Thursday 28 May 2020

ISTIQAMAH

ISTIQAMAH

1.  Makna Istiqamah

Terdapat beberapa makna yang membawa maksud yang sama:

a. Makna bahasa: berdiri tegak tanpa condong ke kiri atau ke kanan
Makna istilah:  Melazimkan diri di atas jalan yang lurus/betul dengan mentaati perintah dan larangan Allah berdasarkan ilmu pengetahuan yang diperolehi dari Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw

b. Istiqamah bererti menjalani jalan yang lurus (Al-Sirat al-Mustaqim).  Jalan ini ialah agama yang lurus tanpa sebarang liku-likunya atau condong ke kiri dan ke kanan, dan meliputi segala perbuatan taat yang zahir dan yang batin, juga meninggalkan segala larangan.

c. Orang yang beriman yang tetap dalam keadaan yang betul dan benar, tidak berubah atau bergoncang oleh sesuatu hal atau suatu pengaruh yang mendatang.  Ia tetap memelihara iman dan keyakinannya, tetap beramal menurut perintah, tidak bermuka dua bercabang lidah dalam menghadapi suatu keadaan.

2. Ayat-ayat Quran berkaitan Istiqamah:

a. Fusilat 41: 30-32
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh  di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa kesemasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik  terhadap kamu) dan janganlah kami berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh -- pada hari akhirat--apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh --pada hari itu--apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.

"(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!"

Ayat dalam surah Fussilat 41: 30-32 menerangkan makna istiqamah dalam ketaqwaan.  Ayat-ayat ini di analisis kepada 3 bahagian:  i.  Sebab--Tuhan kami ialah Allah  ii. Akibat--Istiqamah--tetap teguh di atas jalan yang betul/benar  iii.  Natijah/Hasil--Kebaikan diturunkan--Malaikat turun membawa berita gembira:  mereka beroleh syurga; malaikat sebagai penolong mereka di dunia dan akhirat; dapat segala yang diingini; dan menyaksikan wajah Allah

b.  Al-Ahqaf 46: 13:
 Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

c. Hud  11 : 112
Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.


3.  Keutamaan Istiqamah

a.  Mendapat ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat--tiada kebimbangan dan kesedihan.  Hal ini dinyatakan dalam surah Fussilat 41: 30 dan surah Al-Ahqaf 46: 13.  Penyakit qalbu manusia adalah kebimbangan/ketakutan akan masa depan dan kesedihan akan peristiwa masa lalu.
Istiqamah di dunia adalah satu jalan pendakian yang penuh dengan ujian, kepayahan dan pelbagai rintangan; dan perjalanan ini sangat sukar dan meletihkan.  Untuk melalui perjalanan yang penuh ujian dan pelbagai rintangan ini perlu kepada hati yang tenang.  Allah buangkan rasa ketakutan dan kesedihan dari orang-orang yang beristiqamah di jalanNya--inilah kebahagiaan sebenar--hati yang tenang!

b.  Merujuk lagi kepada surah Fussilat 41: 30 berkaitan turunnya malaikat.  Malaikat akan turun kepada manusia semasa i. di dunia--semasa sakaratul maut-->mata orang yang sedang sakarat akan menyaksikan kehadiran malaikat sehingga keluar peluh di dahi  ii.  di akhirat--semasa bangkit dari kubur.  Bagi orang yang istiqamah, malaikat akan menyambutnya dengan kenderaan istimewa untuk dibawa ke pintu syurga. Mereka redha dengan syurga Allah, dan yang lebih tinggi lagi redhanya adalah menghadap Allah dengan berpasuk-pasukan (Maryam 19: 85)--(Ingatlah) hari Kami himpunkan orang-orang yang bertaqwa untuk menghadap (Allah) Ar Rahman, dengan berpasuk-pasukan .
Orang-orang yang bertaqwa mempunyai hubungkait dengan orang-orang yang istiqamah.  Perkataan-perkataan dalam Quran seperti muslimin, mukminin, muttaqin, mukhlisin -- semuanya ada hubungkait walaupun maknanya berbeza.

c.  Orang yang istiqamah akan mendapat rezeki yang melimpah ruah dari Allah seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Jinn 72: 16 --  Dan sekiranya mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), nescaya Kami akan mencurahkan kepada mereka air yang cukup.  Air di sini bermaksud rezeki yang banyak--melimpah ruah.

c. Hadis sahih dari Zaid bin Thabit:  Siapa yang mengejar dunia--dunia menjadi tujuan hidupnya-- Allah akan cerai beraikan urusan mereka, dan Allah akan jadikan kefakiran dihadapan matanya.  Siapa yang akhirat menjadi tujuan hidupnya--istiqamah di jalan Allah-- maka Allah akan merapikan segala urusannya.  Dunia akan mendatanginya dan Allah jadikan kekayaan dalam dirinya.

d.  Hadis sahih (hadis 40 yg ke 21) dari Safwan bin Abdullah:  Ya Rasulullah! Katakan kepadaku tentang Islam satu perkataan yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang lain daripada engkau.  Sabda Rasulullah: Katakanlah, aku beriman kepadaAllah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah--HR Muslim


4.  Bagaimana Merealisasikan Istiqamah

Tiga cara untuk merealisasikan istiqamah:

a.  Perkataan
Segala yang dikatakan hendaklah yang benar dan baik sahaja.
Contoh:  Kaab bin Malik yang berkata benar ketika memberikan sebab tidak turut berperang (Perang Tabuk)
Tidak benar ungkapan --"dia tu mulut je jahat, tapi hati baik"-- apa yang keluar dari  lisan adalah cerminan hati seseorang!

b.  Perbuatan
Segala ibadah dilakukan mengikut sunnah Rasulullah saw (Ittiba' Rasul).  Sunnah Rasulullah ialah jalan Rasulullah, jalan yang diikuti oleh para sahabatnya dan oleh umat Islam yang mencintai syariat Allah.  Jalan inilah yang diwajibkan diikuti oleh setiap orang yang beriman kepada Allah dan rasulNya.  Jalan ini jalan Allah yang diterangkan dalam Al-Quran.  Hadis sahih (Hadis 40 yang ke 28)--"...Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah al-Rasyidin al-Mahdiyyin (yang mengetahui kebenaran dan mengikutinya, yang mendapat pimpinan ke jalan yang betul) dan gigitlah kamu dengan geraham gigi kamu.... HR Abu Dawud dan Tirmizi

c.  Keadaan
Suasana jiwa yang dibaluti keikhlasan.
Ikhlas adalah syarat diterimanya amal soleh yang dilaksanakan sesuai dengan sunnah Rasulullah saw.  Ikhlas ertinya memurnikan tujuan bertaqarrub kepada Allah swt dari hal-hal yang mengotorinya--menjadikan Allah swt sebagai satu-satunya tujuan dalam segala bentuk ketaatan."

Fudhail berkata, "Meninggalkan suatu amal kerana orang lain adalah riya'.  Sedangkan beramal kerana orang lain adalah syirik.  Adapun ikhlas adalah ketika Allah swt menyelamatkanmu dari keduanya".
 

Syarat realisasi Istiqamah:  Kelurusan dalam: Iman-->Qalbu -->Lisan-->Anggota Badan


Rujukan:
1.  Nota Syawal--Memaknai ketaqwaan selepas Ramadhan --Dr Sholihah Kaswari
2.  Hadith 40: Terjemahan dan Syarahan oleh Mustafa 'Abdul Rahman
3.  Tazkiyatun Nafs: Konsep penyucian jiwa menurut Ulama Salafushalih oleh Ibnu Rajab Al-Hambali, Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah dan Imam Al-Ghazali

Saturday 18 August 2018

JAWAHIRUL QURAN

JAWAHIRUL QURAN
Rujukan: 1. Nota kuliah Ustazah Dr Sholihah Kaswari  2. Tafsir Al-Munir oleh Prof Dr Wahbah az-Zuhaili


Objektif Jawahirul Quran: 
1.  Menerangkan kemaslahatan ayat-ayat makrifat

2.  Menyuntik rasa kagum/cinta akan kuasa Allah, keindahan tindakan Allah dan seterusnya sangat berhajat kepadaNya
3.  Membimbing hakikat penyembahan yang berpaksi rasa cinta kepada Allah
4.  Bersiap sedia dalam menerima suruhan Allah dengan ikhlas--bukan terpaksa


1. SURAH AL-FATIHAH

Terjemahan Al-Fatihah:
1.  Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang 2.  Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam
3.  Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
4.  Pemilik hari pembalasan
5.  Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
6.  Tunjukilah kami jalan yang lurus
7.  (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


Tadabbur  Al-Fatihah (ringkasan)
a.  Al-Fatihah disebut as-Sab'ul Matsaani kerana ia terdiri atas tujuh ayat yang dibaca berulang kali di dalam solat

b.  Cara memuji Allah--Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam--Allah memerintahkan kita memujiNya, Dia mengajar kita cara memuji dan menyanjungNya.  Di antara etika berdoa adalah memulakan dengan memuji dan menyanjung Allah agar doa kita lebih cepat dikabulkan

c.  Bacaan al-Fatihah dalam solat--menurut Mazhab Syafi'i, al-Fatihah wajib dibaca dalam setiap rakaat bagi imam, makmum, dan orang yang solat sendirian, baik solat yang dibaca secara senyap/kuat, fardhu mahupun sunnah.  Pendapat ini berdasarkan beberapa hadis dan di antaranya ialah:  Tidak cukup/sah solat yang didalamnya tidak dibaca al-Fatihah--HR Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam kitab Shahih mereka

d.  Menghayati makna-makna al-Fatihah--Orang-orang yang solat hendaklah meresapi semua makna al-Fatihah:
 i.  Allah lebih agung dari segala yang agung
ii. sanjungan hanya layak diberikan kepada Allah sebab Dialah pencipta alam semesta dan pengatur segala urusan makhluk di alam ini--tawhid rububiyyah.  Puji Allah dengan Alhamdulillah; syukur kepada Allah dengan melakukan amal soleh seperti keluarga Nabi Daud (Saba':13)
iii. rahmat Allah bergandingan dengan keagungan, kekuasaan, dan pengaturanNya di hari perhitungan-- sifat Allah--Ar-Rahman (Zat yang berkehendak untuk memberi lalu kehendak itu diwujudkan) dan Ar-Rahim (Zat yang memiliki pengetahuan terhadap hambaNya lalu menghukum/mengazab bertujuan supaya hamba yang berdosa kembali kepadaNya).  Hari perhitungan adalah tempat kembali yang mengerikan bagi mereka yang tidak mempersiapkan dirinya.  Mohonlah kepada Allah supaya kita boleh memiliki hati yang sentiasa ingat kepadaNya.  Lakukanlah ibadah yang berdasarkan ilmu pengetahuan
iv. hanya Allah yang pantas disembah dan tempat memohon pertolongan--tawhid ululhiyyah.  Diperincikan dalam surah An-Nas. Bawalah masalah dalam solat kita dengan memohon bantuan kepadaNya.  Allah sentiasa menolong/memberi kepada hambaNya walaupun kadangkala pemberianNya tidak seperti apa yang dipohon oleh hambaNya.  Allah Maha mengetahui tentang keperluan hambaNya.
v. Allah yang memberikan taufik dan hidayah kepada hambaNya.  Ada tiga golongan manusia:  orang yang diberi nikmat oleh Allah--para nabi, shidiqiin, syuhada', solihin;  orang yang dimurkai Allah; dan orang yang sesat
vi.  Intipati/katakunci dalam Al-Fatihah:  Rahmat, Hidayah, Nikmat





2. AL-BAQARAH :  AYAT 21 -22

Terjemahan Ayat 2: 21
Wahai sekelian manusia!  Beribadahlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa

Tadabbur Ayat 2: 21
a.  Katakunci:  Ibadah, Makrifah--Mencipta(Khaliq--Yang Maha Pencipta), Taqwa 
b  Ibadah-->Makrifat-->Tafakkur (lihat alam semesta)-->Taat-->Ibtisal(sentiasa berhubung dengan Allah
c.  Makrifah-->Al-Khaliq-->Allah Maha Mengetahui tentang diri kita sebab Dia yang mencipta kita
d.  Taqwa-->takut jika tidak mengikut Quran dan Sunnah-->caranya: dalami makna AsmaulHusna  Al-Jalal wa Al-Ikram (Maha memiliki Kebesaran dan Kemuliaan)
e.  2 tahap taat kepada Allah: i. Taat kerana takut (Al-Jalal--keluasan, kegagahan) ii. Taat kerana cinta (Al-Ikram--kemurahan, kebaikan)-->marhalah paling tinggi dalam ibadah
f.  Allah menguji untuk meningkatkan iman orang mukmin;  Allah menghukum orang yang berdosa supaya dia sedar dan kembali kepadaNya

Terjemahan Ayat 2:22
Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui

Tadabbur Ayat 2:22
a.  Bumi-- Firaasan--Allah telah menjadikan bumi yang selesa , terhampar dan sesuai untuk menjadi tempat tinggal makhlukNya dengan tenang dan selesa.  Cuacanya yang sejuk/panas dan tarikan graviti, gunung-gunung sebagai pasak bumi, sungai-sungai yang mengalir --semuanya disesuaikan untuk makhlukNya. 

b.  Langit--Binaan--Langit umpama atap yang tidak bertiang, planet dan bintang bergerak dengan laju supaya tidak berjatuhan, Allah al-Kahhar--tundukkan langit dan bumi supaya tidak jatuh

c.  Air--Al-Ma'--Proses hujan--air laut (masin) menjadi wap dan gumpalan awan, kemudian turun ke bumi sebagai air hujan yang bersih, tawar, dan tiada bau--untuk keperluan kehidupan makhlukNya

d.  Buah-buahan--Ath-thamaraat--pelbagai jenis buah-buahan lazat yang berasal dari pelbagai jenis bunga-bungaan yang cantik -- semuanya Allah sediakan untuk makhluknya. Betapa Takrimnya Allah

e.  Solusi:  di akhir ayat 2:22:  ...janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu/tandingan (andaadabagi Allah...

f.  Kesimpulan 1:  Sembah Allah sahaja--al-Furqan: 43--Keburukan orang yang jadikan hawa nafsu sebagai tuhan yang dipuja dan ditaati

g.  Kesimpulan 2:  Kesan/implikasi makrifat--menahan nafsu:  i.  Orang yang takut Allah adalah orang yang berilmu (Fathir: 28)   ii. Orang yang takut semasa dihitung amal ialah orang yang menahan diri dari menurut hawa nafsunya (an-Nazi'at: 40)

h.  Orang yang takutkan Allah (khasiah) adalah orang yang berilmu dan mampu untuk menahan hawa nafsunya--merekalah penghuni Syurga....Makrifat--Taat--Ibtisal



3. AL-BAQARAH:  AYAT 29,  32

Terjemahan  Ayat 2:29
Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit dengan sempurna, dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

Tadabbur Ayat 2:29
a.  Al-Khaliq--Zat yang memiliki pengetahuan yang sempurna lalu bertindak menciptakan (yang tidak berubah) sesuatu yang tiada menjadi ada dengan proses penentuan kadarnya mengikut pengaturan yang ditentukanNya
b.  Allah telah menundukkan alam semesta ini untuk manusia maka manusia adalah ibarat raja di dunia
c.  Al-'Alim--Zat yang memiliki pengetahuan yang sempurna, lalu kesempurnaan pengetahuan itu wujud dalam ciptaanNya dan pewujudan ciptaanNya yang tetap dan tidak berdasarkan sebarang objek (yang mendahului)
d.  Maka apakah respon orang mukmin setelah memahami makna Al-Khaliq dan Al-'Alim?  Rujuk kepada Al-An'am: 162 yang bermaksud--'...sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam'.  Allah telah menundukkan seluruh alam semesta untuk kita--oleh itu kita kena bersyukur kepada Allah.  Kita adalah pejuang/khalifah Allah sampai kita mati.  Walaupun kita tidak berjuang dalam peperangan, kita tetap berjuang melawan hawa nafsu sendiri
e.  Ayat makrifat ada hukum fiqh di dalamnya.  Asal semua perkara adalah mubah/harus, tetapi apabila ada nas sahih yang menunjukkan sesuatu perkara itu haram, maka haramlah perkara itu


Terjemahan Ayat 2: 32
Mereka menjawab, "Maha Suci Engkau!  Tiada yang kami ketahui melainkan apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami.  Sungguh, Engkaulah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Tadabbur Ayat 2: 32
a. Ayat ada hubungkait dengan ayat 2:30--Ketika Allah hendak menjadikan khalifah di muka bumi--malaikat membantah--bimbang manusia akan melakukan kerosakan--sedangkan malaikat sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Allah.  Maka ayat 2: 32 adalah jawapan malaikat kepada Allah apabila disuruh menyebut nama-nama benda yang Allah telah ajarkan kepada Nabi Adam (ayat 2: 31)
b.  Malaikat ada akal tetapi tiada nafsu, manusia ada akal dan nafsu.  Manusia boleh memilih dalam kehidupan mereka.  Apabila manusia dapat menundukkan nafsu--tarafnya lebih tinggi dari malaikat.  Apabila manusia gagal menundukkan nafsunya--tarafnya lebih rendah dari haiwan
c.  Al-'Alim--Allah Maha Mengetahui.  Ada 2 jenis ilmu Allah:  i. ilmu yang ghaib--tidak boleh dijangkau oleh manusia  ii. ilmu yang dinyatakkan --boleh dijangkau oleh manusia melalui kajian sains
d.  Al-Hakim--Allah Maha Bijaksana dalam menentukan maslahat untuk manusia dengan ilmuNya yang lembut dan halus dan bertindak mengikut kadar, waktu, dan tempat yang telah ditetapkan
e.  Manusia telah bersetuju untuk menjadi khalifah Allah--satu amanah yang paling berat yang tidak sanggup dipikul oleh makhluk Allah yang lain.  Maka manusia mesti menjalankan tugas sebagai khalifah Allah dengan mengenali makrifat Allah--Makrifat-->Taat/ibadah-->Ibtisal/tunduk
f.  Kebanyakan manusia mempunyai keinginan kepada 3 jenis syahwat:  harta, takhta (kedudukan), dan wanita.  Jika syahwat dikendalikan oleh akal dan fitrah--manusia akan mendapat pahala.  Sebaliknya jika syahwat dikendalikan oleh nafsu dan bisikan syaitan--manusia akan mendapat dosa. 



4. AL-BAQARAH  AYAT 106-108

Terjemahan ayat 2: 106
Ayat yang Kami batalkan atau Kami hilangkan daripada ingatan, pasti Kami ganti dengan yang lebih baik atau yang sebanding dengannya.  Tidakkah kamu tahu bahawa Allah Maha Berkuasa atas  segala sesuatu?

Tadabbur ayat 2:106
a. Dua katakunci penting dalam ayat ini ialah nasakh (batalkan)  dan Qadir (Maha Kuasa)
b.  Nasakh adalah pengalihan ibadah dari sesuatu ke sesuatu yang lain (yang sebelumnya halal kini diharamkan, atau yang sebelumnya haram kini dihalalkan).  Jumhur ulama berpendapat bahawa nasakh hanya terjadi dalam perintah dan larangan.  Berita-berita tidak mengalami nasakh kerana mustahil Allah SWT berdusta
c.  Contoh nasakh ialah pertukaran arah kiblat dari:  Baitul Haram--> Baitul Maqdis-->Baitul Haram
d.  Qadir--Allah berkuasa atas segala sesuatu--Allah mengkadarkan sesuatu mengikut ilmuNya yang sempurna, bukan melalui eksperimen (seperti yang manusia lakukan).  Contoh:  Allah menukarkan arah kiblat mengikut kadar yang telah ditentukanNya

Terjemahan ayat 2: 107
Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi?  Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah.

Tadabbur ayat 2: 107
a.  Dua katakunci:  Al-Malik (Yang memiliki langit dan bumi),  dan pelindung dan penolong
b.  Allah yang memiliki langit dan bumi--jadi Dia jugalah yang mentadbir sekelian alam. Dia berbuat sesuai kehendakNya, mengatur segala hal sesuai dengan maslahat yang dilihatNya.  Kerana itu, Dia berhak menghapus hukum-hukum yang dikehendakiNya.  Manusia adalah sebahagian dari bumi, maka hendaklah manusia taat kepada Pemilik dan Pentadbir bumi
c.  Orang Yahudi tidak mendengar dan tidak taat kepada perintah Allah.  Contohnya: Mereka tidak terima perintah Allah untuk tukar arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Baitul Haram.  Mereka tidak makrifat kepada Allah--seperti iblis yang tidak mahu sujud kepada Nabi Adam--> iblis melihat apa yang diperintah, bukan siapa yang perintah.  Sesungguhnya Allah menguji ketaatan makhlukNya!
d.  Manusia tidak punya pelindung selain Allah yang mentadbir urusannya, dan tidak ada penolong selain Allah.  Maka mohonlah perlindungan/pertolongan kepada Allah apabila menghadapi permasalahan/kesusahan dalam kehidupan

Terjemahan ayat 2: 108
Atau kamu hendak meminta kepada Rasulmu (Muhammad) seperti halnya Musa (pernah) diminta (Bani Israel) dahulu?  Barangsiapa mengganti keimanan dengan kekafiran, maka sesungguhnya, dia telah sesat daripada jalan yang lurus.

Tadabbur ayat 2: 108
a.  Katakunci dalam ayat ini:  mengganti keimanan dengan kekafiran-->sesat
b.  Allah mengancam orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat yang diturunkan sesuai dengan tuntutan maslahat dan meminta ayat-ayat selain itu sebagai bentuk pembangkangan kepada Rasulullah saw--sebagaimana kaum Yahudi meminta Nabi Musa memperlihatkan Allah kepada mereka dengan terang--maka bererti ia memilih kafir dari beriman, ia sesat dari kebenaran dan meninggalkan jalan yang lurus
c.  Pertanyaan yang bernada teguran dari Allah dalam ayat ini meliputi orang-orang mukmin dan orang-orang kafir sebab Rasulullah saw adalah rasul yang diutus Allah kepada semua manusia

Rumusan ayat 2: 106-108

a.  Dengan adanya makrifat kepada Allah, kita tidak akan pernah menentang perintahNya--dengar dan taat-->ke jalan yang lurus
b.  Jika kita tidak mengikut perintah Allah, kita akan sesat dari jalan yang lurus



5.  Al-BAQARAH:  AYAT 115-117

Terjemahan ayat 2: 115
Dan milik Allah timur dan barat.  Ke mana pun kamu menghadap, di sanalah wajah Allah.  Sungguh Allah Maha Luas, Maha mengetahui.

Tadabbur ayat 2:115
a.  Makrifat Allah  dalam ayat ini:  Al-Malik, Al-Wasi', dan Al-'Alim
b.  Al-Malik--Zat yang memiliki alam semesta dan berhak memberi/menarikbalik kepemilikan dari hambaNya
c.  Al-Wasi'--Zat yang Maha Luas tanpa batasan di dalam setiap nama-nama dan sifat-sifatNya bertindak memberi keluasan kepada hamba-hambaNya yang layak (cth: orang yg dalam peperangan, bermusafir, dan sakit--diberi keluasan dalam cara pelaksanaan solatnya) untuk mendapat keluasanNya.
d.  Al-'Alim--Zat yang memiliki ilmu pengetahuan yang sempurna lalu dengan ilmu pengetahuan tersebut bertindak menciptakan alam semesta yang sebelumnya tiada
e.  Dua arah yang ditekankan--timur dan barat.  Timur arah matahari terbit dan barat arah matahari tenggelam.  Di mana pun orang mukmin berada, baik di timur mahupun di barat, ada kiblat Allah yang kita diperintahkan untuk menghadap ke arahnya, iaitu Ka'bah
f.  Hikmah dari menghadap ke kiblat, padahal yang dituju adalah Allah yang tidak dibatasi tempat tertentu adalah menyatukan arah orang-orang yang beribadah dan mempersatukan perasaan mereka dalam bingkai tujuan yang sama
g.  Allah menetapkan sebuah tempat khusus (Ka'bah) supaya manusia menghadap ke arahnya dalam ibadah mereka kepadaNya, dan Dia menjadikan menghadap ke tempat tersebut sama dengan menghadap ke wajahNya.  MaknaNya wajah Allah dalam ayat ini bermaksud tempat hati menghadap.  Orang mukmin hanya akan dapat melihat wajah Allah semasa di syurga kelak inshaaAllah.


Terjemahan ayat 2: 116
Dan mereka berkata, "Allah mempunyai anak."  Maha Suci Allah, bahkan milikNya lah apa yang di langit dan di bumi.  Semua tunduk kepadaNya.

Tadabbur ayat 2: 116
a. Orang Yahudi berkata "Uzair anak Allah",  orang Nasrani berkata "Al-Masih adalah anak Allah",  dan kaum musyrikin berkata "Para malaikat adalah anak perempuan Allah".  Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan!  Allah itu Al-Ahad/Maha Esa (Al-Ikhlas: 1-4).  Mentasbihkan Allah menekankan bahawa Allah tidak ada anak
b.  Allah Pemilik alam semesta (dalam Al-Quran disebut langit dan bumi) termasuk manusia semuanya,  jadi tidak ada keperluan untuk Allah mengambil makhlukNya sebagai anak angkat dan sebagainya.  Seandainya Allah ada anak, manusia tidak akan mendapat kasih sayang Allah sepenuhnya dan anakNya akan mewarisi alam semesta. Ini adalah perkara yang mustahil bagi Allah!
c.  Qanituun--ketundukan langit dan bumi--kiasan dalam Al-Quran yang mewakili sekelian alam.  Semua makhluk tunduk dan patuh kepada Allah.  Ketundukkan benda-benda mati adalah dengan terlihatnya keluarbiasaan penciptaanNya pada diri mereka.


Terjemahan ayat 2: 117
(Allah) Pencipta langit dan bumi.  Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!"  Maka jadilah sesuatu itu.

Tadabbur ayat 2: 117
a.  Allah itu Al-Badi' (Maha Mencipta)--Dia yang menciptakan langit dan bumi tanpa ada contoh sebelumnya.  Apabila dia menghendaki sesuatu, Dia mampu menciptakan secara cepat seperti kilat.  Setiap apa yang berlaku/ditentukan oleh Allah adalah yang terbaik untuk kita
b.  Ibnu Athiyah berkata,  Qadaa  maknanya Qaddara (menakdirkan).  Terkadang ia bermakna amdhaa (meneruskan, melangsungkan)  Rujuk Tafsir al-Qurthubi (2/86-87)
c.  Sehubungan dengan firmanNya  Waiza qadaa amraa....yang bermaksud apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu...., para ulama menyebutkan bahawa kata amr dalam AL-Quran mempunyai empat belas erti (seperti senarai dalam Tafsir Al-Munir jil 1, m/s 231).

Rumusan
Ayat 2: 115-117 mempunyai lima makrifat Allah:  Al-Malik, Al-Wasi', Al-'Alim, Al-Ahad, dan Al-Badi'



6.  AL BAQARAH :  AYAT 137-138

Terjemahan ayat 2: 137
Maka jika mereka telah beriman sebagaimana kamu beriman, sesungguhnya, mereka telah mendapat petunjuk.  Tetapi jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan (denganmu) maka Allah mencukupkan engkau (Muhammad) terhadap mereka (dengan pertolonganNya).  Dan Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

Tadabbur ayat 2:137
a.  Untuk memahami ayat ini kita perlu juga merujuk ayat 2: 135-136.  Fahami maksud Al-Hadi (Yang Maha memberi petunjuk).  Al-Hadi adalah Zat yang menciptakan petunjuk.  Allah membimbing hamba-hambaNya ke jalan yang lurus, kepada kebaikan dan amal yang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah
b.  Fitrah adalah sifat semulajadi manusia yang suka kepada kebaikan.  Orang mukmin sentiasa mengikut fitrah  yang berpandukan wahyu dan berdoa agar Allah menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (hidayah/petunjuk) sedangkan orang yang sesat menutup fitrah dan tidak mengikut wahyu
c.  As-Sami'--Zat yang memiliki pendengaran yang tidak terbatas (penglihatan, pengetahuan, kedekatan) dan objek yang didengar (suara, gelombang, getaran, bunyi)  dan respon pendengaran ialah pemakbulan
d.  Al-'Alim--Zat yang memiliki pengetahuan yang sempurna lalu dengan kesempurnaan pengetahuan itu mewujudkan ciptaan tetap/tidak berubah dan tiada objek yang mendahului ciptaan tersebut.  Kata 'Alim' disebut dalam Quran sebanyak 162 kali.  Al-'Alim terbahagi dua:  Ghaib (di luar jangkauan pancaindera manusia) dan Syahadah (boleh disaksikan oleh manusia--contoh melalui kajian penyelidikan saintis)
e.  Applikasi 1:  Hilangkan rasa takut dengan menghadirkan nama Allah as-Sami' al-'Alim--Allah berfirman:  Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu;  Aku mendengar dan melihat segala-galanya (Surah Thaha: 46)
f.  Applikasi 2:  Berkawanlah dengan orang yang beriman supaya fitrah kita tidak tertutup.

Terjemahan ayat 2: 138
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan (sibghah)Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam;  dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah?  (Kami tetap pecayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat(menyembah)."

Tadabbur ayat 2:138
a.  Amalan/tindakan manusia dalam kehidupan adalah berdasarkan 3 kategori:  Fitrah, Sibghah, dan Maslahah
a.  Fitrah adalah sifat semulajadi manusia yang suka kepada kebaikan.  Fitrah boleh dibahagi kepada dua:  i.  belum mengenal Allah (Makrifat)  ii. belum berhubung dengan Allah (ibtisal)
b.  Sibghah adalah tindakan terpuji yang berasaskan kepada makrifat Allah dan ibtisal
c.  Maslahah adalah tindakan terpuji yang bukan berasaskan kepada makrifat Allah dan ibtisal
d.  Applikasi:  Apabila kita telah mempelajari dan mengenal nama-nama Allah, jadikan makna-makna nama-nama Allah sebagai alat kita berhubung dengan Allah supaya segala tindakan kita adalah sibghah --berasaskan makrifat Allah dan ibtisal Lakukan sebanyak mungkin amal soleh supaya kita mendapat lebih banyak petunjuk dari Allah dan seterusnya hidup dalam sibghah Allah.



7.  AL-BAQARAH:  AYAT 163-164

Terjemahan ayat 2: 163
Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada tuhan selain Dia, Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Tadabbur ayat 2:163
a.  Allah --Ahad--Wahid--Satu--Esa.  Surah An-Nahl khusus mengupas tentang tawhid.  Ringkasannya terdapat dalam surah Al-Ikhlas
b.  Dua perkara yang bertentangan tidak bagus dicampur.  Contoh:  Susu yang dicampur dengan minyak tanah--> tidak boleh diminum.  Begitu juga dengan niat sesuatu amal--Allah tidak akan terima jika sesuatu amal dilakukan kerana Allah dan kerana selainNya--inilah syirik!
c.  Syirik khafi adalah sesuatu yang amat ditakuti oleh Raasulullah saw.  Contoh syirik khafi:  solat dengan riak untuk dipandang orang
d.  Ar Rahman dan Ar Rahim adalah nama Allah yang termulia.  Ar Rahman bermaksud Zat yang berkehendak untuk memberi, lalu bertindak menunaikan kehendakNya lalu wujudlah pemberian kepada makhlukNya.  Ar Rahim bermaksud Zat yang memiliki pengetahuan tentang kemaslahatan hamba-hambaNya lalu bertindak menimpakan ujian/azab yang menyakitkan bagi tujuan untuk menyedarkan hambaNya supaya kembali kepadaNya (Sajdah: 21).  Manusia diciptakan untuk mendapatkan Rahim Allah supaya dapat ke syurga
e.  Manusia perlu mencontohi  sifat Rahman dan Rahim Allah.  Oleh itu hendaklah kita sentiasa bermurah hati untuk memberi kepada insan lain.  Contoh:  Ilmu yang diperolehi perlu disebarkan kepada orang lain--sembunyi/simpan ilmu akan dilaknat Allah (Baqarah: 159).  Jangan jadi seperti orang kafir yang berterusan dilaknat Allah (Baqarah: 162)
f.  Tawhid adalah satu hakikat yang sangat agung dan selari dengan fitrah semua manusia.  Allah tidak memerlukan perantaraan untuk mendengar doa hambaNya.  Maka berdoalah terus kepada Allah apa sahaja yang dihajati--sesungguhnya Allah Maha Mendengar doa hambaNya.  Allah pasti akan mengabulkan doa hambaNya--sama ada dalam waktu terdekat, atau ditangguhkan di akhirat, atau ditukarkan dengan sesuatu yang lebih baik.


Terjemahan ayat 2: 164
Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, perubahan malam dan siang, kapal yang berlayar di lautan dengan (barangan) yang bermanfaat bagi manusia, apa yang diturunkan oleh Allah daripada langit (air), lalu dengan itu dihidupkan bumi setelah mati (kering), dan Dia tebarkan pelbagai binatang di dalamnya, dan peredaran angin dan awan yang di antara langit dan bumi, sesungguhnya, menunjukkan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memahami.   

Tadabbur ayat 2: 164
a.  Dalam Al-Quran terdapat 1320 ayat (satu per enam) yang berkaitan dengan alam semesta. Enam perkara tentang kejadian alam semesta dalam ayat 164: langit dan bumi, malam dan siang, pengewapan laut, hujan suburkan bumi, angin, dan awan
b.  Alam semesta adalah salah satu dari 7 pillar dalam kehidupan (Alam semesta, Akal, Fitrah, Syariat, Syahwat, Pilihan, dan Masa)
c.  Langit dan bumi disediakan untuk keselesaan manusia.  Matahari, bintang, bumi, bulan dan lain-lain bergerak secara sistematik mengikut ketetapan yang telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa dan Maha Agong.  Tidak berlaku satu pun perlanggaran!
d.  Bumi berpusing: i. ada malam dan siang--malam adalah waktu untuk beristirehat,  siang adalah waktu untuk bekerja  ii. ada 4 musim di bumi:  panas, sejuk, bunga, dan autum.  Pelbagai jenis pokok, buah-buahan dan sayur-sayuran tumbuh di bumi untuk kemaslahatan manusia.  Setiap jenis buah/sayuran mempunyai zat/mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia
e.  Pengewapan laut--air laut menjadi wap naik ke atas lalu berkumpul sebagai awan--kemudian turun sebagai hujan
f.   Air hujan yang menyirami bumi yang kering lagi tandus--mampu menyuburkan bumi dan menghidupkan tanam-tanaman dan seteruskan pembiakan haiwan ternakan--sebagai sumber pemakanan manusia
g.  Angin--terjadi akibat dari pertembungan di antara hawa susut (tekanan tinggi) di bahagian utara bumi dengan hawa kencang (tekanan rendah) di bahagian selatan bumi
h.  Rumusan:  i. Tuntutlah ilmu dan kemudian ajarkan ilmu kepada orang lain.  Hendaklah kita belajar dan kemudian mengajar  ii. Jangan hidup dalam keadaan menerima sahaja, kita hendaklah berusaha untuk memberi kepada insan lain dan juga kepada Allah.  Pemberian kita kepada Allah bermaksud kita mentawhidkanNya, tidak menyengutukanNya dengan yang lain
i.  Applikasi:  Lihat alam semesta -- 6 perkara di atas--dan temukan sisi-sisi RahmanNya Allah.  Ucapkan Lailahaillallah....




  8.  AL-BAQARAH:  AYAT 186

Terjemahan Ayat 2: 186
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku berada dekat dengan mereka.  Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.  Hendaklah mereka memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada Ku agar mereka memperoleh kebenaran

Tadabbur Ayat 2: 186
a.  Untuk memahami ayat ini, kita perlu juga melihat terjemahan ayat 183, 184, 185.  Secara ringkasnya perkara yang ditekankan ialah:  ayat 183: perintah puasa->taqwa;  ayat 184: Tetap puasa;  ayat 185: Ramadhan->turun Quran->petunjuk->puasa;  ayat 186: kedekatan Allah->pemakbulan doa
b.  Kesimpulan ayat 183-185:  i.  Bulan Ramadhan untuk meraih petunjuk  ii. Meraih kedekatan dengan Allah
c.  Ayat 186 dibagi kepada 3 bahagian:
i.  Selalunya selepas 'Saalaka' (bertanya) mesti ada perkataan 'Kul'  (katakan).  Tiada perkataan 'Kul' dalam ayat ini menunjukkan kedekatan Allah--tiada perantara antara Allah dengan hambaNya.  Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita dekatkan diri dengan Allah.  'ibadi ada dua makna:  'abaadi-> hamba yang bersyukur, dekat dengan Allah, memilih untuk mengenal Allah;  'abid->hamba yang dalam paksaan, bukan pilihan--ketundukan melakukan ibadah.  Maka jadilah hamba yang bersyukur agar kita dekat dengan Allah--apabila dekat dengan Allah, mintalah apa yang dihajati...
ii.  Al-Mujib--Zat yang memiliki kedekatan dengan hamba-hambaNya lalu dengan kedekatan  itu Dia mendengarkan doa/permohonan/permintaan dari hamba-hambaNya.  Dengan pendengaranNya itu Dia memakbulkan apa yang didengar itu.  Maka Al-Mujib dalam Al-Quran:  i. Allah Maha Mendengar lagi Maha Dekat (Saba:50)  ii. Allah sentiasa dekat dan sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya (Hud: 61).  Yakinlah bahawa doa akan dimakbulkan--Manfaatkan kedekatan Tuhan sebagai momen untuk meminta, jika tidak meminta akan masuk dalam kategori takabbur dan akibatnya masuk neraka (Ghafir: 60).  Hadith tentang Allah makbulkan doa dalam 3 kategori:  Allah terus makbul apa yang diminta;  Allah lambatkan/tangguhkan makbul doa; Allah makbulkan tetapi tidak sama dengan apa yang dipohon, dan yakinlah itu yang terbaik untuk kita
iii.  Syarat ketika berdoa:  Hendaklah kita menyambut seruan Allah yakni beriman kepada Allah dan Rasulullah saw.  Oleh itu asas doa adalah makrifatullah, natijahnya kita beriman dan mentaati segala perintah Allah-> maka Allah akan makbulkan doa->dan seterusnya mendapat bimbingan Allah.



9.  AL_BAQARAH:  255

Terjemahan ayat 2: 255
Allah, tiada tuhan selain Dia.  Yang Maha Hidup, yang mengatur (makhlukNya) secara berterusan, tidak mengantuk dan tidak tidur, MilikNya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.  Tiada yang dapat memberi syafaat di sisiNya tanpa izinNya.  Dia mengetahui apa yang di hadapan dan apa yang ada di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmuNya melainkan apa yang Dia kehendaki.  KursiNya meliputi langit dan bumi.  Dan Dia tidak merasa berat memelihara kedua-duanya, dan Dia Maha Tinggi, lagi Maha Besar.  

Tadabbur  ayat 2:255  
a.  Ayat Kursi adalah pimpinan ayat-ayat Al-Quran dan ayat yang paling agung.  Ayat ini boleh dibahagikan kepada 9 bahagian.  Ayat ini elok di baca selepas setiap solat fardhu, ketika hendak tidur, dan ketika hendak bermusafir
b.  Allah adalah Tuhan yang disembah dan kepadaNya dimohon segala pertolongan.  Dua nama yang dijelaskan pada awal ayat adalah Al-Hayyu (Zat--Tetap Hidup) dan Al-Qayyum (Perbuatan/Sifat--Maha Bertindak--Kekal mentadbir/mengurus makhlukNya)
c.  Perbuatan/Sifat Allah terbahagi kepada dua  i.  Ikram--sifat-sifat mulia yang membuatkan makhluk ingin mendekatiNya --boleh dikaitkan dengan Ar-Rahman  ii.  Jalal--sifat-sifat keagongan yang membuatkan makhluk takut kepadaNya -- boleh dikaitkan dengan Ar-Rahim
d.  Allah tidak mengantuk dan tidak tidur--Allah mengurus/mengatur makhlukNya sepanjang masa.  Oleh itu kita juga mestilah hidup dengan melakukan aktiviti/amalan yang berfaedah--jangan sekali-kali hanya duduk, makan, tidur, berhibur sahaja.  Lakukan amal soleh kerana ini menandakan kita bersyukur dan bercita-cita untuk ke syurga
e.  MilikNya apa yang di langit dan di bumi--segala sesuatu yang ada di langit dan di bumi adalah hambaNya dan berada di bawah kekuasaannya,  semua yang ada di langit dan di bumi tunduk kepada kehendakNya
f.  Tiada yang dapat memberi syafaat kecuali dengan izinNya--ini adalah di antara keagungan dan kebesaran Allah.  Malaikat yang banyak di langit pun tidak mampu memberikan syafaat jika tidak diiznkan Allah (An-Najm: 26)
g.  Ilmu Allah meliputi seluruh makhluk yang ada, baik yang telah lalu, sekarang maupun yang akan datang.  Segala ilmu tentang makhlukNya telah tercatat di Luh Mahfuz.  Kenalilah kuasa Allah--segala yang berlaku adalah di atas kehendakNya.  Bina sifat optimis--yakinlah apa yang berlaku adalah yang terbaik untuk kita--Allah adalah sebaik-baik pengatur
h.  Ilmu Allah mendahului makhlukNya--ilmu Allah sangat luas--tidak melalui proses pembelajaran seperti ilmu manusia yang selalunya perlu kepada eksperimen (ahli sain).  Ilmu yang diperolehi oleh manusia adalah dari Allah juga--jadi manusia  janganlah sombong dengan ilmu yang diperolehi 
i.  KursiNya meliputi langit dan bumi--Terdapat banyak tafsiran,  di antaranya ialah Zamakhsyari yang menyebutkan empat penafsiran (dalam al-Kasyaf 1/291-292):  i. Kursi hanya bersifat illustrasi atau penggambaran terhadap keagunganNya  ii. Kursi Allah bermaksud ilmuNya  iii. Yang dimaksudkan adalah kerajaan dan kekuasaan Allah  iv. Diriwayatkan bahawa Allah menciptakan kursi yang berada di 'arasy, di bawah kursi terdapat langit dan bumi.  Kursi ini dibanding 'arasy sangat kecil sekali.  Namun yang terpenting di sini adalah bahawa wajib beriman akan wujudnya 'arasy dan kursi seperti yang disebutkan dalam Al-Quran.
j.  Allah tidak merasa letih untuk mengurus semua makhlukNya--Dia adalah Zat yang Maha  Tinggi, Maha Perkasa Yang tidak pernah gagal dalam mengurus makhlukNya, Zat yang Maha Agung kerajaan dan kekuasaanNya atas segala sesuatu
k.  Al-'Aliyy--> Zat yang memiliki ketinggian--> yang ada dalam semua nama-namaNya  dan tindakanNya->tidak mampu dipersepsi oleh akal manusia.  Gandingan Al-'Aliyy: Al-Kabir (Maha Besar), Al-'Azim(Maha Agung), dan Al-Hakim(Maha Bijak).  Rujuk surah-surah berkaitan:  Al-A'la, Al-Haqqah, Al-Waqiah
l.  Lapangkan jiwa kita dengan banyak berzikir:  Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahailallah, Allahuakbar.  Banyakkan membaca ayat Qursi dalam kehidupan seharian kita--contoh semasa hendak tidur malam, memulakan musafir dan sebagainya.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   10.  AL-BAQARAH :  256

Terjemahan ayat 2: 256
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).  Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus.  Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.                                                                                                                                                                                                           Tadabbur ayat 2: 256
 a.   Tidak ada paksaan dalam agama (Islam):
 i. Ad-Din->Daan/Khadha'aa bermaksud tunduk.  Allah cipta akal dan fitrah manusia supaya tunduk kepada kebenaran.  Maka mereka tidak perlu dipaksa--Allah memberikan manusia pilihan--adakah hendak mengikut fitrah kebaikan atau sebaliknya.  Sekiranya Allah memaksa semua manusia beriman maka apakah nilainya syurga?
ii. Khalid al-Walid memeluk Islam setelah beliau mendengar Rasulullah saw berkata kepadanya bahawa  Al-Quran selaras dengan fitrah manusia dan Rasulullah saw mengenali beliau yang tidak akan melawan fitrahnya....Selepas itu Khalid al-Walid memeluk Islam tujuh tahun sebelum wafat dan terlibat dalam 100 peperangan melawan musuh Islam
iii.  Orientalis yang mengkaji Al-Quran dengan niat yang murni/bersih (untuk mencari kebenaran) selalunya akan mendapat hidayah memeluk Islam, sebaliknya mereka yang mengkaji Al-Quran dengan niat yang jahat (untuk memerangi Islam) tidak akan mendapat hidayah dari Allah

b.  kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur):  Al-Quran mengandungi petunjuk dari Allah dan menjelaskan dengan terangnya dalil-dalil dan bukti-bukti kebenaran dan keimanan,  perbezaan antara agama yang benar dan kesesatan.  Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan segala bentuk kekufuran semuanya adalah batil

c.  Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus:
 i.  Berpegang kepada Al-Quran adalah ibarat kita berpegang kepada tali yang kukuk yang menyelamatkan kita dari masuk ke jurang yang merbahaya.  Al-Quran mengeluarkan diri kita dari gelapnya kekufuran menuju cahaya keimanan
ii.  Pembentukan keimanan adalah melalui cara memanfaatkan berbagai bentuk petunjuk yang telah diberikan oleh Allah swt kepada manusia,  iaitu pancaindera, akal, dan agama/syariat (bersumberkan Al-Quran dan Hadith)
iii.  Ibnul Qayyim mendefinisikan taghut seperti berikut:  Sesuatu yang menyebabkan seseorang melampaui batasnya, baik sesuatu tersebut berupa sesembahan atau sesuatu yang diikuti atau sesuatu yang ditaati
iv.  Menurut Ibnul Qayyim pangkal taghut ada lima:  Iblis, seseorang yang disembah dan ia merasa senang, seseorang yang mengajak manusia untuk menyembah dan menuhankan diri sendiri, seseorang yang mengaku mengetahui sesuatu dari ilmu ghaib, dan seseorang yang menerapkan hukum selain hukum yang diturunkan Allah saw
v.  Manusia perlu berikhtiar/membuat pilihan yang tepat (selari dengan Al-Quran dan sunnah) dalam hidupnya sebagai khalifah di bumi Allah.  Manusia perlu kepada makrifat dalam menjalankan amanah sebagai khalifah dan dalam masa yang sama sebagai hamba Allah:  Katakunci penting: Adam->dicipta->khalifah->makrifat->amanah->ikhtiar/pilihan (antara akal, syahwat, syariat, fitrah, nafsu dsbnya)

d.   Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui                                                       i.  As-Sami' dan Al-'Alim (mohon rujuk dalam nota Asmaul Husna untuk penerangan lanjut).  Sifat samii'un sesuai dengan apa yang diucapkan oleh lisan, sedangkan sifat 'aliimun sesuai dengan apa yang diyakini dengan hati
  ii.  Allah swt Maha Mendengar dan  Mengetahui semua hal, baik yang nampak mahupun yang tersembunyi, Mengetahui hakikat segala sesuatu, segala ucapan, keyakinan dan perbuatan
iii.  Allah swt Maha Mendengar terhadap ucapan orang yang mengaku ingkar kepada thagut dan iman kepadaNya,  Maha Mengetahui  apa yang tersimpan di dalam hati manusia berupa pembenaran atau pendustaan--kerana yang disebut iman adalah apa yang diucapkan oleh lisan dan diyakini oleh hati

e.  Ringkasan:   Agama Islam mengandungi  petunjuk ysng bersumber dari Allah->maka berpegang teguhlah kepada tali Allah (beriman kepada Allah) untuk mendapat keselamatan dunia akhirat.  Raihlah keselamatan dengan beragama Islam atas dasar pilihan yang berasaskan makrifat 

f.  Ajarkan Islam kepada anak/cucu kita--tunjukkan kebaikan Islam, beri pendedahan dan pemahaman  yang betul tentang Islam supaya mereka terpengaruh/cenderung dan pilih Islam sebagai cara hidup mereka.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           
                                                            

Thursday 26 April 2018

TAQWA


KONSEP TAQWA PERSPEKTIF AL-QURAN

Rujukan:

 1.  Kuliah dan Bengkel berkaitan Taqwa oleh Ustazah Dr Sholihah Kaswari
 2.  Konsepsi taqwa perspektif Al-Quran/Prof Dr H. Nashruddin Baidan

Pengenalan

Al-Quran adalah kitab pegangan orang-orang  Islam.  Isi kandungannya adalah panduan cara hidup Islam yang tidak ada kesilapan lansung kerana ianya dari Allah--Pencipta kita.  Hanya manusia sahaja yang selalu tidak bersedia untuk menerima petunjukNya.

Perkataan Taqwa dalam al-Quran

Terdapat 242 ayat di dalam al-Quran yang mempunyai terminologi perkataan taqwa.  Dari jumlah tersebut, 134 ayat turun di Madinah dan 108 ayat turun di Makkah.  Timbul persoalan--kenapa lebih banyak ayat berkaitan taqwa turun di Madinah?  Jawapannya:  Perkataan taqwa dalam ayat yang turun di Makkah adalah berkaitan teori/konsep taqwa, sedangkan yang turun di Madinah berkaitan applikasi/praktikal kepada maksud taqwa--juga menerangkan ciri-ciri orang yang bertaqwa.

Ciri-ciri orang yang bertaqwa jelas dalam surah al-Baqarah: 1-5

1.  Beriman kepada yang ghaib
a.  Ghaib terbahagi 2:  i. Ghaib Haqiqi--tidak mungkin ditangkap oleh deria manusia cth. melihat zat Allah  ii. Ghaib Nisbi--boleh dijangkau oleh akal manusia melalui penyelidikan sains  cth. melihat janin menggunakan alat pengimbas

2.  Mendirikan solat 
a. Mendirikan solat adalah berbeza maknanya dengan mengerjakan solat
b.  Orang yang mendirikan solat mempunyai akhlak yang baik -- mendapat hidayah hasil dari solat yang didirikan dengan penuh khusyuk
c.  Orang yang mengerjakan solat -- tidak mendapat hidayah kerana solat yang dikerjakan hanya setakat menunaikan tanggungjawab atau terpaksa--solat tidak dilakukan dengan sempurna
d.  Solat adalah hubungan manusia dengan Allah

3.  Infak
a.  Infak adalah hubungan manusia dengan manusia
b.  Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menggalakkan manusia berinfak
c.  Berinfak boleh menyucikan hati manusia
d.  Bila kita berinfak sebenarnya adalah untuk menyucikan diri dan harta kita, bukan kerana orang lain memerlukan harta kita

4.  Beriman kepada Kitab
a.  Menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup
b.  Sunguh-sungguh mempelajari, mentadaburi, mengamalkan segala suruhan dalam al-Quran

5.  Yakin dengan Hari Akhirat
a.  Keyakinan yang dibimbing oleh ilmu, bukan hanya setakat ikut-ikutan
b.  Yakin kita akan dibangkitkan semula dan dihisab segala amalan
c.  Keyakinan ini akan menyelamatkan kita dari melakukan memungkaran


Ayat-ayat berkaitan taqwa di dalam al-Quran boleh dibahagikan kepada 4 kategori:

A.  Nominal--Jumlah Ismiyyah   (nama) 
B.  Imparatif--Fi'il Ammar dan Fi'il Nahi  (suruhan dan larangan)
C.  Verbal--Jumlah Fi'liyyah   (perbuatan)
D.  Interogatif--Jumlah Istifham  (soalan)


A. AYAT KATEGORI NOMINAL

Di dalam kategori Nominal terdapat 91 ayat berkaitan taqwa.  Melalui pengambilan sampel sebanyak 10 ayat (10%) maka berikut disenaraikan 8 topik perbincangan:

i.  Taqwa wilayah Illahiyyah 
a.  Hanya Allah yang berhak menganugerahkan ketaqwaan kepada hambaNya
b.  Hanya Allah yang mengetahui tahap ketaqwaan hambaNya.  ...Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa  (at-Taubah: 44)
c.  Oleh itu kita tidak perlu menunjukkan atau menceritakan kebaikan kita kepada orang lain--Allah maha mengetahui segala amalan kita

ii.  Taqwa wadah hidayah
a.  Kita perlu membersihkan hati supaya dapat menerima hidayah dari Allah...Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya...menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa (al-Baqarah:2)
b.  Hati adalah merupakan wadah untuk menampung hidayah
c.  Ada 4 jenis hati (ibarat bekas untuk menadah air):  i. bekas yang bocor  ii.  bekas yang tertutup  iii. bekas yang kotor  iv. bekas yang tidak bocor, terbuka dan bersih--bekas/hati terbaik untuk terima hidayah
d.  Maka hanya hati yang tidak bocor, bersih dan terbuka mampu menjadi wadah untuk menerima hidayah.
e.  Al-Quran hanya disentuh oleh orang yang mensucikan dirinya  (al-Waqi'ah: 79)

iii.  Allah bersama orang yang bertaqwa (Muttaqin)
a.  Al-Nahl: 128--Sesungguhnya, Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang beraml soleh
b.  Al-Baqarah: 194--...Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah beserta orang-orang yang bertaqwa
c.  At-Tawbah: 36, 123--...Dan ketahuilah bahawa Allah bersama orang-orang yang bertaqwa

iv.  Taqwa adalah kunci amal diterima
a.  Amalan yang berasaskan taqwa sahaja yang diterima oleh Allah
b.  Contoh:  Ibadah Qabil dan Habil--Allah menerima ibadah  Habil kerana ia telah dilakukan dengan penuh taqwa
c.  Al-Maidah: 27--...Dia (Habil) berkata, "Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan) daripada orang yang bertaqwa."

v.  Taqwa adalah syarat mendapat syurga
a.  Hanya orang yang bertaqwa layak masuk ke syurga.
b.  Tahap ketaqwaan manusia adalah berbeza--maka tempat mereka di syurga juga mengikut tahap ketaqwaan.  Semakin tinggi tahap ketaqwaan maka semakin tinggi tempat mereka di syurga
c.  Anak/cucu yang berada di aras tinggi di syurga boleh menarik ibubapa/datuk meraka yang berada di aras bawah di syurga
d.  Terlalu banyak ayat Al-Quran berkaitan hal ini.  Di antaranya:  Al-Qalam: 34; Al-Qamar: 54; Maryam: 63;  Ar Ra'd: 35 

vi.  Taqwa adalah tolak ukur (standard) kebaikan/kejayaan
a.  Orang yang berjaya di dunia dan akhirat adalah orang yang bertaqwa  
b.  Hanya Allah yang berhak menerima/menilai kebaikan yang dilakukan oleh manusia,  oleh itu manusia tidak boleh menentukan amalan seseorang diterima Allah dengan mengatakan "InsyaAllah amalan kamu diterima Allah"
c.  Al-Baqarah: 189--"...bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."

vii.  Taqwa bekalan terbaik
a.  Sebaik-baik bekalan adalah taqwa, bukan harta benda atau yang lain
b.  Al-Baqarah: 197-- ...dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekalan  adalah taqwa...."

viii.  Taqwa adalah syarat untuk menjadi kekasih Allah
a.  Allah sangat mencintai orang yang bertaqwa
b.  Oleh itu untuk meraih cinta Allah hendaklah kita menjadi orang yang bertaqwa
c.  At-Tawbah: 4, 7--  ...Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.



B.  AYAT KATEGORI IMPARATIF

Di dalam Quran terdapat 81 ayat imperatif berkaitan taqwa:  i.  56 ayat Madaniyyah (70%)--ayat berkaitan applikasi taqwa  ii. 25 ayat Makkiyyah (30%)--ayat berkaitan teori taqwa.  Ini menunjukkan bahawa permasalahan syariah yang bersifat implementatif lebih mendominasi berbanding permasalahan akidah yang bersifat konseptual.  Jika 10% daripada 81 ayat diambil sebagai sampel untuk dianalisis, maka akan ditemukan 5 topik perbincangan:

1.  Menubuhkan sikap inklusiif (Hujurat: 12-13)
a.  Jauhi buruk sangka, jangan mencari kesalahan orang lain, jangan mengumpat--bertaqwalah kepada Allah
b.  Allah jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal--yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa
c.  Maka hiasilah diri dengan akhlak yang baik dan saling berkenalan antara satu dan yang lain.
d. Applikasi taqwa dalam ayat ini:   Jalinlah Ukhuwwah Insaniyah--ukhuwwah sesama manusia.  Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang pandai bertaaruf sesama manusia di semua peringkat
e.  Islam bersifat inklusif--terbuka kepada semua manusia.  Manusia adalah tangga untuk kita masuk syurga.

2.  Pembentukan mentaliti taqwa (Al-Anfal:  1)
a.  Harta rampasan perang itu milik Allah dan RasulNya (menurut ketentuan Allah dan RasulNya),  maka bertaqwalah kepada Allah dan perbaikilah hubungan di antara sesamamu....
b.   Allah menganjurkan supaya memperbaiki hubungan di antara mereka (kaum Muhajirin dan Ansar) untuk membersihkan hati -- bertaqwa
c.  Apabila  mereka bertaqwa, mereka akan taat kepada perintah Allah dan RasulNya--dalam konteks ayat ini perintah pembahagian harta rampasan perang
d.  Applikasi taqwa dalam ayat ini:  Jalinlah Ukhuwwah Islamiyyah--ukhuwwah sesama orang Islam

3.  Taqwa penyelamat kehidupan (Ali Imran: 102-103)
a.  Jangan mati kecuali dalam keadaan muslim--berpegang teguhlah kepada tali (agama) Allah, jangan kamu bercerai-berai, ingatlah nikmat Allah....
b.  Applikasi taqwa dalam ayat ini:  Berpeganglah kepada Quran dan Sunnah.  
c.  Hargailah perbezaan pendapat Mazhab bagi hukum/nas yang tidak jelas dalam Quran.  Bagi ayat yang jelas (qat'i)  semua mazhab bersetuju--tiada perbezaan pendapat
d.  Maka tuntutlah ilmu terutamanya berkaitan agama supaya kita termasuk dalam golongan orang yang beriman dan seterusnya bertaqwa--mati dalam keadaan muslim.

4.  Menumbuhkan sifat futuristik (Al-Hasyr: 18-19)
a.  Hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah....
b.  Janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri....
c.  Applikasi taqwa dalam ayat Hasyr 18-19--Orang Islam hendaklah bersikap futuristik--sentiasa merancang ke depan apakah amalan yang perlukan dilakukan untuk bekalan ke akhirat.  Awas dengan watak asal manusia --lalai--maka perangilah watak ini.  Jangan kita melalaikan kewajipan kita untuk beramal sehingga kita melupakan Allah
d. Oleh itu hendaklah kita muhasabah diri--apa yang kita lakukan hari ini hendaklah lebih baik dari semalam.  Jadilah orang yang beruntung (amal hari ini lebih baik dari semalam), bukan orang yang merugi (amal hari ini sama dengan semalam) atau menderita (amal hari ini kurang dari semalam)

5.  Menumbuhkan sikap melindungi diri (Al-Anfal: 25; Al-Baqarah: 24, 48, 123)
  Anfal:  25--Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secar khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum)...
  Baqarah:  24--...maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu-batu (berhala)....
 Baqarah:  48--Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat)....

Terminologi taqwa secara umum memiliki makna "penjagaan atau pemeliharaan diri daripada hal-hal yang merbahaya".  Terminologi taqwa ini berkembang dan mengarah lebih spesifik kepada sifat dan karakter seorang yang bertaqwa.  Jika terminologi taqwa bersambung dengan objek selain Allah, maka makna taqwa kembali kepada keumumannya iaitu "penjagaan diri daripada hal-hal yang merbahaya".  Namun jika terminologi taqwa bersambung dengan objek Allah, maka makna taqwa mengarah kepada sifat dan karakter seorang yang bertaqwa.


C.  AYAT  KATEGORI VERBAL

a.  Kosakata taqwa dalam kalimat verbal mencapai 28 ayat.  Ada 13 ayat kategori Makkiyyah, dan 15 ayat kategori Madaniyyah
b.  Ayat-ayat kategori Makkiyyah bersifat persuasif teoritis, manakala ayat-ayat Madaniyyah bersifat amal praktis
c.  Oleh kerana bersifat persuasif teoritis, ayat-ayat Makkiyyah menggunakan metod tabsyir (reward) dan indhar (punishment)  untuk mendorong manusia menjadi seorang yang bertaqwa, Muttaqin.
d.  oleh kerana bersifat amal praktis,  ayat-ayat Madaniyyah lebih mendorong pengalaman teori dan kriteria taqwa.


D.  AYAT KATEGORI INTEROGATIF

a.  Kosakata taqwa dalam kategori interogatif mencapai 16 ayat--15 kategori Makkiyah, dan 1 kategori Madaniyyah
b.  Permasalahan akidah yang bersifat konseptual lebih mendominasi dari permasalahan syariah yang bersifat implementif
c.  Pengungkapan terminologi taqwa pada ayat-ayat Makkiyyah dimaksudkan sebagai landasan kukuh ketika ia diaplikasikan dalam kehidupan nyata.


KESIMPULAN


Ternyata al_Quran sangat serius dalam membincangkan isu taqwa, dan menggesa umat manusia untuk merealisasikan prinsip-prinsip taqwa dalam kehidupan mereka.  Tujuannya ialah untuk menyelamatkan mereka dalam menjalani kehidupan berkeluarga, bermasyarakat, berbangsa dan bernegara.  Taqwa merupakan bukti nyata keimanan sejati manusia yang datang melalui proses dan sentiasa memerlukan pemupukan sepanjang hayat.