa solat zohor

31.4  Matlamat Surah
a.  Berhikmahlah!!!  -- Petiklah hikmah pada ayat-ayat Allah (Quraniyyah, Kauniyyah, Taqwiniyyah)
Yakin dengan hari akhirat,  yakin dengan kuasa Allah--> Tauhid Ulullhiyyah

31.5  Penamaan Surah
a.  Perkataan Luqman terdapat dalam ayat 12-19.  Luqman adalah seorang yang berhikmah--orang yang memahami alam semesta sebagai cara bagi menghasilkan keyakinan terhadap hari akhirat-->Tauhid Ulullhiyyah
b.  Ikuti cara Luqman mendidik anaknya:  i.  Tauhid--jangan mensyirikkan Allah-->Al-Mukminun (penekanan kepada Iman)  ii. Ibadah--Solat-->Al-Muttaqun (penekanan kepada Taqwa)   iii  Akhlak-->buat baik kepada ibubapa, jangan sombong-->Al-Muhsinun 
c.  Semua hal dalam a dan b ada terangkum dalam surah Al-Fatihah: 1-4

31.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-5:  Orang yang dapat memetik hikmah di sebalik ayat-ayat Allah adalah orang-orang yang Muhsinun.  Taqwa yang berterusan adalah ibarat jambatan -- dari Muttaqin kepada Muhsinun
b.  Ayat 6-9:  Golongan yang tidak dapat memetik hikmah--orang-orang kafir
c.  Ayat 10-11:  Bukti saintifik hari kebangkitan
d.  Ayat 12-19:  Luqman--peribadi muhsin yang berhikmah
e.  Ayat 20-32:  Cara-cara berhikmah
f.  Ayat 33-34:  Seruan Allah untuk seluruh manusia--bertaqwa dan yakin adanya hari kiamat




32.  AS-SAJDAH

32.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah berjumlah 30 ayat--kategori Mathani -- setaraf Kitab Injil
b.  Turun selepas surah Al-Mukminun, disusun selepas surah Luqman
c.  Turun semasa fasa ke 3 dakwah di Mekah--pemboikotan terhadap orang mukmin

32.2  Hubungkait Surah
a.  Awal surah Luqman -- Quran kitab penuh hikmah, nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya, ayat-ayat fenomena alam
b.  Akhir surah Luqman-->Allah Al-Alim, Al-Khabir.  Allah sahaja yang tahu bila berlakunya hari kiamat.  Di antara hikmah hari kiamat dirahsiakan adalah supaya manusia sentiasa dalam keadaan bersedia
c.  Awal surah As Sajdah--Quran kitab yang tidak ada sebarang keraguan, ayat fenomena alam--kejadian manusia-->dikurniakan pendengaran, penglihatan, dan hati (akal fikiran)--perbekalan untuk akhirat
d.  Akhir surah Sajdah-->orang kafir menanyakan bila hari kiamat-->mereka tidak perlu tahu-->pada hari itu mereka tidak akan diberi tempoh untuk beriman

32.3  Keutamaan Surah
a.  Dari Jabir RA, bahawa Rasulullah saw tidak akan tidur sebelum membaca surah As-Sajdah dan surah Al-Mulk   HR Tirmizi 2892
b.  Rasulullah saw membaca surah As-Sajdah di rakaat pertama solat Subuh pada hari Jumaat -- orang mukmin digalakkan untuk mengikutinya untuk memperbaharui niat kekhusyukan dan ketundukan kepada Allah
c.  Dalam Athar diriwayatkan--siapa yang membaca surah As-Sajdah akan mendapat 70 kebaikan, digugurkan 70 keburukan, dan di angkat 70 darjat

32.4  Matlamat Surah
a.  Kerendahan diri anda sebagai seorang hamba di hadapan Allah yang Maha Besar/Tinggi
b.  Cara untuk merendahkan diri?  Dengan mendengar, melihat, dan fahami ayat-ayat kebesaran Allah
c.  Rasakan kekerdilan diri anda lalu tunduk dan rendahkan jiwa dalam bentuk penghambaan kepada Allah
d.  Rendahkan diri anda dengan penghambaan dan penghargaan

32.5  Penamaan Surah
a.  Nama terdapat dalam ayat 15.  Sajdah-->posisi seorang hamba menyungkurkan diri ke tempat yang paling rendah (tanah)--> Simbol ketundukan
b.  Bila kita tunduk?  Memahami ayat-ayat Allah dengan pendengaran, penglihatan dan hati (akal fikiran)
c.  Tunduk dengan bertasbih dan bertahmid-->hilangkan rasa sombong-->lakukan qiamullail-->berdoa untuk ke syurga

32.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-3:  Al-Quran --ayat/qalam Allah
b.  Ayat 4-9:  Al-Aayaat--Ayat Quraniyyah (ayat yang diam), Ayat Kauniyyah (ayat alam semesta), Ayat Taqwiniyyah (ayat fenomena alam)
c.  Ayat 10-14:  Respon/posisi orang-orang kafir terhadap ayat-ayat Quran.  Mereka kufur terhadap hari kebangkitan
d.  Ayat 15-17:  Respon orang-orang mukmin
e.  Ayat 18-25:  Perbandingan antara orang mukmin dan kafir-->posisikan diri anda di mana?
f.  Ayat 26-27:  Jalan menuju hidayah-->menggunakan pendengaran, penglihatan, hati (fahami al-Aayaat)
g.  Ayat 28-30:  Sikap orang kafir yang tidak menerima dakwah dan ajaran Quran.  Petunjuk untuk Rasulullah saw

32.7  Pengajaran Surah
a.  Optimumkan daya pendengaran, penglihatan dan pemahaman dalam menangkap makna-makna yang tersirat di sebalik ayat-ayat Quran
b.  Munculkan soalan-->Siapakah saya di hadapan ayat-ayat Allah.  Rasakan kekerdilan -->tundukkan diri di hadapan Allah




33.  AL- AHZAB

33.1  Penurunan Surah
a.  Turun di Madinah, 73 ayat-->Kategori Al-Mathani-->setaraf Kitab Injil
b.  Turun selepas surah Ali Imran dan disusun selepas surah As Sajdah
c.  Turun pada tahun ke 5 (akhir) hijrah
d.  Tiga peristiwa besar berlaku semasa itu:  Perang Ahzab, serangan kepada Bani Quraizah, dan pernikahan Rasulullah saw dengan Zainab binti Jahsy

33.2  Hubungkait Surah
a.  Akhir surah As Sajdah--Rasullullah saw diperintahkan supaya berpaling dari orang-orang kafir dan seterusnya menunggu tibanya janji Allah
b.  Awal surah Al-Ahzab--Rasulullah saw diperintahkan supaya menghadap terus kepada Allah--bertaqwa kepadaNya dan jangan patuhi kehendak orang-orang kafir
c.  Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana--semua tindakan Allah ada maslahah dan hikmahnya

33.3  Keutamaan Surah
a.  Di antara surah yang dipilih oleh Saidina Umar Al-Khattab -->untuk dibaca dan dipelajari oleh kaum lelaki dan kemudian diajarkan kepada isteri.  Surah-surah pilihan yang lain adalah surah An-Nisa' dan surah An Nur
b.  Ayat 28-59 adalah tentang rumahtangga Rasulullah saw

33.4  Matlamat Surah
a.  Jujurlah dalam mentaati Allah secara ikhlas

33.5  Penamaan Surah
a.  Al-Ahzab bermaksud tentera yang bersekutu--terdiri dari tiga golongan:  Kafir musyrik, kafir munafik, dan kafir Yahudi
b.  Perkataan ahzab terdapat dalam ayat 20-22--kisah semasa Perang Ahzab
c.  Kafir munafik -- memberikan alasan keduniaan untuk tidak ikut berperang
d.  Orang Mukmin--jujur dalam mentaati Allah lalu ikut berperang kerana mempunyai iman yang tinggi dan sangat yakin dengan akhirat.  Jihad/berperang menguji ketaatan mereka
e.  Ada kaitan dengan awal dan hujung surah:  i. ayat 1-7:  ketaatan mutlak hanya untuk Allah  ii. ayat 20-22:  Cara pengujian/pendidikan Allah kepada orang yang taat adalah melalui seruan berperang  iii. ayat 70-73:  Orang yang mentaati Allah akan memperolehi magfirah dan rahmat Allah


33.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-7:  Ketaqwaan dan ketaatan hanya untuk Allah--hanya Allah yang mentadbir urusan manusia
b.  Ayat 8-27:  Perang Ahzab-->Pendidikan Allah kepada orang-orang yang beriman.  Ujian ketaatan--orang mukmin lulus, orang munafik gagal
c.  Ayat 28-59:  Rumahtangga Rasulullah saw--i. perkahwinan Rasulullah saw dengan Zainab--ujian paling besar bagi Rasulullah saw.  Zainab adalah bekas isteri anak angkatnya Zaid bin Harithah  ii. isteri-isteri Rasulullah saw diberi pilihan sama ada inginkan dunia atau akhirat.  Jika mereka inginkan dunia mereka akan diceraikan  iii. sahabah-sahabah Rasulullah saw ditegur supaya tidak berlama-lama (berlepak) di rumah Rasulullah saw  iv. Isteri-isteri, anak-anak Rasulullah saw serta perempuan-perempuan beriman melabuhkan jilbabnya--pakaian kehormatan
d.  Ayat 60-69:  Peringatan untuk orang munafik, orang kafir, dan orang mukmin.  Perintah jangan sakiti Rasulullah saw
e.  Ayat 70-73:  Ketaatan adalah sebuah amanah.  Jika tidak ditunaikan-->Kafir-->di azab Allah.  Jika ditunaikan-->Mukmin-->mendapat magfirah dan rahmat Allah


33.7  Pengajaran Surah
a.  Ketaatan adalah amanah yang Allah berikan kepada kita.  Allah juga telah mengurniakan akal (terletak di qalbu) kepada kita. Akal adalah daya kekuatan dalam diri untuk memikir (yatafakkarun) dan memahami (yafkhahun) sesuatu.   Maka gunakanlah akal untuk  i.  memikir ayat-ayat Allah  ii. memahami ayat-ayat Allah-->yakin dengan akhirat-->Taat kepada Allah.




34.  SABA'

34.1  Keutamaan Surah
Surah yang sangat jelas dalam menghuraikan akibat orang-orang yang kufur nikmat

34.2  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah--isi kandungannya menekankan tentang tauhid, al-Quran, kisah Rasulullah saw, dan rasul-rasul terdahulu--Nabi Daud, Nabi Sulaiman
b.  jumlah ayat 54, kategori Al-Mathani--setanding dengan kitab Injil
c.  Turun selepas surah Luqman dan disusun selepas surah Al-Ahzab
d.  Turun semasa fasa dakwah ke 2 (tahun ke 3-5 kenabian)-->Rasulullah saw dicemuh, dihina, dilecehkan oleh orang-orang kafir Mekah

34.3  Hubungkait Surah
a.  Akhir surah Al-Ahzab--penyerahan amanah menyembah Allah kepada langit, bumi, gunung, tetapi semuanya tidak sanggup untuk memikul amanah tersebut
b.  Manusia telah menerima amanah menyembah Allah--maka manusia terbahagi kepada 2 golongan:  i. Gagal-->khianati amanah-->munafik/musyrik-->akan diazab  ii. Berjaya-->pemenuhan amanah-->mukmin-->rahmat Allah
c.  Allah Al-Ghafur dan Ar-Rahim-->balasan terbaik kepada orang yang beriman
d.  Awal surah Saba'--dimulakan dengan pujian bagi Allah yang memiliki apa yang ada di langit dan di bumi dan segala puji di akhirat bagi Allah
e.  Rahmat dan ampunan Allah diberikan kepada orang yang beriman.  Ayat ke 2 --Allah Ar-Rahim dan Al-Ghafur
f.  Azab dan balasan akan disempurnakan oleh Allah diakhirat.  Dunia bukan tempat pembalasan.  Pembalasan yang ada di dunia adalah sebagai iktibar kepada manusia yang lain.

34.4  Penamaan Surah
a.  Nama Saba' ada pada ayat 15-21.  Saba' adalah satu kaum di bawah kerajaan Saba'iyah-->tidak bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah
b.  Kaum Saba' telah mengikut bisikan iblis-->maka Allah telah mengazab mereka dengan banjir akibat dari empangan yang pecah
c.  Akibat dari banjir tersebut kebun mereka bertukar: i. pahit buahnya  ii.  besar pokoknya tetapi tidak berbuah  iii.  ditumbuhi pokok yang berduri
d.  Punca kaum Saba' memilih kufur ialah mengikut bisikan iblis--> mereka tidak bersyukur dengan nikmat Allah

34.5  Matlamat Surah
a.  Bersyukurlah! Kerana hari akhirat itu benar
b.  Mengapa kena bersyukur?  Rujuk kembali kepada ayat di awal surah-->  Allah akan menetapkan segala balasanNya di akhirat

34.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-9:  Bincang tentang penetapan hari akhirat.  Respon manusia ada dua:  mukmin atau kufur
b. Ayat 10-21: Contoh dua peradaban--i. Yang bersyukur apabila dikurniakan nikmat-- Nabi Daud dan Nabi Sulaiman  ii.  Yang kufur nikmat-->Kaum Saba' yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah
c.  Ayat 22-45: Ulasan kisah--> beriman, bertawhid, bersyukur,  jangan kufur dan syirik
d.  Ayat 46-54:  Berfikirlah tentang Rasulullah saw-->Nasihat membangun peradaban agar selamat di akhirat-->dengan cara tafakkur tentang Rasulullah saw

34.7  Pengajaran Surah
a.  Ibrah-->tinggalkan kekufuran--jangan seperti Kaum Saba'.  Jadilah orang yang beramal dengan Al-Quran
b.  Zikra-->Contohi Nabi Daud dan Nabi Sulaiman-->untuk jadi hamba yang bersyukur:
i.  menyandarkan nikmat kepada Allah dengan ucapan Alhamdulillah  ii.  Hati dipenuhi dengan Mahabatullah--cintakan Allah  iii. Mendekat dan berkhidmat kepada Allah--taat/mentaati perintah Allah.  Taat adalah kemuncak zikra.




35.  FATIR


35.1  Keutamaan Surah
a.  Surah Fatir dibaca oleh sahabah dalam satu rakaat, tiada makmum yang mengeluh
b.  Isi kandungan surah banyak menyentuh keajaiban ciptaan Allah dan ini mampu menyentap hati dari kelalaian

35.2  Penurunan Surah
a.  Surah berkisar tentang tauhid, hari kebangkitan, keimanan terhadap ayat-ayat Quran-->Surah Makkiyyah
b.  Jumlah ayat 45--kategori Al-Mathani yang setaraf  dengan kitab Injil
c.  Turunnya selepas surah Al-Furqan dan disusun dalam mushaf selepas surah Saba'
d.  Diturunkan semasa fasa pertengahan dakwah Rasulullah saw di Mekah

35.3  Hubungkait Surah
a.  Awal surah Saba'--Allah al-Malik--yang memiliki kuasa atas seluruh makhlukNya.  Awal surah Fatir--Allah al-Khaliq--Yang Mencipta dengan ciptaan yang berbeza.  Kedua-dua surah dimulai dengan--Segala puji bagi Allah, diikuti dengan sifat Allah
b.  Akhir surah Saba'--Keadilan Allah dalam menghukum orang orang kafir di akhirat.  Awal surah Fatir--Pujian kepada Allah di atas hikmat adanya hari kebangkitan
c.  Akhir surah Saba'-->Keraguan hilang apabila melihat ciptaan Allah

35.4  Matlamat/Tema Surah
a.  Mengajak kita untuk membuktikan kuasa Allah dalam membangkitkan manusia melalui penyaksian fenomena alam semesta-->kesempurnaan kuasa Allah
b.  Mempercayai nikmat Allah selepas menyaksikan alam semesta
c.  Meyakini adanya hari akhirat dan seterusnya mengajar kita bagaimana cara menyambut kedatangan hari akhirat

35.5  Penamaan Surah
a,  Perkataan Fatir dalam ayat 1 dan kesinambungan maknanya sehingga ayat 8
b.  Allah maha menciptakan makhluk pertama kali tanpa ada contoh-->Allah Maha Kuasa--> Allah berkuasa membangkitkan manusia selepas kematiannya
c.  Cara menyambut akhirat  ada pada ayat 29:  i. membaca al-Quran  ii. mendirikan solat  iii.  menunaikan zakat

35.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-8:  Ajakan untuk bertawhid  (Allah al-Mubdi'u)
b.  Ayat 9-24:  Fenomena alam semesta sebagai bukti kuasa Allah dalam membangkitkan manusia (Allah al-Mu'idu)
c.  Ayat 25-37:  Ajakan untuk beriman kepada al_Quran (bahtera penyelamat).  Ayat 29:  baca, faham, amal al-Quran.  Baca dahulu ayat di mushaf, kemudian baca dalam solat dengan memahami maknanya-->solat akan mencegah dari kemungkaran.  Beramal denga memberi zakat-->perniagaan yang menguntungkan
d.  Ayat 38-45:  Kesimpulan akan kuasa Allah dalam membangkitkan manusia (Allah al-'Alim)




36.  YASIN

36.1  Keutamaan Surah
a.  Dari Ma'qil bin Yasar bahawa Rasulullah saw bersabda:"Surah Al_Baqarah adalah yang tertinggi dari puncaknya Al-Quran....Selain itu, surah Yasin adalah jantung dari Al-Quran.  Tidak ada seorang yang membacanya untuk mencari (keredhaan) Allah swt dan (pahala) akhirat kecuali dia akan diampuni.  Dengan demikian engkau harus membacakannya pada orang yang sedang menjelang ajal (HR Ahmad 20300)
b.  Orang yang hampir mati lemah jiwanya, maka dengan bacaan surah Yasin jiwanya tenang dan memudahkan roh untuk keluar dari jasad

36.2  Penurunan Surah
a.  Diturunkan di Mekah (Makkiyyah) dan terdiri dari 83 ayat, setaraf dengan kitab Injil dan termasuk dalam kategori al-Mathani
b.  Turun selepas surah Al-Jinn dan disusun selepas surah Fatir
c.  Isi kandungannya berhubungkait dengan surah Fatir

36.3  Hubungkait Surah
a.  Fatir--Allah (Al-Mubdi--Yang Maha Memulai) mencipta tanpa contoh sebelumnya untuk kali pertama--dari tiada kepada ada.  Di hujung surah Fatir (ayat 42)--mereka mahu dikirimkan seorang rasul, tetapi apabila datang rasul mereka tolak.  Jadi mereka terima ajaran sesat syaitan yang mengajak mereka membuat maksiat
b.  Yasin--Allah mencipta dari ketiadaan kepada kehidupan, kemudian mengembalikan kali kedua kehidupan selepas kematian
c.  Fatir -- Allah (Al-Halim--Yang Maha Penyantun)--  Rahmat Allah dengan menangguhkan hukuman bagi pelaku maksiat, para penginkar.  Rahmat Allah menurunkan Al-Quran untuk disampaikan kepada mereka yang ingkar supaya bertaubat
d.  Yasin (Al-Majid--Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah).  Rahmat Allah --Al-Quran--untuk disampaikan kepada umat dan kembali kepada Allah dengan bertaubat
e.  Dunia adalah Darul ibtila'--Rasul diutus untuk memberi peringatan tetapi ramai manusia yang menolak.  Setiap musibah yang menimpa telah ditentukan oleh Allah dan pasti ada hikmahnya
f.  Baca, faham, dan tadabur Al-Quran--supaya kita selamat di dunia dan akhirat

36.4  Matlamat/Tema Surah
Ingatlah!  Anda akan pulang

36.5  Penamaan Surah
a.  Penamaan surah terdiri dari dua huruf abjad Arab --> Yaa dan Siin.  Yaa merujuk kepada kekuasaan dan Siin merujuk kepada  At-Tasbiih Allah
b.  Hujung ayat 83 bermaksud--Maha Suci (Allah) yang ditanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan
c.  Huruf Yaa  dan Siin--> Kemukjizatan Al-Quran.  Al-Quran bukan syair tetapi daripada Allah Al-Aziz, Ar-Rahim dan isi kandungannya penuh dengan fakta, ibrah (lihat--ambil pengajaran) dan zikra (dengar--ingat Allah)
d.  Ibrah dan zikra-->al-Hikmah

36.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-12:  Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah saw untuk memberi peringatan dan khabar gembira
b.  Ayat 13-27:  Kisah penduduk negeri yang diutuskan para rasul  (ayat 22)
c.  Ayat 28-76:  Ayat-ayat kauniyyah (saintifik)-->membuktikan kuasa Allah membangkitkan (ayat 33-)
d.  Ayat 77-83:  Menguatkan semula kemuncak dalil tentang kuasa Allah membangkitkan manusia (ayat 83)

36.7  Pengajaran Surah
a.  Dunia bukan tempat hukuman sebab itulah Allah tangguhkan hukuman.  Dunia adalah tempat ujian--Allah tangguhkan hukuman kerana kasih sayangNya pada makhluk (Al-Halim)-->agar mereka yang berbuat dosa sempat mendapat hidayah dan bertaubat

b. Di antara rahmat Allah:  i. ditangguhkan hukuman bagi pelaku maksiat   ii. diturunkan Al-Quran  iii. diutuskan para rasul  iv. para rasul diutuskan untuk memberi peringatan kepada kaumnya.



37.  AS-SAFFAT

37.1  Keutamaan Surah
a.  Menurut Ibnu Abi Khatim--ulama' hadis yang terkenal dan dimuliakan--Barang siapa yang suka timbangannya di akhirat dipenuhi dengan pahala maka hendaklah dia mengucapkan di akhir majlis sebanyak 3 kali -- surah As Saffat ayat 180-182

37.2  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah berjumlah 182 ayat.   Ayatnya banyak tetapi pendek-pendek.  Selalu dibaca oleh Rasulullah saw ketika dalam solat
b.  Kategori Al-Mi'un--bersamaan kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud as
c.  Turun selepas surah Al-An'am dan disusun selepas surah Yasin

37.3  Hubungkait Surah
a.  Akhir surah Yasin -- kuasa Allah membangkitkan--cukup dengan dikatakan 'kun'-->maka jadilah apa yang dikehendakiNya,  'Fayakun'-->dengan proses
b. As-Saffat ayat 4 dijelaskan konsep Tuhan yang satu
c.  Awal surah As-Saffat menjelaskan tentang ketuhanan Allah yang Esa

37.4  Matlamat Surah
Mewujudkan tauhid yang murni!   --  Bahawa Tuhan yang anda sembah hanya satu Al-Wahid--kenal melalui asmaul husna Allah.  Sekiranya Tuhan lebih dari satu niscaya alam semesta akan kacau bilau.  Menjadikan Tuhan itu satu-->itulah Tawhid  (Tawhidu)

37.5  Penamaan Surah
a.  Nama surah menunjukkan isi kandungan dalam surah.  As-Saffat bermaksud yang bersaf-saf/berbaris--berbaris itu menunjukkan kesiap sediaan.  Siapa?  Malaikat.  Mengapa?  Bersedia menerima arahan/perintah dari Tuhan
b.  Arab jahiliyyah mempercayai bahawa malaikat adalah anak perempuan Tuhan, maka mereka menyembahnya.  Surah As-Saffat ayat 165-166 menafikan malaikat anak perempuan Tuhan
c.  Maka murnikan tawhid anda--keluarkan sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah--seperti Allah mempunyai anak-->Sucikan Allah

37.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-10--Seruan menuju tawhidullah--Rukun Imam yang pertama adalah tawhid
b.  Ayat 11-74--Respon terhadap hari kiamat dan tempat kembali di akhirat--Rukun Iman kedua
c.  Ayat 75-148--Kisah-kisah yang menunjuk pada keimanan dan keihsanan para Nabi-->sebagai pengukuh rukun iman kedua untuk menuju akhirat
d.  Ayat 149-182--Sebagai pengukuhan akan keEsaan Allah sebagai Tuhan yang disembah-->Tiga ayat terakhir.



38.  SAD

38.1  Keutamaan Surah
a.  Surah ini termasuk dalam kategori surah Mathani--> bersamaan dengan kitab Injil yang dibawa oleh Nabi Isa as
b.  Gaya bahasanya sangat jelas membandingkan 2 golongan manusia:  Orang yang kembali kepada Allah, dan orang yang tidak kembali kepada Allah
c.  Ayat-ayat dalam surah ini menaikkan semangat dan tenaga kepada manusia-->menggerakkan jiwa untuk mengingatkan Al-Quran kepada orang lain

38.2  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah--ayatnya pendek-pendek berjumlah 88 ayat
b.  Turun selepas surah Al-Qamar dan disusun selepas surah As-Saffat
c.  Turun semasa fasa dakwah ke 3--umat Islam diboikot oleh orang kafir Mekah-->maka surah ini diturunkan bagi meneguhkan hati Rasulullah saw

38.3  Hubungkait Surah
a.  Di hujung surah As-Saffat (ayat 180-182) adalah tasbih--Maha suci Allah--,bersih dari keperluan mengambil seorang anak;  salam --sejahtera kepada sekelian rasul; tahmid--segala puji tertentu bagi Allah
b.  Di awal surah Sad--membenarkan janji Allah untuk memberi keselamatan kepada Rasulullah saw
c.  As-Saffat ayat 168--orang-orang kafir berkata, "Kalaulah ada di sisi kami
 Kitab Suci dari (bawaan rasul-rasul) yang telah lalu"
d.  Surah Sad--Allah turunkan Al-Quran kepada Rasulullah saw untuk disampaikan kepada orang-orang kafir--tetapi mereka mendakwa Al-Quran adalah kitab sihir.  Perangai mereka adalah seperti iblis
e.  Di Surah Sad ayat 76 menyatakan sifat iblis yang sombong

38.4  Matlamat Surah
Bersabarlah dalam mengingatkan al-Quran kepada manusia

38.5  Penamaan Surah
a.  Terdapat 3 definasi bagi huruf Sad: i. Di ayat 1-17 -- As-Siddqu-->benarnya janji Allah dan benarnya.  Allah menguji rasul-rasul dengan kesusahan dan kenikmatan.  Janji Allah--selamatkan nabi/rasul yang bersabar  ii. Sad--bermaksud kemukjizatan Al-Quran-->berjaya menjatuhkan syair-syair orang Arab   iii. Sad--Sabar-->kesabaran para rasul/nabi ketika diuji.  Bimbingan untuk Rasulullah agar bersabar dalam mengingatkan Al-Quran kepada manusia-->caranya dengan menghadirkan kisah nabi-nabi terdahulu
b.  Kata 'zikra' paling banyak dalam surah Al-Anbiya'; kata 'uzkur ada lima kali dalam surah Maryam.  Kata 'zikra' dan 'uzkur' paling banyak dalam surah Sad

38.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-17--Perintah untuk Nabi agar bersabar dalam mengingatkan Al-Quran kepada manusia
b.  Ayat 18-48--Kisah-kisah kesabaran para nabi terdahulu (Daud, Sulaiman, Ayub, dan lain-lain)--yang diuji oleh Allah dengan kesusahan dan kenikmatan
c.  Ayat 49-64--Kesudahan bagi 2 jenis golongan manusia: i. bersabar ketika diuji-->Muttaqin-->masuk Syurga  ii. menentang Al-Quran-->Thaghin-->masuk neraka
d.  Ayat 65-88--Pengukuhan supaya Nabi bersabar dalam mengingatkan Al-Quran kepada manusia.  Iblis itu bersabar dalam memesongkan manusia.  Tolak ukur orang Islam adalah Al-Quran.



NOTA: InshaaAllah nota ringkas surah selepas ini akan dimasukkan apabila telah hadiri kuliah di Surau Ar Raudhah BBBangi.  Nota ringkas disambung dengan kuliah yang dihadiri di Surau Al Kauthar, BBBangi.



76.  AL-INSAN

76.1  Penurunan Surah
a.  Surah Madaniyyah, kategori Mufassal--isi kandunganya--hubungan sosial, hukum syariat, dan identiti manusia
b.  jumlah ayat ada 31, diturunkan selepas surah Ar-Rahman dan disusun selepas surah Al-Qiyamah

76.2  Hubungkait Surah
a.  Hujung surah Al-Qiyamah (ayat 36-40) membincangkan tentang kejadian manusia--kejadian fizikal manusia
b.  Permulaan surah Al-Insan--Ayat 1-3 membincangkan tentang kejadian manusia--luar dan dalam (zahir dan batin)

76.3  Keutamaan Surah
a.  Surah yang ringkas dan padat--motivasi untuk dihafal
b.  Kerap dibaca oleh Rasulullah saw semasa solat subuh hari Jumaat--pada rakaat ke 2.  Rakaat pertama beliau membaca surah Sajdah
c.  Termasuk di antara surah yang dibaca oleh Rasulullah saw semasa solat tahajjud

76.4  Matlamat Surah
a.  Insan--makhluk yang disempurnakan kejadiannya oleh Allah:  i. luar/fizikal--mata dan telinga  ii. dalam/rohani--akal, hati, fitrah
b.  Manusia pilih sama ada menjadi orang yang syakirah atau kafir
c.  Matlamat surah: Rasailah kesempurnaan kejadian anda lalu responlah dengan bersyukur
d.  Cara bersyukur--lihat ayat 7-10:  i. nazar ditunaikan  ii. takut hari akhirat  iii. beri makanan kepada orang miskin/anak yatim/tawanan  iv. pemberian ikhlas, tidak mengharapkan ucapan terimakasih atau sebarang balasan

76.5  Sebab Penamaan Surah
a.  Ayat 1-3--Kesempurnaan kejadian manusia secara fizikal mahupun dalaman.  Alam semesta sudah ada sebelum manusia diciptakan
b.  Allah menciptakan manusia, memberinya bimbingan, dan membiarkan manusia menggunakan kehendak sebebasnya, sama ada untuk beriman atau kafir

76.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-3:  Kesempurnaan kejadian manusia
b. Ayat 4-22: Dua golongan manusia dalam merespon kesempurnaan kejadian mereka
c.  Ayat 23-31:  Wahyu Al-Quran sebagai penyempurnaan kejadian manusia

76.7  Pengajaran Surah
a.  Surah ini menjelaskan salah satu konsep  penting yang mesti diyakini oleh pendakwah iaitu: anda hanya dituntut untuk berdakwah, sedangkan hasilnya berada dalam genggaman Allah (ayat 3)
b.  Bersabarlah dalam melaksanakan ketetapan Allah--Jangan berputus asa menghadapi orang-orang yang mendustakan agama Allah--hanya Allah yang memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya (ayat 24).








83.  Al-MUTAFFIFIN

83.1  Penurunan Surah
a.  Fasa dakwah Rasulullah saw:  i. Sembunyi  ii. Terang-terangan  iii. Pemboikotan  iv. Pembunuhan.  Surah ini turun semasa fasa dakwah ke 2--terang-terangan, tahun ke 4 kenabian
b.  Turun selepas surah Al-Ankabut, disusun selepas surah Al-Infitar
c. Jumlah ayat 36
d.  Surah Al-Infitar menekankan hal aqidah--hak Allah;  surah Al-Mutaffifin menekankan hal muamalah--hak manusia

83.2  Keutamaan Surah
a.  Abu Hurairah meriwayatkan surah ini dibaca oleh seorang imam terkenal dari suku Gifar semasa rakaat kedua solat Subuh
b.  Termasuk dalam kategori al Mufassal dan sangat digalakkan untuk dihafal--surah amat terkait dengan kebersihan hati kita
c.  Kecuraangan dalam timbangan adalah simbol--bukan hanya ketika bermuamalah (jualbeli) tetapi termasuk juga dalam tindakan-tindakan kita yang lain.  Contohnya:  adakah hak suami/isteri/anak/jiran dan lain-lain telah kita penuhi?
d.  Aqidah dan amal seseorang mestilah selari/seimbang

83.3  Matlamat Surah
a.  Tema surah:  kekurangan dalam timbangan
b.  Tujuan surah:  Allah menegaskan Islam bukan setakat keimanan,  ia juga agama yang praktikal--di mana syariatnya mementingkan keadilan
c.  Maka ingatlah--manusia akan berdiri lama untuk dikira amalan-amalan mereka di hari kiamat.  Oleh itu janganlah kita curang dalam timbangan apabila bermuamalah sesama manusia
d.  Jangan kita meminta lebih dari orang lain sedangkan hak orang lain kita tidak penuhi dengan sempurna

83.4  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-6:  Ancaman kepada orang yang curang dalam timbangan
b.  Ayat 7-17:  Ancaman terhadap orang yang durhaka--terima buku catatan keburukan amalan yang disimpan di Sijjin
c.  Ayat 18-28:  Orang yang soleh akan menerima buku catatan kebaikan amalan yang disimpan di 'Illiyyin
d.  Ayat 29-36:  Orang-orang kafir yang menentang akan dihukum di akhirat untuk perilaku mereka yang jahat terhadap orang-orang beriman saat di dunia.


84.  AL-INSYIQAQ

84.1  Penurunan Surah
a.  Di antara surah yang diturunkan pertama kali di Mekah
b.  Fasa dakwah ke 2--terang-terangan
c.  Jumlah ayat ada 25
d.  Diturunkan selepas surah Al-Infitar dan disusun selepas surah Al-Mutaffifin

84.2  Keutamaan Surah
a.  Proses catatan amal  i. Al-Infitar--amalan dicatat  ii. Al-Mutaffifin--amalan disimpan di Sijjin/'Illiyyin  iii. Al-Insyiqaq--buku catatan amal diserahkan kepada manusia
b.  Hujung surah Al-Mutaffifin--Apakah orang-orang kafir itu diberi balasan (hukuman) terhadap apa yang mereka telah perbuat?
c.  Awal surah Al-Insyiqaq--Apabila langit terbelah--menunjukkan proses hari kiamat di mana semua manusia akan menerima balasan (hukuman) di atas apa yang dilakukan di dunia

84.3  Matlamat/Tujuan Surah
a.  Surah memaparkan keadaan alam semasa kiamat:  langit terbelah--tunduk/taat perintah Allah;  bumi memuntahkan segala isinya--juga tunduk/taat perintah Allah--manusia dikeluarkan dari kubur
b.  Ayat 6:  Jawapan Allah dimulakan dengan seruan-- Wahai manusia!  Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu,  maka kamu akan menemuNya
c.  Matlamat surah:  Hidup itu meletihkan--penuh dengan perjuangan.  Segala amalan akan dituai di akhirat nanti
d.  Ayat 19:  Sungguh akan kamu jalani tingkat demi tingkat (dalam kehidupan)--Allah pasti menguji kita

84.4  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-6:  Beberapa kedahsyatan hari kiamat
b.  Ayat 7-15:  Manusia akan terbahagi kepada 2 golongan ketika bertemu dengan Allah--golongan kanan dan golongan kiri
c.  Ayat 16-19:  Penekanan akan terjadinya hari kiamat
d.  Ayat 20-25:  Apa yang engkau lakukan akan berbalik kepadamu

84.5  Nota berkaitan
a.  Allah bersumpah dengan 3 perkara:  i. Cahaya merah Syafaq--pagi dipanggil Syuruk dan petang dipanggil Aurora. Ibaratnya cahaya Aurora adalah ketika kita mati  dan cahaya Syuruk adalah ketika kita bangkit dari kubur    ii.  Malam --  ibarat ketika kita dalam kubur   iii.  Bulan -- proses hidup kita ibarat bulan--mula-mula kecil, kemudian besar (punama), dan kemudian kembali kecil
b.  Setelah Allah sediakan dan berikan semuanya maka apakah manusia tidak mahu beriman?


85.  AL-BURUJ

85.1  Penurunan Surah
a.  Diturunkan di Mekah semasa penganiayaan umat Islam mencapai puncaknya dan orang-orang kafir Mekah berusaha memaksa memurtadkan orang-orang yang baru memeluk Islam
b.  Surah ini berisi 22 ayat dan penamaan surah berasal dari ayat pertama

85.2  Kaitan dengan Surah Al-Insyiqaq
a.  Ayat akhir surah Al-Insyiqaq:  kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat pahala yang tidak putus-putusnya
b.  Ayat permulaan  surah Al-Buruj:  Demi langit yang mempunyai gugusan bintang
c.  Sumpahan menunjukkan Allah akan benar-benar memberikan balasan baik kepada mereka yang beriman

85.3  Tema Surah
a. Mereka yang menyiksa orang-orang beriman akan diberi hukuman dengan azab pada hari kiamat
b.  Allah yang mencipta manusia akan membawa kembali manusia pada kehidupan akhirat untuk dipertanggungjawabkan segala perbuatan
c.   Tema surah:  Hendaklah orang-orang beriman bertahan di atas setiap penganiayaan terhadapnya.  Allah maha menyaksikan.

85.4  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-9:  Kisah dari para pembuat parit api
b.  Ayat 10-11:  Perbezaan antara orang yang taat dan yang tidak taat
c.  Ayat 12-16:  Ancaman terhadap orang-orang kafir dengan kekuatan Allah
d.  Ayat 17-20:  Penyebab kehancuran Firaun dan kaum Tsamud
e.  Ayat 21-22:  Status Al-Quran


86.  AT- TARIQ

86.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah--diturunkan ketika orang kafir Mekah menggunakan pelbagai cara untuk menggagalkan ajaran Islam
b.  Tahun ke 5 kenabian Rasulullah saw--fasa 2 dakwah--secara terang-terangan
c.  Turun selepas surah Al-Balad dan disusun selepas surah al-Buruj
d.  Ada 17 ayat dan penamaan surah diambil dari ayat 1

86.2  Kaitan Surah Al-Buruj dan At-Tariq
a.  Ayat akhir surah Al-Buruj:  Yang (tersimpan) dalam (tempat) yang terjaga (Lauh Mahfuz)--merujuk kepada Ai-Quran
b.  Ayat awal Surah At-Tariq:  Demi langit yang datang pada malam hari.  Dan tahukah kamu apa yang datang pada malam hari?  (yaitu) bintang yang bersinar tajam.
c.  Al-Quran dijaga oleh bintang.  Manusia beramal dengan Al-Quran dan amalan manusia dijaga oleh malaikat
d.  Persamaan sifat bintang dan malaikat--kedua-duanya dari cahaya

86.3  Tema Surah
a.  At-Tariq bermaksud Yang datang di malam hari.  Langit yang gelap akan terang dengan adanya bintang
b.  Kubur yang gelap akan terang dengan adanya Al-Quran
c.  Wahai manusia!  Beramallah dengan Al-Quran--pemisah antara yang haq dengan yang batil
d.  Hujan dari langit yang menyuburkan tanam-tanaman adalah ibarat Quran yang yang turun dari langit untuk menerangi hati manusia--pemantapan/keyakinan manusia tentang hari kiamat--keyakinan mesti selari dengan tindakan

86.4  Sistematika Surah
a.  Surah dibahagi kepada 2 bahagian
b.  Ayat 1-10:  i.  sumpahan langit dan bintang  ii.  amal manusia yang dijaga dan ditulis oleh malaikat --jawapan sumpah iii.  penciptaan manusia adalah bukti kebangkitan
c.  Ayat 11-17:  i. sumpahan langit dan bumi  ii.  ayat 11-14 Al-Quran sebagai pembeza antara yang haq dan yang batil--jawapan sumpah  iii.  ayat 15-17 akibat dari rencana jahat orang-orang kafir


87.  Al-A'LA

87.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah yang diturunkan ketika orang-orang kafir dari Mekah menggunakan segala cara untuk menghancurkan ajaran Islam.  Fasa dakwah pertama--secara rahsia
b.  Surah terdiri dari 19 ayat dan penamaan surah dari ayat pertama
c.  Turun selepas surah At-Takwir dan disusun selepas surah At-Tariq

87.2  Hubungkait Surah Al-A'la dengan Surah At-Tariq
a.  Surah Al-A'la --memperincikan semula kejadian manusia, pemisah anatara yang baik dengan buruk
b.  Ayat akhir At-Tariq: Kerana itu berilah penangguhan kepada orang-orang kafir.  Berilah mereka kesempatan untuk sementara waktu
c.  Ayat awal surah Al-A'la:  Sucikan nama Tuhanmu yang maha tinggi
d.  Allah pasti bertindak kepada orang-orang kafir apabila tiba waktunya-- manusia tidak perlu tergesa-gesa untuk melihat tindakan Alah sebab sememangnya orang-orang kafir diberi penangguhan
e.  Allah bertindak terhadap manusia mengikut 4 tahap:  i. memberi keampunan  ii. mendatangkan azab  iii.  memberi sahaja apa yang diminta dan akan diazab kemudian--istidraj  iv.  menurunkan kebinasaan

87.3  Tema/Matlamat Surah
a.  Tauhid:  Allah adalah Maha Kuasa, maka muliakanlah Dia selalu
b.  Allah telah meringankan tanggungjawab Rasulullah saw untuk menghafal Al-Quran supaya beliau tidak akan lupa setiap bahagian dari A-Quran
c.  Mereka yang menurut perintah Allah akan bahagia di akhirat
d.  Bertasbih kepada Allah tanda hati hidup.  Gunakan semua pancaindera untuk kebaikan--lihat alam semesta ciptaan Allah.  Berfikirlah betapa agongnya ciptaan Allah--zat yang paling tinggi--A'la.

87.4  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-5:  meninggikan dan memuliakan Allah
b.  Ayat 6-13:  Hargai Al-Quran--petunjuk, telah dipermudahkan untuk diamal dan dihafal
c.  Ayat 14-19:  i. dunia adalah ladang akhirat  ii. amat sedikit orang yang mensucikan jiwanya, ramai yang memilih keseronokan dunia--kerosakan besar kepada manusia  iii.  ajaran Rasulullah saw adalah sama seperti yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan Musa


88.  AL-GHASIYYAH

88.1  Penurunan Surah
a.  Turun di Mekah semasa fasa ke 2  dakwah --secara terang-terangan
b.  Turun selepas surah Az-Zariyat  dan disusun selepas surah Al-A'la
c.  Terdiri dari 26 ayat dan penamaan dari ayat pertama

88.2  Hubungkait surah Al-A'la dan surah Al-Ghasiyyah
a.  Ayat 17 surah Al-A'la:  padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.  Peringatan bagi mereka yang belum mensucikan Allah
b.  Ayat 1-7 surah Al-Ghasiyyah:  dimulakan dengan azab di hari kiamat kepada mereka yang lebih mementingkan hidu di dunia

88.3  Tema/Matlamat Surah
a.  Keadaan orang-orang kafir dan orang-orang beriman pada hari kiamat
b.  Keajaiban alam, nasihat, dan pertanggungjawaban
c.  Kengerian azab di akhirat akan menutup keseronokan anda di dunia
d.  Sengsara membawa nikmat, dan nikmat membawa sengsara

88.4  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-7:  Keadaan orang-orang kafir pada hari kiamat dan siksaan di neraka
b.  Ayat 8-16:  Keadaan orang-orang beriman pada hari kiamat dan kegembiraan mereka di syurga
c.  Ayat 17-20:  Beberapa tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah untuk membangkitkan makhluk ciptaannya
d.  Ayat 21-26:  Tugas Nabi sebagai penyeru ke jalan Allah



89.  Al- FAJR

89.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah yang membincangkan tentang hari kiamat
b.  Turun selepas surah Al-Lail dan disusun selepas Al-Ghasiyyah
c.  Surah ini terdiri dari 30 ayat dan penamaan surah berasal dari sumpah yang dinyatakan dalam ayat pertama
d.  Diturunkan ketika penganiayaan terhadap mereka yang baru masuk Islam di Mekah

89.2  Kaitan Surah Al-Fajr dengan Surah Al-Ghasiyyah
a.  Ayat akhir surah Al-Ghasiyyah:  Kemudian sesungguhnya (kewajiban) Kamilah membuat perhitungan atas mereka
b.  Ayat awal surah Al-Fajr:  Demi fajar.  ini adalah satu sumpah--yang pasti akan berlaku.  Waktu fajar adalah kiasan/simbol hidup selepas mati/kebangkitan dari alam kubur.
c.  Manusia dibangkitkan--dihimpun, dihisab, ambil buku catatan amal, lalu di sirat, masuk syurga/neraka
d.  Azab/hukuman akan menimpa orang-orang kafir

89.3  Matlamat Surah
a.  Fajar adalah cahaya matahari yang mengakhiri waktu malam--waktu subuh
b.  Waktu fajar adalah waktu yang paling utama dalam sehari semalam.
c.  Tema surah:  Anda akan dibangkitkan, maka berbekallah terutama di waktu malam--waktu paling utama untuk berfikir adalah waktu malam
d.  Azab menanti orang-orang kafir, maka janganlah anda seperti orang-orang kafir

89.4  Sistematika Surah
a.  Surah di bahagi kepada 2 bahagian:  Bahagian satu:  ayat 1-14;  Bahagian dua: ayat 15-30
b.  Ayat 1-14:  i.  dimulai dengan 4 sumpah--keutamaan waktu malam--setiap sumpahan mesti ada jawaban  ii. Pelajaran dari umat terdahulu--Kaum Ad, Kaum Thamud, dan Firaun
c.  Ayat 15-30:  i. ayat 15-20:  perilaku mereka yang mengabaikan perintah Allah  ii.  ayat 21-26: kedahsyatan hari kiamat dan siksaan serta penyesalan orang-orang yang melampaui batas  iii.  ayat 27-30:  Jiwa yang tenang dan kebahagiaannya pada hari kiamat.


90.  AL BALAD

90.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah, fasa dakwah ke 3
b.  Tahun ke 5 kenabian--keadaan mukmin tertekan
c.  Turun selepas surah Qaf dan disusun selepas Al- Fajr
d.  Jumlah ayat 20

90.2  Kaitan surah Al-Fajr dan Al-Balad
a.  Syurga dikaitkan dengan Mekah--kerana di sana ada Baitul Haram--segala yang baik sahaja.  Tidak ada kata-kata kotor, berdebat dsbnya; itulah gambaran syurga
b.  Jiwa yang tenang untuk ke syurga kena masuk Mekah dulu--tempat Al Quran diturunkan--belajar Quran dan Sunnah untuk mensucikan jiwa
c.  Manusia mesti dalam keadaan bersusah payah (kabad) untuk masuk ke syurga
d. Surah Al-Fajr-- orang kafir menyangka orang yang kaya dimuliakan Allah.  Surah Al-Balad menjelaskan itu adalah persepsi yang salah

90.3  Keutamaan Surah
a.  Suntikan motivasi untuk dekat dengan Al-Quran--kategori Al- Mufassal--intpati dalam Al-Quran.
b.  Saidina Umar Al-Khattab sering membacanya waktu solat Subuh.  Beliau syahid ketika sedang membaca surah ini.
c.  Peringatan  untuk orang-orang kafir

90.4  Matlamat Surah
a.  Melakukan ketaatan dengan nikmat, sentiasa bersyukur
b.  Ingatlah--anda dicipta Allah untuk bersusah payah dahulu,  maka jangan mengeluh di atas segala kesusahan

90.5  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-4--manusia diciptakan dalam kehidupan yang susah payah
b.  Ayat 5-7--Manusia menjadi sombong kerana kekuasaan dan kekayaannya
c.  Ayat 8-16--Manusia harus memilih jalan kebenaran dan mengikuti jalan menuju hidayah
d.  Ayat 17-20--Para sahabat dari orang-orang beriman dan para sahabat dari orang-orang kafir

90.6  Nota Berkaitan
a.  Taqlif (manusia yang sudah baligh)  --  hidup melalui perjuangan hawa nafsu dan pengorbanan
b.  2 golongan manusia  i.  Maimanah   ii.  Mash'amah
c.  Maimanah--laluan sukar (aqabah)--lepaskan hamba, tolong anak yatim, orang miskin--layak ke syurga
d.  Mash'amah--tidak mahu laluan yang sukar--layak ke neraka


91.  ASY-SYAMS

91.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah--fasa ke 2 dakwah Rasulullah di Mekah
b.  Jumlah ayat 15--atyat-ayat yang ringkas tetapi merangkumi makna ayat-ayat dalam surah-surah lain yang panjang
c.  Turun selepas surah Al Qadr, disusun selepas surah Al Balad

91.2  Kaitan dengan surah Al Balad
a.  Akhir surah Al-Balad-- "Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami,  mereka itu adalah golongan kiri.  Mereka berada dalam neraka yang ditutup rapat".
b.  Awal surah Asy-Syams dimulakan dengan 8 sumpahan-- " Demi matahari dan sinarnya pada pagi hari.  Demi bulan apabila mengiringinya...."  
c.  Sumpahan-sumpahan ini menegaskan bahawa balasan terhadap golongan kiri benar-benar akan terjadi
d.  Yang menghukum golongan kiri ke neraka adalah Zat yang berkuasa menciptakan matahari, bulan, malam, siang, langit, bumi, dan jiwa manusia.  Allah yang memegang jiwa manusia itu sendiri
e.  Balasan untuk golongan kanan telah ditegaskan dalam surah Al-Fajr.

91.3  Keutamaan Surah
a.  Termasuk dalam kategori al-Mufassal
b.  Rasulullah saw telah menyarankan kepada Muaz membaca surah yang tidak terlalu panjang sewaktu menjadi imam solat Isyak memandangkan ada makmumnya  yang perlu bersegera.  Surah yang dicadangkan ialah:  Al-A'ala, Asy Syams, Al-Fajr, dan Al-Lail.

91.4  Matlamat Surah
a.  8 sumpahan dijawab dalam ayat 9 dan 10.
b.  Matlamat surah ialah:  Sucikan jiwa anda kerana ia laksana pelita dalam hidup anda!

91.5  Penamaan Surah
a.  Nama-nama surah adalah mengikut tradisi orang Arab--simbol yang terkait dengan fakta alam.  Surah dimulakan dengan ayat-ayat alam semesta
b.  Asy Syams bermakna matahari--benda di langit yang memancarkan cahayanya dan teduh diwaktu dhuha
c.  Kunci cahaya terletak pada matahari--malam dan siang ditentukan oleh cahaya matahari
d.  Jiwa manusia juga ada yang terang/gelap--jiwa yang kotor - gelap  dan jiwa yang bersih - terang
e.  Pancaran cahaya matahari adalah ibarat wahyu yang boleh mensucikan jiwa dan seterusnya beramal soleh

91.6  Sistematika Surah
a.  Surah terbahagi kepada 2 bahagian
b.  Ayat 1-10--menyucikan jiwa dan mengotori jiwa
c.  Ayat 11-15--Contoh melampaui batas--kesan jiwa yang kotor

91.7  Nota berkaitan
a.  Surah Asy Syams menampilkan fenomena alam yang telah ditundukkan Allah untuk kepentingan umat manusia, makhluk yang diutamakan dan dimuliakan
b.  Langit adalah simbol ketinggian dan bumi adalah simbol kerendahan
c.  Jiwa yang bersih adalah unsur langit, jiwa yang kotor adalah unsur bumi
d.  Manusia mempunyai 2 pilihan--jiwa yang bersih atau jiwa yang kotor
e.  Allah memandang kepada jiwa manusia, bukan jasadnya
f.  Sakit di jiwa adalah lebih merbahaya dari sakit di jasad.


92.  AL-LAIL

92.1  Penurunan Surah

a.  Turun di Mekah semasa fasa ke 2 dakwah--secara terang-terangan
b.  Surah menekankan tauhid selari dengan konteks dakwah pada masa itu
c.  Ada 21 ayat, masuk dalam kategori mufassal dan amat baik jika dihafal
d.  Turun selepas surah A A'la dan disusun selepas surah As Syams

92.2  Hubungkait Surah
a.  Hujung surah As Syams menerangkan kesan jiwa yang kotor--mendustakan syariat--manusia yang derhaka dan berdosa akan dibinasakan/azab oleh Allah
b.   Awal surah Al  Lail menekankan tentang keadaan malam yang gelap-- ibarat dosa yang dilakukan manusia
c.  Sehingga menutup cahaya siang--ibarat dosa yang menutup cahaya petunjuk

92.3  Keutamaan Surah
a.  Termasuk dalam surah mufassal--meringkaskan surah-surah lain yang panjang
b.  Sangat elok dibaca semasa solat Isyak--surah-surah lain yang elok dibaca waktu Isyak ialah Al Fajr, As Syams, dan Al A'la

92.4  Matlamat/Tema Surah
a.  Raihlah kejayaan!
b.  Bagi orang yang bertaqwa, Allah akan berikan cara yang mudah.  Sementara bagi orang kafir, Dia akan memberikan cara yang sulit
c.  Apa manfaat yang seseorang dapat dari hartanya jika dia sendiri ditakdirkan untuk binasa?

92.5  Penamaan Surah
a.  Al-Lail (malam) --gelap dan lawannya adalah siang yang terang
b.  Malam menutup siang--malam yang gelap simbol dosa yang menutupi cahaya petunjuk
c.  Siang yang terang adalah simbol petunjuk--pembuka penutup dosa yang gelap di hati
d.  Manusia sama ada lelaki atau perempuan tiada beza di sisi Allah--yang membezakan adalah usaha ke arah ketaqwaan
e.  Manusia boleh memilih sama ada amal kejayaan (ayat 5-7) atau amal buruk (ayat 8-10)

92.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-4:  Usaha beraneka ragam
b.  Ayat 5-13:  Orang-orang yang diberi kemudahan dan orang-orang yang diberi kesulitan
c.  Ayat 14-16:  Akhir dari orang-orang yang mendustakan
d.  Ayat 17=21:  (Neraka) dijauhkan dari orang-orang bertaqwa.


93.  AD-DUHA

93.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah dan berisi 11 ayat--surah al-Mufassal--ringkas tetapi sarat dengan makna/ilmu
b.  Diturunkan semasa awal kenabian dan ditangguhkan penurunannya kerana Rasulullah saw belum terbiasa dengan penerimaan wahyu yang banyak pada ketika itu
c.  Penamaan surah berasal dari ayat yang pertama
d.  Turun selepas surah Al-Fajr dan disusun selepas surah Al-Lail

93.2  Kaitan Surah Al-Lail dan Ad-Duha
a.  Akhir surah Al-Lail--kebahagiaan untuk orang yang bertaqwa
b.  Awal surah Ad-Duha--Sumpahan Allah--Rasulullah saw manusia paling bahagia apabila Allah turunkan semula wahyu kepadanya pada waktu malam
c.  Manusia hanya akan bahagia ketika sentiasa berhubung denga Quran

93.3  Keutamaan Surah
a.  Rasulullah saw mencadangkan surah ini dibaca semasa solat Isyak
b.  Duha adalah simbol turun wahyu
c.  Dua peribadi hebat:  awal surah ditujukan pada Rasulullah saw dan di akhir surah ditujukan kepada Saidina Abu Bakar yang sangat bahagia menginfakkan hartanya di jalan Allah

93.4  Penamaan Surah
a,  Ad-Duha --ayat 1-5--waktu memancarnya cahaya matahari--cahayanya redup, tidak begitu panas, sangat selesa
b.  Duha--isyarat/simbol--satu keadaan yang bergerak--dinamik--wahyu Allah bergerak turun dari langit menuju bumi terus ke hati Rasulullah saw
c.  Al-Lail--malam yang gelap, diam, penuh ketenangan.  Wahyu yang dibaca waktu malam--dalam keadaan tenang
d.  Baca Quran waktu malam sangat terkesan--digalakkan solat tahajjud dengan membaca surah yang panjang
e.  Allah tidak akan tinggalkan Rasulullah sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik.  Allah sangat mencintai Rasulullah saw sehingga diberi keutamaan pada hari akhirat nanti

93.5  Matlamat Surah
a. Bahagiakan diri anda melalui pancaran wahyu Ilahi--Al-Quran
b.  Bacalah Quran supaya jiwa kita bahagia--Allah tidak akan tinggalkan kita

93.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-5:  Penghiburan dan dukungan Allah kepada Rasulullah saw
b.  Ayat 6-8:  Beberapa nikmat Allah kepada Nabi Nya
c.  Ayat 9-11:  Petunjuk Allah kepada Nabi Nya


94.  ASY-SYARH (AL-INSYIRAH)

94.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah yang terdiri dari 8 ayat
b.  Diturunkan semasa fasa ke 2 dakwah--secara terang-terangan
c.  Disusun selepas surah Ad-Duha

94.2  Hubungkait Surah
a.  Di akhir surah Ad-Duha diterangkan 3 nikmat yang Allah berikan  kepada Rasulullah saw:  i. Anak yatim yang dilindungi  ii. diberikan petunjuk melalui wahyu iii.  diberikan kecukupan
b.  Di awal surah asy-Syarh dijawab:  i.  Dia melapangkan dada Rasuiiullah  ii. meringankan bebanan  iii. tinggikan sebutan namanya

94.3  Keutamaan Surah
a.  Surah ini sangat elok dibaca semasa solat ketika kita menghadapi sesuatu kesulitan.
b.  Hadith:  "Wahai orang yang tengah menderita kesulitan, ketika hal-hal menjadi sulit bagimu, jangan lupa membaca 'Alam Nasyrah'  (surah Asy-Syarh)--(Syu'abul Iman dari Al-Baihaqi, 9553

94.4  Matlamat Surah
a.  Lapangkan hati anda, hidup akan jadi mudah!
b.  Allah melapangkan hati, meringankan beban, dan meninggikan nama Rasulullah saw

94.5  Penamaan Surah
a.  Al-Insyirah bermakna kelapangan.  Apa yang dilapangkan?  Dada manusia
b.  Apabila dada kita lapang, hati pun jadi lapang
c.  Sekiranya kita melakukan amalan yang berat kerana Allah, nescaya Allah akan meringankan untuk kita.  Walaupun kita rasa letih melaksanakannya tetapi kita rasa sangat bahagia
d.  Ayat 7 dan 8 adalah respon kita apabila diberi nikmat setelah letih melakukan sesuatu amalan--terus melakukan amalan yang lain serta bersyukur dan berharap kepada Allah

94.6  Sistematika Surah
a. Ayat 1-4:  Beberapa kurniaan Allah kepada Rasulullah saw:  lapangkan hati, ringankan beban kehidupan, nama yang ditinggikan
b.  Ayat 5-6:  Ayat yang menghibur Rasulullah saw--kesusahan akan disudahi dengan kesenangan.  Bersama kesulitan ada kemudahan
c.  Ayat 7-8:  Petunjuk untuk Rasulullah saw dan semua umatnya.  Respon nikmat kelapangan adalah i. An-Nasab--kesibukan yang amat meletihkan setelah melaksanakan tugasan sebelumnya   ii.  Ar-Rugbah--sandaran/harapan yang tinggi kepada Allah--Allah sahaja yang akan membalas keletihan kita.

94.7  Nota Berkaitan
a.  Cara untuk lapangkan hati--letih dahulu, kemudian Allah akan lapangkan.  Siang letih berkerja, malam lakukan 3T:  Takut, Tadabbur, Tahajjud
b.  Kelapangan dengan rugbah.  Orang yang lapang hati Allah akan beri petunjuk
c.  Jangan kita bermuram ketika letih--senyumlah--kerana kita akan dilapangkan oleh Allah dan ganjaran syurga inshaaAllah.



95.  AT-TIN

95.1  Penurunan Surah
a.  Majoriti ulamak mengganggap surah ini sebagai wahyu Makkiyyah.
b.  Surah ini terdiri dari 8 ayat dan penamaan surah berasal dari ayat pertama
c.  Diturunkan selepas al-Buruj dan disusun selepas al-Insyirah

95.2  Hubungkait Surah
a.  Hujung surah Al-Insyirah--diterangkan tentang ar-rugbah:  keletihan yang disandarkan kepada Allah
b.  Awal surah At-Tin--Allah bersumpah dengan buah Tin, Zaitun, Gunung Sinai, dan Kota Mekah.  Ini adalah simbolik  i. Buah Tin dan Zaitun--buah yang terbaik--sangat berkhasiat, mempunyai akar yang kuat, dan tumbuh di bumi yang barakah--tempat tinggal ramai para nabi  ii.  Gunung Sinai adalah tempat Nabi Musa menerima wahyu  iii.  Mekah--sebuah kota yang aman damai
c.  Orang yang rugbah itu adalah ibarat buah Tin dan Zaitun--manusia terbaik adalah Rasulullah saw yang bertahajjud sehingga bengkak kakinya hasil dari keimanan dan keyakinannya yang tinggi kepada Allah.

95.3  Kelebihan Surah
a.  Dari Al-Bara, dia berkata,"Sesungguhnya Rasulullah saw berada dalam perjalanan, saat Isyak beliau membaca dalam salah satu rakaatnya (surah yang dimulai dengan), 'Demi buah tin dan zaitun' (Surah At-Tin)"   HR Bukhari 767

95.4  Matlamat Surah
a.  Jadilah manusia terbaik!
b.  Manusia adalah makhluk terbaik, kecuali orang-orang kafir.  Untuk menjadi manusia terbaik hendaklah kita ingat simbol--buah Tin dan Zaitun--hidup biar bermanfaat kepada orang lain, mempunyai keimanan yang tinggi
c.  Ada 2 jenis manusia:  i.  orang yang cenderung kepada kejahatan--menjadi yang terendah dan hina  ii. orang yang beriman--tetap mulia--sesuai dengan fitrahnya yang dicipta dalam bentuk terbaik

95.5  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-4:  Allah muliakan manusia-- makhluk terbaik
b.  Ayat 5:  Manusia merendahkan dirinya dengan kekafiran--manusia terhina jika tidak beriman dan beramal soleh
c.  Ayat 6:  Keutamaan iman dan amal soleh--ganjaran syurga
d.  Ayat 7-8:  Hari kebangkitan dan balasan adalah bukti keadilan Allah dan kebijaksanaanNya.  Kehairanan Allah--apakah yang membuatkan manusia tidak beriman.  Allah akan menghisab segala amalan.



96.  AL-ALAQ

96.1  Penurunan Surah
a.  Duturunkan di Mekah semasa umur Rasulullah saw 40 tahun
b.  Pembahasannya dalam 2 bahagian:  i. terdiri dari wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah di Gua Hira'  ii. ketika Rasulullah saw mulai melaksanakan solat di halaman Kaabah dan Abu Jahal berusaha mencegah dengan ancaman
c.  Surah ini terdiri dari 19 ayat dan penamaan surah berasal dari ayat ke 2

96.2  Hubungkait Surah
a.  Hujung surah At-Tin:  Bukankah Allah hakim yang paling adil?
b.  Awal surah Al-Alaq:  Bacalah....maka untuk menjadi seorang hakim yang bijaksana lagi berpengetahuan, perlu ada ilmu.  Ilmu diperolehi dengan banyak membaca
c.  Membaca tentang asal penciptaan manusia dari segumpal darah sehingga ke bentuk sekarang--menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah

96.3  Keutamaan Surah
a.  Dari Aisyah ra, dia berkata, 'Wahyu pertama kali datang kepada Rasulullah saw.  Lalu datanglah malaikat kepada beliau dan berkata,  'Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang telah menciptakan, Dia menciptakan manusia dari segumpal darah.  Bacalah, dan Tuhanmulah yang Mahamulia, Dia mengajar manusia dengan pena.' "  HR Bukhari 4956

96.4  Penamaan Surah
a.  Alaq--segumpal darah--asal ciptaan manusia--mengalami proses.  Hidup kita juga mengalami proses
b.  Manusia kenal Allah dengan meneliti asal kejadian dirinya
c. Allah menyediakan alam semesta untuk dimanfaatkan oleh manusia

96.5  Matlamat Surah
a.  Bacalah dengan tujuan untuk beriman dan bersyukur kepada Allah.
b.  Jika tujuan membaca dan mendapatkan ilmu bagi tujuan selain Allah, maka nantikanlah azabNya

96.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-5:  Perintah untuk membaca, mencari ilmu pengetahuan dan belajar menulis
b.  Ayat 6-8:  Sifat manusia dan kelalaian terhadap akhirat
c.  Ayat 9-18:  Memberi peringatan kepada orang-orang yang melarang orang lain mengerjakan solat
d.  Ayat 19:  Ayat yang menghibur Rasulullah saw--jangan ikut kehendak orang kafir--solatlah (sujud) supaya dekat dengan Allah.


97.  Al-QADR

97.1  Penurunan Surah
a.  Ada peselisihan pendapat mufassir sama ada surah ini surah Makkiyyah atau Madaniyyah
b.  Pendapat yang mengatakan surah ini surah Madaniyyah adalah kerana ibadah puasa disyariatkan semasa Rasulullah saw telah berhijrah ke Madinah
c.  Turun selepas surah 'Abasa dan disusun selepas al-Alaq

97.2  Hubungkait Surah dengan Al-Alaq
a.  Hujung surah al-Alaq--perintah supaya tetap solat (sujud) untuk dekatkan diri dengan Allah
b.  Awal al-Qadr--Quran diturunkan pada malam Qadr
c.  Kaitan di antara 3 perkara:  i. sujud--salah satu amalan dalam solat--takbir, tilawah(semasa qiyam), ruku', dan sujud   ii. al-Quran--dibaca ketika qiyam dalam solat  iii. LailatulQadr--hidupkan malam Qadr dengan membaca al-Quran.  Natijahnya:  dapat kemuliaan 1000 bulan
d.  Al-Alaq makna iqra'--bacalah al-Quran -- sama ada Quran bercakap (baca Mushaf) atau Quran senyap (Alam Semesta).  Hujung al-Alaq--dekatkan diri kepada Allah. Qadr--sebaik-baik malam untuk dekatkan diri dengan Allah

97.3  Keutamaan Surah
a.  Surah mufassal--sangat diutamakan untuk difahami --pendek tetapi sarat dengan makna
b.  Rasulullah saw baca surah ini ketika solat witir 3 rakaat:  i. rakaat pertama baca surah AtTakathur, Al-Qadr, Al-Zalzalah  ii. rakaat kedua baca surah Al-Asr, An-Nasr, Al-Kauthar  iii. rakaat ketiga baca surah al-Kafiruun, al-Lahab, al-Ikhlas
c.  Semasa untuk hidupkan malam LailatulQadr pada 10 malam terakhir Ramadhan--banyakkan baca al-Quran.  Hafalkan surah-surah dalam Juz Amma supaya mudah untuk dibaca semasa solat

97.4  Matlamat Surah
Raih keutamaan dalam Lailatul Qadr  (masanya dari Maghrib hingga terbit fajar)

97.5  Penamaan Surah
a.  Ayat 1--al-Qadr merujuk kepada masa iaitu turunnya al-Quran di waktu malam
b.  al-Quran diturunkan sekali gus dari Lauh Mahfuz ke langit dunia pada malam Qadr.  Kemudian diturunkan secara berperingkat kepada Rasulullah saw melalui Jibril selama 23 tahun
c.  Kenalilah Allah melalui bacaan al-Quran.  Tentukan kita faham apa yang kita baca terutamanya surah al-Fatihah kerana ia adalah intipati al-Quran

97.6  Sistematika Surah
a.  Ayat  1:  Permulaan turunnya wahyu al-Quran pada malam Qadr
b.  Ayat 2-5:  Keutamaan malam kemuliaan.  Keselamatan bagi orang yang hidupkan malam Qadr
c.  Ayat 3: Tadabbur mufasir:  i.  1 malam--pengetahuan hamba tentang Allah --penyembahan hamba kepada Allah dengan pengetahuan  ii.  1000 bulan--penyembahan hamba kepada Allah tanpa pengetahuan.  Maka 1 malam lebih baik dari 1000 bulan
d.  Qada' dan Qadar manusia semua ada di dalam al-Quran.  Takdir manusia ditetapkan oleh Allah



98.  AL-BAYYINAH

98.1  Penurunan Surah
a.  Surah Madaniyyah--turun selepas surah at-Talak dan disusun selepas surah al-Qadr
b.  Surah Mufassal dan terdiri dari 8 ayat

98.2  Hubungkait Surah dengan al-Qadr
a.  Hujung surah al-Qadr -- Keselamatan/kesejahteraan sampai terbit fajar
b.  Awal surah al-Baiyyinah--Orang-orang kafir tidak akan meninggalkan agama mereka sampai datang kepada mereka bukti yang nyata
c.  Manusia sangat memerlukan kepada kebahagiaan, keselamatan, dan kemuliaan
d.  Oleh itu, cara untuk mendapatkan keselamatan adalah dengan meninggalkan kekufuran

98.3  Keutamaan Surah
a.  Dari Anas bin Malik ra, dia mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda kepada Ubay bin Kaab:  "Allah memerintahkanku untuk membacakan kepadamu (surah yang dimulai dengan) 'Tidak akan meninggalkan agamanya orang-orang kafir....(surah al-Bayyinah)."  Ubay berkata,"Apakah Dia menyebutkan namaku?" Rasulullah saw menjawab "Ya", maka Ubay pun menangis. (HR Bukhari 3809)
b.  Surah ini boleh dibacakan kepada orang bukan Islam bagi tujuan dakwah--agar mereka menerima Islam

98.4  Matlamat Surah
a.  Raih keselamatan dengan mengikut keterangan Rasulullah saw--tinggalkan kekufuran
b.  al-Baiyyinah-->bukti/keterangan yang jelas-->Rasulullah saw yang diutus untuk menyampaikan wahyu (Quran)-->ajakan untuk jadi hamba yang 'hunafa' (cenderung kpd yg benar)-->2 golongan manusia:  i. Syarrul Bariah--ke neraka   ii.  Khairul Bariah--ke syurga

98.5  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-3:  Status al-Quran dan ajaran Rasulullah saw
b.  Ayat  4:  Perbezaan sikap Ahli Kitab terhadap Rasulullah saw-- kesan dari baiyyinah-->tafarruq (berpecah belah)
c.  Ayat 5:  Agama Islam adalah agama yang benar
d.  Ayat 6-8:  Ancaman bagi orang-orang kafir dan khabar gembira bagi orang-orang beriman--natijah tafarruq adalah  bahagia dan sengsara



99.0  AL-ZALZALAH

99.1  Penurunan Surah
a.  Surah Madaniyyah, turun selepas surah an-Nisa' dan disusun selepas surah al-Bayinnah
b.  Terdiri dari 8 ayat, termasuk dalam kategori Mufassal--surah yang ringkas/pendek tetapi sarat dengan makna
c.  Surah yang memperingatkan tentang hari kebangkitan kepada orang mukmin di Madinah yang sebahagiannya sudah mula lalai

99.2  Hubungkait Surah
a.  Akhir surah al-Bayyinah--balasan syurga 'Adn kepada orang yang takut kepada Allah
b.  Awal surah al- Zalzalah--bumi digoncang dengan dahsyat--membuatkan manusia takut kepada Allah
c.  Maka orang yang ingin masuk ke syurga 'Adn hendaklah sentiasa merasa takut kepada Allah.  Perasaan takut kepada Allah ini boleh diperolehi apabila membaca surah al-Zalzalah
d.  Sekiranya kita tidak merasa takut apabila membaca surah ini, maka mohonlah kepada Allah supaya dikurniakan rasa takut kepadaNya

99.3  Keutamaan Surah
a.  Surah yang sangat elok dihafal dan difahami maksudnya--untuk dibaca semasa solat
b.  Dari Anas ra, dia mengatakan Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa membaca surah al-Zalzalah maka dia dapat pahala membaca separuh al-Quran"
c.  Al-Quran membincangkan awal dan akhir kehidupan manusia, surah al-Zalzalah membincangkan tentang akhir kehidupan manusia.

99.4  Matlamat/Tema Surah
a.  Tema boleh didapati dari hujung surah al-Bayyinah yang menekankan tentang takut kepada Allah\
b.  'Hidupkan hati anda dengan rasa takut'

99.5  Penamaan Surah
a.  Zalzalah berasal dari perkataan zalla yang bermaksud tergelincir secara tidak senghaja
b.  Zalzalah bermaksud goncangan yang berterusan berkali-kali di mana dengan goncangan ini keluarlah manusia dari kuburnya.  Renungkan makna ini dengan rasa takut kepada Allah.

99.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-5:  Kedahsyatan Hari Kiamat--kebangkitan manusia dari kubur setelah bumi digoncang dengan dahsyatnya
b.  Ayat 6:  Pada Hari Perhitungan, manusia akan dibagi menjadi banyak kelompok dengan hasil perhitungan yang berbeza.  Inilah tujuan manusia dibangkitkan--mereka akan menerima balasan berdasarkan amalan mereka di dunia.  Orang yang beriman akan duduk dalam satu kelompok, dan orang kafir akan duduk dalam satu kelompok
c.  Ayat 7-8:  Ketepatan Hari Perhitungan--manusia akan diadili dengan sangat teliti.  Sekecil-kecil amalan akan dikira.  Oleh itu hendaklah kita juga teliti dalam mengerjakan amalan di dunia.

99.7  Pengajaran Surah
a.  Suburkan hati kita dengan siraman rasa takut kepada Allah melalui tadabbur ayat-ayat al-Quran
b.  Hati kita boleh subur dengan 3 T:  Takut, Tadabbur, Tahajud
c.  Apabila membaca al-Quran niatkan supaya kita dapat mentadabburi ayat-ayat yang dibaca.  Contohnya jika ayat berkaitan azab Allah hendaklah kita merasa takut sehingga menangis
d.  Mengapa kita perlu rasa takut kepada Allah?  Takut kepada Allah akan melenyapkan rasa cinta kita kepada dunia, dengan itu nafsu kita akan mengecil--sebab nafsu bergantung pada dunia.  Apabila nafsu kecil, mudah untuk kita mempersiapkan hati untuk terima semua peringatan dalam al-Quran
e.  al-Quran mudah untuk dihafal sekiranya hati kita telah disiapkan dengan perasaan takut kepada Allah.



100.   AL-'ADIYAT

100.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makiyyah yang terdiri dari 11 ayat dan termasuk dalam kategori surah al-Mufassal
b.  Diturunkan selepas surah al-'Asr dan disusun selepas surah al-Zalzalah
c.  Penamaan surah berasal dari ayat pertama

100.2  Hubungkait Surah
a.  Hujung al-Zalzalah--menekankan tentang keburukan yang akan dilihat oleh manusia
b.  Awal al-'Adiyat--punca keburukan manusia sebab mereka kanud--cintakan dunia dan tidak takut Allah
c.  Sumpahan kuda perang itu adalah simbolik kepada harta dunia pada masa itu.  Kecintaan kepada harta dunia inilah yang membuatkan mereka  berwatak kanud
d.  Ayat ke 2 dalam al-Zalzalah ada persamaan maknanya dengan ayat ke 9 surah al-'Adiyat--menekankan tentang manusia yang akan keluar dari kuburnya.  Inilah Hari Kebangkitan yang ditakuti manusia dan ia adalah ubat kepada watak kanud

100.3  Keutamaan Surah
a.  Dari Ali ra, dia berkata, "Saat solat Witir, Rasulullah saw membaca surah al-Zalzalah, surah al-'Adiyat, surah at-Takathur, surah al-Lahab, dan surah al-Ikhlas" (Hilyatul Auliya' dari Al-Asbahani, 7/182).

100.4  Matlamat/Tema Surah
a.  Ubati watak kanud anda!
b.  Tinggalkan dunia supaya dapat kecilkan nafsu
c.  Ingatlah kamu akan dikeluarkan dari kubur--ulang-ulang ayat ke 9 semasa membacanya dalam solat--sehingga sampai ke hati--rasa takut dan menangis

100.5  Penamaan Surah
a.  'Adiyat bererti kuda yang berlari kencang.  Kuda adalah simbol harta dunia
b.  Kecintaan kepada harta dunia meningkatkan watak kanud manusia, mereka langsung tidak ingat Allah dan seterusnya tidak cinta dan taat pada Allah

100.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-8: Perilaku tidak bersyukur dan sifat kikir manusia.  Kanud--watak cinta harta dunia
b.  Ayat 9: Menetapkan kepastian Hari Kebangkitan--inilah ubat watak kanud manusia
c.  Ayat 10-11:  Menegaskan hisab dan kemahatelitian Allah. Ingat ketelitian Allah--oleh itu kita mesti teliti dalam beramal

100.7  Pengajaran Surah
Ubat bagi watak manusia yang kanud adalah dengan mengingati Hari Kebangkitan.  Rasa takut akan membuatkan kita tolak dunia.



101.0  AL-QARI'AH

101.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah, 11 ayat
b.  Turun selepas surah al-Quraish dan disusun selepas surah al-'Adiyat
c.  Penamaan surah diambil dari ayat pertama

101.2  Hubungkait Surah
a.  Hujung surah al-'Adiyat--ketepatan/ketelitian Allah dalam menginformasikan amalan orang yang kanud.  Bilakah harinya amalan akan dihisab?  Jawapannya di awal surah al-Qari'ah
b.  Awal surah al-Qari'ah--hari al-Qari'ah.  Asal perkataan Qara'a yang bermaksud pukul.  Maka Qari'ah bermaksud bumi akan dipukul sehingga berlaku goncangan dahsyat yang berterusan dan mengeluarkan manusia dari kubur untuk dihisab amalannya.  Mereka yang ringan timbangan kebaikannya akan masuk ke neraka Hawiyah
c.  Hubungkait surah al-Zalzalah, al-'Adiyat dan al-Qari'ah:  i.  al-Zalzalah: ayat 2: bumi keluarkan bebanan yang dikandungnya  ii. al-'Adiyat ayat 9: Manusia dikeluarkan dari kubur  iii. a-Qari'ah: ayat 4: Manusia dikeluarkan dari bumi ibarat kelkatu

101.3  Keutamaan Surah
a.  Dari Anas bin Malik ra, dia mengatakan Rasulullah saw bersabda: "  Surah Hud dan saudara-saudaranya, iaitu surah al-Waqiah, al-Qari'ah, al-Haqqah, at-Takwir, dan al-Maarij telah membuat rambutku beruban."  (Al-Jami'us Sagir 4915)
b.  Termasuk dalam kategori surah al-Mufassal--ringkas dan sarat dengan makna.

101.4  Matlamat/Tema Surah
a.  Beratkan timbangan amal baik anda!
b.  Bumi dipukul-->goncangan yang sangat dahsyat-->manusia keluar dari kubur ibarat kelkatu-->tiada halatuju-->dihisab--> berat timbangan kebaikan-->ke Syurga

101.5  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-5:  menerangkan tentang fenomena yang mengejutkan hati manusia.  Hari di mana manusia terbang laksana kelkatu dan gunung-gunung terbang laksana kapas.  Qara'a bermaksud pukulan yang kuat sehingga bumi bergoncang dengan dahsyatnya mengeluarkan manusia-->hati manusia terkejut setelah sekian lama tidur dalam kubur.  3 kali sangkakala ditiup:  i. tiupan pertama mengejutkan manusia yang sedang sibuk dengan urusan dunia  ii. tiupan kedua menghancurkan segala makhluk di dunia  iii. tiupan ketiga membangkitkan kembali manusia untuk dihisab
b.  Ayat 6-11:  menerangkan tentang fenomena penghisaban amalan manusia.  Mereka yang berat timbangan kebaikan akan ke syurga dan mereka yang ringan timbangan kebaikan akan ke neraka Hawiyah

101.6  Pengajaran Surah
a.  Mengingatkan kita agar hidup dengan mempunyai  tujuan yang jelas, jangan seperti kelkatu yang terbang tanpa halatuju, berpusing sana sini dan kemudian jatuh.
b.  Ingatlah tujuan penciptaan manusia dan jin hanyalah semata-mata untuk menyembah Allah (rujuk az-Zariyat: 56)



102.0  AT-TAKASUR

102.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makiyyah, 8 ayat
b.  Turun selepas surah al-Kauthar dan disusun selepas surah al-Qari'ah

102.2  Hubungkait Surah
a.  Ayat akhir surah al-Qari'ah--api yang panas
b.  Ayat awal at-Takasur--bermegah-megahan melalaikan manusia
c.  Siapakah yang akan masuk ke dalam api yang panas?  Jawapannya ialah mereka yang sibuk mengumpulkan hartanya --berlumba-lumba dan bermegah-megah--sehingga lalai dari beribadah kepada Allah

102.3  Keutamaan Surah
a.  Dari Ali ra., dia berkata, " Rasulullah saw solat Witir membaca sembilan surah dalam 3 rakaat, dalam rakaat pertama beliau membaca surah at-Takasur, al-Qadr, al-Zalzalah.  Rakaat kedua beliau membaca al-'Asr, an-Nasr, al-Kauthar.  Rakaat ketiga beliau membaca al-Kafiruun, al-Lahab, dan al-Ikhlas."  (Al-Mu'jamus Sagir dari Tabrani 457).
b.  Surah at-Takasur setanding dengan 1000 ayat dalam Quran
c.  Ada ulamak yang membahagikan isi kandungan Quran kepada 6 bahagian (1000 ayat setiap bahagian):  i. Siratul Mustaqim  ii. sasaran dakwah (manusia)  iii. Keadaan manusia ketika kembali kepada Allah  iv. sifat/keadaan orang yang taat  v.  sifat/keadaan orang yang derhaka  vi. jalan yang dilalui manusia.

102.4  Matlamat/Tema Surah
a.  Ubati kelalaian anda dengan mengingati kematian
b.  Asal perkataan adalah kasura bererti banyak.  at-Takasur bererti berlomba-lomba dalam memperbanyakkan harta dan kemuliaan.
c.  Apa yang dikumpul?  (rujuk al-Hadid: 20--harta dan anak; an-Nur: 37--perdagangan dan jualbeli....)
d.  Penyebab kehancuran manusia adalah saling bersaing untuk keuntungan duniawi, sementara kemenangan yang hakiki adalah mencari keuntungan akhirat
e.  Ingat kematian boleh kurangkan kecintaan manusia untuk kumpul harta

102.5  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-2:  Harapan panjang dalam kehidupan dunia.  Kematian sebagai pemutus kenikmatan.
b.  Ayat 3-6:  Peringatan terhadap api neraka.  Segala kenikmatan akan dipersoalkan

102.6  Nota Berkaitan
a.  Bagaimana cara untuk ingat kematian?  Orang alim di zaman dahulu menggali lubang dan masuk ke dalamnya untuk merasakan ketakutan di alam kubur
b.  Tidur adalah seperti keadaan kita mati--kita tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling kita
c.  Orang yang banyak harta hendaklah memperbanyakkan membaca Quran tentang pengurusan harta--ke manakah harta perlu diagihkan?
d.  Ada 2 jenis munafik:  i. hakiki  ii. majazi.  Orang yang kumpul harta sehingga melalaikan Allah boleh termasuk dalam golongan munafik
e.  Qantara adalah tempat di mana dosa orang mukmin dibersihkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam syurga.



103  AL-'ASR

103.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah -- turun selepas surah al-Insyirah, disusun selepas surah at-Takathur
b.  Kategori al-Mufassal -- surah yang pendek tetapi sarat dengan makna

103.2  Hubungkait Surah
a.  Hujung at-Takathur-- kenikmatan di dunia akan ditanya--bila?  Di alam kubur
b.  Awal surah al-'Asr--Demi masa--waktu penghujung siang adalah waktu asar.  Ibarat hidup manusia di penghujung--sebelum masuk ke alam kubur.  Maka di alam kubur pasti kita akan ditanya tentang kenikmatan di dunia.  Kenikmatan dunia telah banyak tenggelamkan manusia dari mengingati akhirat
c.  Dari segi isi kandungan:  at-Takathur--manusia yang lalai ditenggelamkan oleh nikmat dunia.  Al-'Asr--manusia yang tidak ditenggelamkan oleh nikmat dunia
d.  Oleh itu ingat kematian boleh mengubat kelalaian.  Ingat waktu asar--simbol manusia di umur senja yang sedikit masa saja lagi akan masuk ke kubur

103.3  Keutamaan Surah
a.  Dari Ad-Darimi, dia berkata, "Ketika dua sahabat Rasulullah saw bertemu dan kemudian bermaksud untuk berpisah salah satu dari mereka akan membaca surah al-'Asr.   Kemudian mereka akan bersalam dan berpisah."  (Syu'abul Iman dari Baihaqi 8639)
b.  Isikandung dalam surah al-'Asr merangkumi semua ilmu dalam al-Quran--maknanya terlalu luas.
c.  Mudah dihafal

103.4  Penamaan Surah dan matlamat
a.  Surah dimulakan dengan sumpahan -- Demi masa
b.  Jawapan sumpahan adalah matlamat surah--Sungguh manusia berada dalam kerugian
c.  Oleh itu matlamat surah:  Selamatkan diri anda dari kerugian

103.5  Nama Surah
a.  'Asara bermaksud menekan, memeras.  Al- 'Asr--masa--> Al-'Ashir--waktu petang--waktu yang menyudahi siang.  Selepas bekerja keras memeras keringat di waktu siang, manusia akan menghitung keuntungannya di waktu asar.
b.  Analoginya ialah:  selepas berkerja keras semasa di dunia dengan 4 perkara--iman, amal soleh, nasihat, dan sabar --  maka dihujung hidupnya manusia mengira keuntungan--hasil dari amalan yang dilakukan
c.  Maka waktu 'asar (penghujung hidup)  adalah waktu untuk kita muhasabah diri--lihat apa amalan yang telah dilakukan sepanjang hidup--adakah kita selamat dari kerugian?  Ingatlah 4 ciri di dalam surah al-'Asr dan amalkan

103.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-2:  Manusia yang dilalaikan oleh harta benda
b.  Ayat 3:  Keadaan manusia yang tidak dilalaikan oleh harta benda--inilah kunci kejayaan hidup
c.  Ingat kematian dengan kerap mentaddaburi waktu 'asar--dekat dengan waktu malam--kegelapan--seperii dalam kubur



104  AL-HUMAZAH

104.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah dan berisi 9 ayat
b.  Turun selepas surah al-Qiamah dan disusun selepas surah al-'Asr

104.2  Hubungkait Surah
a.  Hujung surah al-'Asr--menasihati untuk kesabaran
b.  Awal surah al-Humazah--Celaka bagi setiap pengumpat dan pencela
c.  Prinsip agama--sabar adalah senjata  bagi seseorang untuk tidak melakukan kejahatan yang akan mencelakakan dirinya.  Orang yang mengumpat adalah orang yang tidak sabar.  Oleh itu tahan diri dari mengumpat dengan watak sabar
d.  Surah al-'Asr ayat 2--manusia berada dalam kerugian.  Surah al-Humazah menerangkan 3 ciri orang yang dalam kerugian:  i. memandang diri hebat/sempurna, memandang rendah orang lain  ii. suka mengira dan mengumpul harta serta bakhil pula untuk bersedekah  iii. menyangka harta dapat menyelamatkannya,  panjang angan-angan--seolah-olah akan hidup selamanya

104.3  Keutamaan Surah
a.  Menjelaskan keadaan manusia yang berangan-angan panjang dalam hidup dan tidak yakin akan dibangkitkan semula;  maka mereka lalai  menunaikan perintah Allah
b.  Al-Mufassal--surah yang ringkas tetapi sarat dengan makna

104.4  Matlamat Surah
a.  Kenali punca akhlak buruk anda!
b.  Pengumpat, pencela dan orang yang kikir akan dilempar ke dalam api yang menyala-nyala

104.5  Nama Surah
a.  Humazah berasal dari perkataan hamaza yang bermaksud 'menekan'
b.  Orang yang mengumpat menekan hati/perasaan orang yang diumpat, menekan jiwa mereka sehingga rasa sakit
c.  Orang yang mengumpat adalah orang yang suka kumpul harta benda yang banyak sehingga lalai dari mengerjakan amal soleh.  Maka hukumannya adalah neraka Hutamah--api yang membakar mereka sampai ke hati--hati yang suka menyakiti hati orang lain
d.  Oleh itu hendaklah kita berhati-hati dengan percakapan kita--jangan sampai menyakitkan hati orang lain

104.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-3: Ancaman bagi pengumpat, pencela.  Keadaan orang yang merugi kerana terlalu cintakan harta dunia--mengikut hasutan syaitan dan nafsu.  Tanpa dunia syaitan dan nafsu tidak mempunyai peranan
b.  Ayat 4-9:  Hukuman bagi pengumpat dan pencela pada hari kiamat



105  Al-FIL

105.1  Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah, terdiri dari 5 ayat, kategori surah al-Mufassal
b.  Turun selepas surah al-Kafiruun dan disusun selepas surah al-Humazah

105.2  Hubungkait Surah
a.  Al-Humazah menerangkan 3 ciri orang yang rugi: i. mengumpat/mencela  ii. mengumpul harta  iii. panjang angan-angan
b.  Al-Fil menerangkan kisah individu/kumpulan --pasukan Abrahah yang paling suka kumpul harta
c.  Hujung al-Humazah--mereka diikat pada tiang-tiang yang panjang.  Awal al-Fil--tindakan Allah terhadap Abrahah dan tentera bergajah--dilempar dengan batu yang panas.  Abrahah telah dilempar dengan batu panas sehingga tembus ke hatinya--sempat pulang ke Yaman sebelum mati
d.  Al-Humazah menerangkan hukuman di akhirat.  Al-Fil menerangkan hukum di dunia--agar manusia percaya dengan hukuman Allah

105.3  Keutamaan Surah
a.  Khalifah Umar membaca surah ini ketika solat Maghrib.  Rakaat pertama beliau membaca surah at-Tin dan rakaat kedua beliau membaca surah al-Fil dan diikuti surah al-Quraish (Musannaf dari Ibnu Syaibah, 3593)

105.4  Matlamat dan tema Surah
a.  Kenali punca kebinasaan manusia
b.  Contoh bahawa Allah menyelamatkan Kaabah dengan menghancurkan 60000 tentera penunggang gajah melalui kawanan burung (sekumpulan)

105.5  Penamaan Surah
a.  Al-Fil--Gajah--haiwan besar yang dijadikan tungganggan oleh tentera Abrahah untuk menyerang Kaabah
b.  Mereka ingin menghancurkan Kaabah supaya orang datang beribadat ke Yaman--dengan itu dapat mengumpulkan harta--wang dan emas yang dibawa oleh orang ke tempat beribadat
c.  Rancangan Abrahah telah digagalkan oleh Allah dengan rombongan burung

105.6  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-2:  Rancangan jahat musuh Allah--Abrahah adalah perancangnya
b.  Ayat 3-5:  Allah membalas rancangan kejahatan

105.7  Pengajaran Surah
a.  Punca manusia dibinasakan adalah i. terlalu cinta kepada harta dunia--gila harta   ii.  ingin berkuasa--gila kuasa


106  QURAISY

106.1  Penurunan Surah
a.  Kategori surah Makkiyyah--4 ayat, surah al-Mufassal
b.  Diturunkan selepas surah at-Tin dan disusun selepas surah al-Fil

106.2  Hubungkait Surah
a.  Hujung al-Fil--kebinasaan tentera Abrahah.  Awal Quraisy--ketenangan kaum Quraisy
b.  Tentera Abrahah datang dari Yaman bertujuan untuk menghancurkan Kaabah
c.  Orang Quraisy datang ke Yaman untuk berniaga pada musim sejuk.  Pada musim panas mereka berniaga di Syam.  Mereka adalah kaum yang dilindungi Allah-dimuliakan oleh Allah

106.3  Keutamaan Surah
a.  Sama seperti surah al-Fil--di baca oleh Saidina Umar semasa rakaat ke 2 solat Maghrib

106.4  Matlamat Surah
a.  Kaitkan ibadah anda dengan nikmat
b.  Allah memberikan contoh kisah kaum Quraisy--mereka diberikan nikmat keamanan semasa berniaga dan diberikan nikmat makanan supaya tidak lapar
c.  Maka hendaklah kita membalas nikmat Allah dengan kesyukuran

106.5  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-2:  Siapakan orang Quraisy?
b.  Ayat 3-4:  Siapakah pemilik Kaabah?  Siapakah Allah?  Sembahlah Allah sebab Allah yang memberikan kita segala kenikmatan--contoh makanan dan keamanan

106.6  Pengajaran Surah
a.  Hendaklah kita sentiasa memiliki kesedaran kenapa kita mesti sembah Allah--bukti kita bersyukur kepada nikmat Allah
b.  Segala amalan yang kita lakukan tidak mampu untuk membalas nikmat Allah.  Contohnya amalan seorang 'abid yang sentiasa beramal ibadah dalam hidupnya hanya boleh disamakan dengan nikmat sebelah mata sahaja
c.  Oleh itu hendaklah kita sentiasa beristigfar untuk menutup kekurangan kita dalam bersyukur.



107  Al-MA'UN

107.1  Penurunan Surah
a.  Ada perbezaan pendapat sama ada surah ini surah Makkiyah atau Madaniyyah.  Pendapat yang mengatakan surah ini turun di Madinah kerana surah ini menyebut tentang ancaman kehancuran bagi mereka yang mengerjakan solat, tetapi lengah dari solat mereka kerana riya'.  Kemunafikan semacam ini hanya terjadi di Madinah
b.  Surah ini terdiri dari 7 ayat dan penamaan surah berasal dari ayat ke 7

107.2  Hubungkait Surah
a.  Hujung surah Quraisy:  Allah yang memberi makan untuk menghilangkan lapar dan memberikan keamanan dari rasa ketakutan
b.  Awal surah al-Ma'un:  Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Maka itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak mendorong memberi makan orang miskin
c.  Hujung ayat surah Quraisy menjelaskan tentang nikmat keamanan yang Allah anugerahkan kepada kaum Quraisy.  Permulaan surah al-Ma'un menjelaskan azab kebinasaan yang Allah persiapkan kepada para pendusta agama dengan semua perbuatannya.


107.3  Keutamaan Surah
a.  Surah ini menjelaskan secara singkat dan jelas bahawa bagi orang yang berakal sihat, sangatlah tidak patut meninggalkan kesenangan abadi untuk hal yang bersifat hanya sementara

107.4  Tema Surah
a.  Tidak percaya akan akhirat adalah penyebab utama kerosakan moral
b.  Kesedaran akan adanya Allah. kesejahteraan sosial, dan peduli dengan keperluan hidup orang lain adalah tujuan utama solat
c.  Jangan pernah mendustakan agama di sebalik solat yang dikerjakan bukan kerana Allah, yang kesannya membawa anda kepada suasana fikir dan rasa tidak aman di dunia dan di akhirat

107.5  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-3:  Mengenal ciri pendusta agama--Berlaku kasar kepada anak yatim dan tidak mendorong memberi makan orang miskin
b.  Ayat  4-6:  Punca pendustaan agama: Mengabaikan solat--bersikap sombong
c.  Ayat  7:  Kemuncak akhlak pendusta agama--Enggan memberi bantuan kepada orang lain




108  AL-KAUTHAR

108.1  Penurunan Surah
a.  Diturunkan di Mekah semasa tahap awal dakwah--keadaan yang sangat sulit
b.  Surah ini terdiri dari 3 ayat dan penamaan surah diambil dari ayat 1

108.2  Hubungkait Surah
a.  Hujung surah al-Ma'un:  Dan enggan memberikan bantuan
b.  Awal surah al-Kauthar:  Sungguh, Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak
c.  Ayat terakhir surah al-Ma'un menjelaskan tentang orang yang menolak memberi kebaikan.  Sebaliknya pada permulaan surah al-Kauthar menjelaskan tentang orang yang menerima kebaikan yang melimpah.  Hubungan antara dua surah ialah sifat menolak memberi kebaikan kepada sesama menjadikan pelakunya terputus dari memperolehi kebaikan dari Allah.  Sebaliknya, sesiapa yang menerima kebaikan daripada Allah sesungguhnya itu kembali kepada sifatnya yang suka memberi kebaikan kepada sesama.

108.3  Keutamaan Surah
a.  Dari Anas, dia berkata, " Suatu hari, saat Rasulullah saw berada di antara kami, beliau tertidur.  Saat terbangun, beliau tersenyum.  Kami bertanya apakah yang menyebabkan beliau tersenyum.  Beliau menjawab --sebuah surah baru turun (surah al-Kauthar)...." Hadith Riwayat Muslim: 400
b.  Al- Kauthar  adalah nama sebuah telaga pada hari kiamat di mana umat Rasulullah saw akan datang minum di situ

108. 4  Tema Surah
a.  Allah telah mengabadikan nama Rasulullah saw
b.  Agar anda tidak terputus dengan kebaikan yang melimpah, maka sibukkanlah diri anda dengan beribadah.  Jagalah hubungan anda dengan Allah melalui solat.  Jagalah hubungan anda dengan sesama manusia melalui sedekah.  Dengan demikian, anda berhak mendapatkan al-Kauthar.

108.5  Sistematika Surah
a.  Ayat 1:  Nikmat Allah kepada Rasululllah saw
b.  Ayat 2:  Petunjuk buat Rasulullah saw dalam menyikapi nikmat-- melaksanakan solat dan berkorban
c.  Ayat 3:  Pemutusan nikmat kepada musuh Rasulullah saw dan Allah membela Rasullullah saw



109  AL-KAFIRUN

109.1 Penurunan Surah
a.  Surah Makkiyyah
b. Terdiri dari 6 ayat dan disusun selepas surah al-Kauthar

109.2  Hubungkait Surah
a.  Hujung surah al-Kauthar:  Sungguh orang yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat Allah)
b.  Awal surah al-Kafirun:  Katakanlah (Muhammad), "Wahai orang-orang kafir!"
c.  Penghujung surah al-Kauthar menjelaskan tentang al-Abtar, iaitu kelompok yang terputus daripada segala kebaikan.  Permulaan surah al-Kafirun hadir menjelaskan bahawa golongan al-Abtar ialah golongan kafir yang menawarkan model perkomgsian dalam penyembahan.  Orang-orang kafir menawarkan agama mereka kepada Rasulullah saw untuk diikuti selama setahun dan agama Rasulullah saw diikuti oleh mereka selama setahun dan begitu seterusnya.

109.3  Keutamaan Surah
a.  Dari Farwah bin Naufal meriwayatkan dari ayahnya bahawa Rasulullah saw berkata kepada Naufal, "Ucapkan surah a-Kafirun dan tidurlah kerana itu adalah pernyataan kecaman dari kemusyrikan."  Hadith Riwayat Abu Dawud 5055
b.  Oleh itu amalkan membaca surah al-Kafirun sebelum tidur malam

109.4  Tema Surah
a.  Perintah Allah untuk tidak berkompromi dalam agama
b.  Agama-agama yang hidup berdampingan
c.  Tegaskan sikap anda dalam menolak model-model penyembahan yang ditawarkan oleh orang-orang kafir.  Bebaskan diri anda dari belenggu-belenggu keduniaan yang secara halus mengajak anda kepada kekufuran dan kesyirikan!

109.5  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-5:  Ketegasan sikap Rasulullah saw
b.  Ayat 6:  Kelembutan sikap Rasulullah saw



110  AN-NASR

110.1  Penurunan Surah
a.  Abdullah bin Abbas menyatakan bahawa surah ini adalah surah terakhir dari al-Quran yang diturunkan, tidak ada surah lengkap diturunkan kepada Rasulullah saw selepas ini.
b.  Surah ini diturunkan pada kesempatan Haji Wada di Mina
c.  Terdiri dari 3 ayat, surah Madaniyyah

110.2  Hubungkait Surah
a.  Hujung surah al-Kafirun:  Untukmu agamamu, dan untukku agamaku
b.  Awal surah an-Nasr:  Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan
c.  Akhir ayat surah al-Kafirun menjelaskan bahawa Islam adalah agama yang dipertahankan oleh Rasulullah saw yang masa depan agama ini diserahkan kepada Tuhannya.  Permulaan surah an-Nasr memberi jawapan tentang masa depan agama Islam yang dipertahankan oleh Rasulullah saw.  Islam telah dimenangkan oleh Allah dan dibuktikan dengan terjadinya penaklukan kota Makkah yang selepas itu manusia berbondong-bondong masuk ke dalamnya.

110.3  Keutamaan Surah
a.  Surah an-Nasr setara dengan seperempat al-Quran    (Hadith Riwayat Tirmizi 2895)

110.4  Tema Surah
a.  Meluapkan kemenangan janganlah berlebihan, tetapi muliakanlah Allah kerana kemenangan datang dengan bantuan Allah
b  Tanda bahawa tugas Rasulullah saw telah terpenuhi
c.  Wahai para pembaca, Islam telah sempurna.  Kesempurnaan Islam adalah nikmat yang tidak ternilai harganya.  Responlah nikmat Islam dengan bertasbih, beristigfar dan bertaubat, kepada Allah agar anda mendapat kesudahan yang baik!

110.5  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-2:  Kemenangan Islam--Penaklukan Mekah dan masuknya Islam penduduk Mekah dengan berbondong-bondong
b.  Ayat 3:  Respon terhadap kemenangan Islam-- bertasbih dan mencari pengampunanNya
c.  Keberkahan Allah harus dibalas dengan kepatuhan kepadaNya



111  AL-MASAD/AL-LAHAB

111.1  Penurunan Surah
a.  Diturunkan di Mekah--ketika Abu Lahab telah melanggar semua batasan dalam permusuhannya kepada Rasulullah saw
b.  Sikapnya menjadi penghalang serius dalam kemajuan Islam
c.  Terdiri dari 5 ayat dan penamaan surat dari ayat ke 5

111.2  Hubungkait Surah
a.  Hujung surah an-Nasr:  Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya.  Sungguh Dia maha penerima taubat
b.  Awal surah al-Masad:  Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia!
c.  Akhir surah al-Nasr Allah menjelaskan tentang sifatNya yang Maha Menerima taubat.  Permulaan surah al-Lahab menjelaskan bahawa kehancuran dan kebinasaan manusia yang sepatutnya dapat dihindari dengan bertaubat kepada Allah.


111.3  Keutamaan Surah
a.  Dari Ibnu Abbas, dia berkata,  "Hal pertama yang Allah ciptakan adalah pena.  Dia memerintahkan untuk menulis segala sesuatu yang akan datang untuk menjadi kenyataan.  Sehingga, semua (keputusanNya) dituliskan di antara apa yang akan menjadi kenyataan.  'Binasalah kedua tangan Abu Lahab, dan benar-benar binasa!'"  (Al-Ibnatul Kubra dari Ibnu Battah, 219)
b.  Apa yang termaktub dalam surah ini benar-benar terjadi kepada Abu Lahab dan isterinya

111.4  Tema Surah
a.  Allah telah mengutuk Abu Lahab dan isterinya yang memusuhi Rasulullah saw
b.  Berwaspadalah segala bentuk kekufuran, jangan sampai anda jatuh dalam lingkaran kekufuran yang menyebabkan kerugian anda di dunia dan akhirat.

111.5  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-3:  Hukuman kepada Abu Lahab
b.  Ayat 4-5:  Hukuman kepada isterinya


112  Al-IKHLAS

112.1  Penurunan Surah
a.  Diturunkan semasa awal dakwah di Mekah
b.  Menerangkan hakikat dan sifat-sifat Allah--orang-orang yang mendengar dakwah Rasulullah saw ingin tahu seperti apakan Tuhan Muhammad, seperti apa ibadah dan ajakan yang Muhammad serukan kepada mereka
c. Terdiri dari 4 ayat--Surah Makkiyyah

112.2  Hubungkait Surah
a.  Hujung al-Masad:  Di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal
b.  Awal surah al-Ikhlas:  Katakanlah (Muhammad),  Dialah Allah Yang Maha Esa
c.  Hujung surah al-Lahab menyebut hukuman Allah kepada Ummu Jamil disebabkan kebencian dan permusuhannya terhadap Rasulullah saw.  Dalam surah al-Ikhlas menjelaskan jalan-jalan untuk menyelamatkan diri dari hukuman Allah dengan cara mentauhidkanNya.

112.3  Keutamaan Surah
a.  Dari Anas, dia mengatakan bahawa ada seorang pria berkata dia benar-benar cintakan surah al-Ikhlas. Nabi menjawab--Rasa cintamu pada surah al-Ikhlas akan membawamu ke syurga  (Hadith Riwayat Tirmizi 2901)
b.  Dari Abu Sa'id zl-Khudri--Rasulullah berkata--Demi Zat yang jiwaku berada ditanganNya, membaca surah al-Ikhlas itu sama dengan membaca sepertiga al-Quran    (Hadith Riwayat Hibban 791)

112.4  Tema Surah
a.  Sifat-sifat Allah
b.  Maka ikhlaskan Allah dalam ibadah anda.  Bersihkan ibadah anda kepada Allah daripada segala unsur-unsur selainNya niscaya anda akan menjadi orang mukmin yang sebenar!

112.5  Sistematika Surah
a.  Ayat 1:  Keesaan Allah
b. Ayat 2:  Cara mentauhidkan Allah--Kesempurnaan Allah
c.  Ayat 3:  Keabadian Allah--tidak melahirkan, juga tidak diperanakkan
d.  Ayat 4:  Tidak ada yang setara dengan Allah, Dia Yang Maha Tinggi



113  AL-FALAQ

113.1  Penurunan Surah
a.  Surah ini diturunkan bersama surah  an-Nas di Mekah ketika tentangan terhadap Rasulullah saw sangat kuat
b.  Terdiri dari 5 ayat dan penamaan surah berasal dari ayat pertama

113.2  Hubungkait Surah
a.  Ayat akhir al-Ikhlas:  Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia
b.  Ayat awal surah al-Falaq:  Katakanlah aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh (fajar)
c.  Hujung surah al-Ikhlas menegaskan bahawa tiada satu pun dan mana pun sekutu yang seumpama, serupa dan setanding dengan Allah.  Oleh itu, hanya kepadaNya sahaja tempat seluruh makhluk selainNya merujuk dan memohon perlindungan.  Awal surah al-Falaq menghuraikan tata cara memohon perlindungan daripada segala keburukan yang diciptakan Allah dengan menyebut rabbil falaq.  Seolah-olah surah al-Falaq menjadi aplikasi perlindungan seorang yang bertauhid.  Dalam menentukan kualiti tauhid seseorang, Allah mengujinya dengan keburukan yang menimpa.

113.3  Keutamaan Surah
a.  Dari Uqbah bin Amir-- Rasulullah saw:  Engkau tidak akan pernah membaca satu surah yang lebih mendalam di sisi Allah daripada surah al-Falaq  (Hadith Riwayat Nasa'i  1027)
b.  Dari Abu Sa'id dia berkata--Rasulullah saw biasa mencari perlindungan dari jin, iaitu perlindungan dari jin yang jahat, sampai surah al-Falaq dan an-Nas diturunkan.  Ketika keduanya diturunkan, beliau menggunakan dua surah itu dan meninggalkan yang lain  (Hadith Riwayat Tirmizi 2058)

113.4  Tema Surah
a.  Carilah perlindungan Allah dari segala kejahatan
b.  Carilah perlindungan Allah dari mereka yang meniup buhul dan dengki
c.  Mohonlah perlindungan kepada Allah daripada segala kejahatan para penyihir dan pendengki di malam hari, kerana hanya Allah sahaja yang mampu mengakhiri gelapnya malam dengan kehadiran subuh!

113.5  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-2:  Mencari perlindungan Allah dari segala bentuk kejahatan pada umumnya (semua makhluk dan alam semesta yang Dia ciptakan)
b.  Ayat 3:  Mencari perlindungan Allah dari kejahatan malam
c.  Ayat 4:  Mencari perlindungan Allah dari kejahatan dukun/tukang sihir
d.  Ayat 5:  Mencari perlindungan Allah dari kejahatan orang-orang yang dengki



114  AN-NAS

114.1  Penurunan Surah
a.  Surah ini diturunkan bersama dengan surah al-Falaq di Mekah ketika perlawanan terhadap Rasulullah saw sangat kuat
b.  Surah ini terdiri 6 ayat dan penamaan surah berasal dari ayat pertama

114.2  Hubungkait Surah
a.  Hujung surah al-Falaq:  dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki
b.  Awal surah an-Nas: Katakanlah -- Aku berlindung kepada Tuhannya manusia
c.  Hujung surah al_Falaq menyebut tentang kedengkian.  Permulaan surah an-Nas menyebut tentang tata cara untuk melepaskan diri daripada pengaruh kejahatan pendengki.  Caranya menyebut tiga nama Allah sebagai rabbi an-Nas, Malik an-Nas, dan Illahi an-Nas.

114.3  Keutamaan Surah
a.  Dari Aisyah ra dia berkata-- Setiap kali Rasulullah saw sakit, beliau akan membacakan surah al-Falaq dan surah an-Nas.  Kemudian beliau meniup nafasnya di atas seluruh tubuhnya.  Jika sakitnya parah, aku biasa melafazkan (kedua surah tersebut) dan menggosokkan tanganku di atas tubuhnya seraya berharap berkahnya  (Hadith Riwayat Bukhari

114.4  Tema Surah
a.  Carilah perlindungan Allah dari segala kejahatan
b.  Carilah perlindungan dari mereka yang meniup buhul dan dengki
c.  Lindungilah agama anda dengan selalu berlindung diri kepada Allah daripada segala bentuk kejahatan bisikan yang tersembunyi ini, agar anda selamat di dunia dan di akhirat.

114.5  Sistematika Surah
a.  Ayat 1-3:  Sifat Allah Yang Maha Esa, kepadaNya kita berlindung--Tuhan manusia, raja manusia, sembahan manusia--perlindungan diri dari kejahatan was-was
b.  Ayat 4-6:  Sifat makhluk yang kita mencari perlindungan darinya--pelaku kejahatan was-was
c.  Mencari perlindungan Allah dari kejahatan manusia dan jin

14 comments:

  1. Waspadailah keburukan media sosial dengan mengikuti kebenaran Al-Quran

    ReplyDelete
  2. Tilawah Al-Quran: Baca, faham. dan amal

    ReplyDelete
  3. Rendahkan diri kepada orang lain, Allah akan memuliakanmu

    ReplyDelete
  4. Bersandarlah hanya kepada Allah yang kuat kala diuji dan berjuanglah untuk mendapatkan solusi

    ReplyDelete
  5. Janji Allah itu benar kerana segala urusan ditanganNya, maka Esakan Allah!

    ReplyDelete
  6. Petiklah hikmah pada ayat-ayat Allah

    ReplyDelete
  7. Bersegeralah untuk bersujud kepada Allah swt...rendahkan diri sebagai hambaNya

    ReplyDelete
  8. Jujurlah dalam mentaati Allah secara ikhlas

    ReplyDelete
  9. Taat kepada Allah adalah kemuncak zikra

    ReplyDelete
  10. Luaskan cara pandang, fikir dan interaksi dengan alam semesta

    ReplyDelete
  11. Ingatlah! Kita semua akan pulang kepadaNya...

    ReplyDelete
  12. Bersabarlah dalam mengingatkan Al-Quran kepada manusia

    ReplyDelete
  13. Wujudkan tawhid yang murni hanya kepada Allah yang Maha Esa

    ReplyDelete